Mana Pilihan Anda? Nak Simpan EMAS atau WANG?

emas-duit

Gambar : Simpan Emas atau Simpan Wang

Ramai yang belum memahami apakah kelebihannya bila kita menyimpan Emas berbanding dengan Wang kertas? Mari kita lihat berbandingannya.

Wang yang disimpan di Bank sekarang ini mendapat ‘interest rate’ yang sangat rendah setiap tahun.  Di Singapura’ interest’nya kurang dari 1%.  Malahan ada sesetengah negara di dunia contohnya Jepun ‘interest rate’ nya bawah 0% (negatif) negara di Eropah seperti Sweden, Switzerland and Denmark juga mengenakan ‘interest rate’ negatif. Kadar faedah negatif adalah tindakan yang sangat terdesak, isyarat menunjukkan dasar tradisi kewangan sudah terbukti tidak berkesan.

Di Singapura walaupun anda rasa jumlah wang bertambah di bank tetapi sebenarnya ia berkurangan kerana kuasa belinya setiap tahun terus turun akibat dari Inflasi.

Apa itu Inflasi?

Bahasa paling “mudah” Inflasi bermakna barang naik harga.

Cuba lihat berapakah harga makanan Mee Rebus sekarang? Agak-agak dalam masa satu atau dua tahun dari sekarang berapa pula harganya? Yang pasti harganya tentu akan naik dan bukan itu sahaja harga minyak makan, beras, gula, tepung, minyak petrol, khidmat gunting rambut dan banyak lagi barang2 dan perkhidmatan akan naik harga.

Kalau dulu wang $10 dollar Singapura boleh beli banyak barang sekarang wang $10 dollar dapat barang ciput aje (Lihat Rajah Bawah)  Dalam erti kata lain nilai wang kita semakin merosot.inflation_image_2

Gambar : Kesan Dari Inflasi – Nilai  Mata Wang Merosot

Ya betul.  Nilai wang kita makin lama semakin merosot.  Wang kertas yang sama nilai (10) sepuluh tahun dahulu tidak akan dapat beli barang yang sama sekarang, setuju!

Sebagai contoh tahun 1970 harga rumah HDB 3 Bilik ialah $17,000.  Tetapi sekarang ini rumah yang sama anda tidak akan dapat beli dengan harga $17,000 sebab harganya sudah mencecah $300,000.

Antara sebab mengapa menyimpan emas ialah:

Nilai jangkamasa panjang lebih terjamin.

Apabila kita faham sejarah nilai 1 Dinar boleh beli seekor kambing 1400 tahun dahulu.  Anda tak perlu risau akan harga barang naik (kerana Inflasi) atau kejatuhan nilai wang atau apa sahaja bencana ekonomi dan politik.

Nilai emas dalam jangkamasa panjang lebih terjamin berbanding simpan duit di dalam bank. Kuasa beli 1 Dinar terbukti boleh membeli seekor kambing 1400 dahulu hingga sekarang.  Kuasa beli emas boleh dikatakan kekal sehingga sekarang.

Nak tahu Teori 1 Dinar dan kambing KLIK SINI

Kekayaan ditangan kita

Apabila kita memiliki emas kita tidak terikat kepada sesiapa pun. Nilai emas tersebut 100% di dalam kawalan kita. Nilai emas berdiri sendiri tanpa jaminan sesiapa. Tidak siapa pun boleh bekukan dan merampas kekayaan itu.  Walaupun kita jatuh bankrap, emas itu tetap milik kita

Siapakah Penyimpan Emas ?

  1. Orang2 Kaya yang Faham Tentang Emas
  2. Semua Bank Seluruh Dunia
  3. Semua Negara di Dunia

gold-reserve

Gambar : 20 Negara Teratas Yang Mempuyai ‘Reserves’ Emas Terbesar

Tidak dapat dinafikan bahawa Pelabur2 kaya yang faham akan Emas akan menjadikan emas sebahagian dari simpanannya.

Setiap Negara di dunia ini mempunyai ‘reserves’ simpanan Emas sama juga seperti Bank di seluruh dunia salah satu portfio pelaburan adalah Emas.

money

Gambar: Jika Emas itu Bukan Duit, Kenapa Bank Pusat Membelinya?

Sekarang mungkin anda mula faham apakah kelebihan menyimpan emas daripada menyimpan wang dan Emas itu sebenarnya duit, tapi duit bukan emas.

Saya percaya dari fakta di atas, anda dapat membuat keputusan yang bijak.  Jika Negara, Bank dan Pelabur2 kaya menyimpan emas kenapa  kita tidak ?

Jika anda perlukan bimbingan Emas boleh follow facebook saya dengan klik nama saya di bawah. Terima kasih kerana sudi membaca! 

Mohd Suliman Bin Hafid- (PG027857)
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 / +60 166825003
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Jika maklumat ini bermanfaat harap di ‘share’ pada Rakan2 dan keluarga kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *