Semasa Seminar Emas ada peserta yang bertanya kepada saya apa bezanya beli emas di Public Gold dengan Kedai emas lain?

Saya memberikan jawapan yang amat ringkas dan padat iaitu bezanya ‘Platform’ yang diberikan oleh Syarikat Public Gold.

Di Singapura terdapat banyak syarikat emas lain yang menjual Emas jenis ‘Gold dan Silver Bar’ 999.9 24K untuk dijadikan sebagai Pelaburan jangka panjang.

Sebelum anda buat keputusan untuk membelinya.  Anda boleh buat perbandingan harga mengikut berat emas contohnya berapa harga 1gm, 5gm, 10gm, 20gm, 50gm, 100gm, 1kg dan lain-lain.

Cuba tanyakan soalan2 seperti Harga cukai GST?  LBMA? Sijil Emas? Kedai ada Buy Back Guarantee? Berapa harga kalau Jual Balik? dan lain2.

one gold dinar

Sepuluh (10) kelebihan – Platform yang diberikan oleh Public Gold.

1 . Jual-Beli Emas Online 24 Jam/7 Hari.

Harga emas Public Gold disemak setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia. Kita boleh booking harga untuk BELI atau untuk JUAL 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik. Kalau harga emas dunia naik, kita pun boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.

Jadi kalau nak beli, kita tak perlu gopoh datang ke office Public Gold. Book dulu harga, buat bayaran dalam tempoh 4 hari, dan datang ambil emas pada bila-bila masa kita free (selewatnya 2 bulan). Harga beli tetap “fixed” ikut harga kita booking tu. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas tu dalam tempoh 1 hari bekerja. Tak perlu gopoh untuk datang office Public Gold semata-mata nak “tangkap” harga terbaik.

2.  Program GAP – Tabungan Emas Serendah 1gm.

Public Gold ada program tabungan emas yang dinamakan GAP (Gold Accumulation Program). Kita boleh beli secara online 24 jam sehari dan simpan dengan Public Gold secara Percuma tanpa sebarang caj. Kalau nak keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri, kita boleh keluarkan pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold serendah 1gm. Kalau nak jual pun, boleh jual secara online untuk emas yang ada dalam akaun.

3. EPP – Beli Secara Ansuran Selama 4 atau 10 bulan.

Public Gold juga memberi kemudahan untuk anda beli emas secara ansuran melalui EPP – Easy Payment Purchase mengikut Patuh Shariah. Kita boleh beli secara online 24 jam sehari dan simpan dengan Public Gold. Anda boleh ambil emas tersebut setelah selesai pembayaran ansuran dibuat.

4. Ar-Rahnu  – Pajak Gadai Islam Pertama di Singapura.

Public Gold Singapura satu-satunya syarikat yang menyediakan perkhimatan Ar Rahnu pajak gadai Islam. Sekarang ini jika anda perlukan wang pinjaman anda boleh gadaikan emas anda di Ar Rahnu. Emas adalah “duit tunai” juga, tetapi dalam bentuk yang lebih kukuh nilainya. Bila nak pakai duit, kita boleh jual emas tu untuk dapat duit on the spot atau gadai sahaja di mana-mana ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman tunai segera.

Bila dah ada duit nanti, kita boleh tebus balik emas dari ar-rahnu. Emas tu masih lagi milik kita. Kalau harga emas naik, kita masih menikmati keuntungan atas kenaikan harga emas tu

5. Pilihan Emas Terbanyak Tanpa Had Stok.

Kalau harga emas menjunam, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahukan di Public Gold. Public Gold tidak pernah hadkan stock atau hentikan jualan jika harga menjunam.

Malahan Public Gold akan promote suruh beli untuk pelabur mendapat keuntungan lebih. Ada juga syarikat lain, bila harga menjunam, barang terus out of stock. Harga murah pun tak berguna. Bila harga tinggi baru muncul stok-stok tu.

Bila ni terjadi, pelabur emas akan rugi peluang beli emas pada harga murah.

Public Gold memberi banyak pilihan 1/2gm Gold Bar hingga 1Kg Gold Bar , Silver Bar, Mata Wang Dinar dan Dirham untuk anda jadikan sebagai ‘Collector’, untuk buat saving atau untuk pelaburan. Public Gold juga ada Barangan Kemas untuk Wanita iaitu Aurora 18K.

6. Patuh Shariah – Jual Beli Emas Mengikut Shariah

Public Gold telahpun mendapatan sijil patuh syariah oleh panel syariah Public Gold iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Shariah untuk Bank Negara Malaysia.

Pembeli emas Public Gold boleh beli emas dengan penuh yakin dan tak perlu risau tentang hukum jual beli emas bersama Public Gold. Ianya telahpun disahkan oleh pakar mualamat yang ternama di dunia.

one gold dinar

Sijil pengesahan Patuh Shariah – jual beli emas public gold

7. Syarikat Emas terbesar di Asia Tenggara.

Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia. Setakat tahun 2017, Public Gold ada lebih 20 cawangan termasuk satu di Singapura dan satu di Jakarta (Indonesia). Jumlah management lebih 200 staff dan Customer lebih 120,000 orang.

Urusniaga bersama Public Gold lebih selamat dan terjamin. Senang beli, senang jual. Anda boleh ke Cawangan office public gold di seluruh Malaysia.  Sila Klik untuk dapatkan alamat dan no. telefon pejabat Public Gold Malaysia, Public Gold Singapore, dan Public Gold Indonesia.

Biasanya kalau nak beli emas mana-mana syarikat memang senang, tapi bila nak jual balik tu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak. Masa nak beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu, tapi masa nak jual balik, tak ramai dealer yang sanggup beli balik terutamanya dealer yang modal tak besar. Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di cawangan terdekat.

8. Syarikat Bukan Jual Beli Emas Malahan Memberi Ilmu.

Tak banyak syarikat emas di luar sana yang memberi Ilmu tentang kenapa nak Simpanan dan cara betul serta selamat Pelaburan emas?

Public Gold merupakan satu2 syarikat yang telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan siapa sahaja supaya jadi penyimpan emas bijak dan buat pelaburan emas jangka panjang.  Mulakan simpanan emas seawal mungkin jika kita Nak Hidup Senang.

Setiap Minggu Public Gold mengadakan Seminar Emas di 3 buah Negara.  Anda boleh Klik negara untuk dapatkan jadual Seminar di Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Public Gold sediakan sintem pembelajaran yang solid seperti PG1 sistem setiap Minggu, lawatan sambil belajar PG Golden Tour, Leadership Training dan banyak lagi.

9. Memberi Peluang Jadi Tauke Emas

Kalau beli emas $10,000 dalam satu resit, anda secara AUTOMATIK jadi dealer Public Gold PERCUMA! Tak ada yuran sebenar untuk jadi dealer sebagaimana sesetengah syarikat kenakan yuran HANGUS.

Tapi Public Gold hakikatnya percuma sahaja. Kalau beli emas $10,000 hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer Public Gold dan layak dapat REBAT untuk belian KEDUA dan seterusnya tidak kira berapa gram emas.

Ada 10 kelebihan sebagai dealer emas Public Gold. Anda boleh pilih samada nak jadi dealer Public Gold yang aktif dan menjana pendapatan lumayan sebagai atau sekadar untuk dapat rebat atas belian sendiri.

Kalau nak beli untuk simpanan sendiri pun, saya syorkan buat belian yang melayakkan jadi dealer (kalau cukup bajet) sebab boleh dapat REBAT belian 1% dan boleh jadi Tauke Emas untuk dapat pasif income.

10. Jaminan Beli Balik Dengan Harga Terbaik.

Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Terdapat syarikat, bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli! Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar yang kaut keuntungan.

Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik. Dah banyak kali harga emas naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilaian jutaan sehari. Public Gold pernah beli balik dalam jumlah Jutaan sehari dan tiada sebarang masalah dari sudut pembayaran! Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik $100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan pula Jutaan sehari.

Bagi yang berminat membeli emas Public Gold, DAFTAR dulu secara PERCUMA sebagai “Pelabur Bijak” Public Gold. Klik Sini untuk berdaftar di website Public Gold. Kalau ada apa-apa persoalan, wassap saya pada bila-bila masa di +65 9224 6333 (Mohd Suliman) . Saya adalah dealer Public Gold yang aktif sejak 2012.

Mohd Suliman Bin Hafid (PG027857)
Master Dealer for Singapore
Mobile : +65 9224 6333 (Spura) +60 166825003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Jika artikel ini bermanfaat, sila share kepada rakan2 dan keluarga yang belum mengetahui tentang Public Gold. Terima kasih,

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *