Selalunya kita tunggu duit lebih baru kita mula simpan. Kalau lebih banyak, simpan banyak lah dan kalau sikit kita simpan sikit. Sebenarnya, inilah kesilapan pertama apabila hendak menyimpan.

Kalau nak tunggu bila ada duit lebih, sampai bila-bila pun kita tidak akan meyimpan sebab masa mula bekerja dapat gaji $1000 rasa tidak cukup.  Tetapi bila gaji dan bertambah pun masih tidak mencukupi.

1.Tak kira samada anda bekerja atau berniaga, prinsip pertama apabila mahu menyimpan ialah

Potong dahulu pendapatan untuk disimpan dan belanja selebihnya. Bukannya belanja dahulu, selebihnya baru disimpan.

Mungkin anda bertanya bagaimana nak simpan kalau duit tak cukup? Kalau ikut pengalaman saya. Duit samada disimpan atau tidak, masih tidak cukup berbelanja. Jadi lebih baik simpan.

Kelebihan bila kita simpan dalam emas ialah mengelakkan dari ‘kebocoran wang’ dan berbelanja yang bukan2 sebab selagi duit ada di dalam tangan macam2 idea timbul untuk dibelanjakan tanpa kita sedari.

“Emas itu fitrahnya simpan sementara Wang belanja”

Kata Mentor Saya “Jadikan 10% dari pendapatan sebagai tabiat ‘Wajib’ untuk disimpan kalau hendak KAYA”

rich

“It’s not how much money you make, but how much money you keep, how hard it works for you, and how many generations you keep it for.”

Robert Kiyosaki

Mungkin kita akan merasa poket mula pokai kerana amalkan tabiat menyimpan, mungkin belanja bulan pun tak cukup.  Tetapi harus kita fahami apabila kita menyimpan emas, pokai kita tak sama dengan orang lain sebab ‘kita pokai tapi ada emas’.

“Orang yang ada duit belum tentu ada Emas, Tetapi orang yang ada Emas sudah pasti ada Duit.”

2. Prinsip kedua menyimpan ialah simpan secara konsisten dan displin

Pegang emas tersebut selama mungkin dan hanya boleh dicairkan apabila tujuan dan matlamat kita telah tercapai. Jika perlu juga dicairkan fikirkan dua (2) kaedah ini:

  1. Di Jual (dapatkan harga yang tinggi melalui rakan2 sendiri).
  2. Buat Pajakan Ar-Rahnu (Pajak gadai Islam).

Semoga penerangan di atas bermanfaat.  Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Teruskan baca posting saya untuk mendapat Tip Emas seterusnya. Jika ada kawan2 yang nak mulakan simpanan emas dan perak boleh buat perjanjian dengan hubungi saya. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *