Tambah Stok Emas Ketika Harga Rendah.

Harga emas boleh naik dan juga boleh turun.  Emas adalah komoditi yang didagangkan di pasaran dunia.  Anda boleh lihat graf harga emas di Web http://goldprice.org/

Pelaburan emas dalam jangka masa panjang boleh menguntungkan jika anda faham melihat graf Naik-Turun emas dan Ilmu Pelaburan emas.

One Gold Dinar

Rajah : Graf Harga Emas dari 2007 hingga Awal 2017 

Rajah di atas memberi gambaran bahawa tahun 2007 harga emas adalah Usd600/oz dan pernah naik sehingga Usd1900/oz pada tahun 2011 iaitu kenaikan sebanyak 216%.

Kemudian harga emas turun dari tahun 2011 hingga 2015. Mungkinkah harga emas akan naik semula? Baca seterusnya untuk mengetahuinya.

One Gold Dinar

Rajah : Graf Harga Emas Sepanjang Tahun 2016 (Jan-Dis)

Kenapa harga Emas Turun?

Penurunan harga emas adalah kerana tekanan jualan oleh pelabur2 emas terdahulu yang mahu mendapatkan keuntungan. Ini merupakan perkara biasa bagi pasaran emas.

Bagi Pelabur2 Emas Fizikal, Jika harga emas rendah inilah peluang untuk anda tambah stok emas dan ambil peluang ‘Buying Opportunity’.

Graf Harga Emas 2016 (di atas) menunjukkan kenaikan harga emas pada awal Januari 2016 hingga August sebanyak 22.3% kemudian harga emas turun dari bulan September hingga Disember sebanyak 15.7% dari harga tinggi Usd 1364.90/oz

Cara Meraih Keuntungan

En Syukor Hashim menyarankan supaya tambah Simpanan Emas kita bila harga emas turun 8% atau lebih. Di bawah ini merupakan teknik-teknik meraih keuntungan dengan emas iaitu :

  • Beli Emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.
  • Beli Emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila  harga tinggi (jika perlu).

Bagi orang baru dalam pelaburan emas, apabila harga emas jatuh mungkin akan rasa panik.  Tetapi bagi yang ada ILMU EMAS apabia harga jatuh mereka akan tersenyum lebar. Inilah masanya mereka memborong emas dengan lebih banyak.  Dengan erti kata lain inilah peluang untung besar dengan emas.

Borong Emas

Apa Kelebihan Aset Emas?

Kita perlu faham Emas adalah aset Fizikal (Harta) seperti Rumah dan Tanah.  Kalau harganya jatuh bukan bermakna kita betul-betul rugi.  Secara fizikalnya aset itu masih kekal di tangan kita.  Kalau kita miliki 100gm dengan kejatuhan harga emas itu, kita tidak berkurangan walaupun 1 gram.

Aset Emas tidak sama dengan pelaburan aset kertas seperti Saham.  Kalau harganya jatuh kita tidak akan memiliki apa-apa selain dari nombor dan kertas sahaja.  Kalau harganya jatuh, selalunya akan benar-benar rugi.

Kuasai Ilmu Emas anda tidak akan jatuh Miskin dengannya

Jika anda perlukan bimbingan bagaimana cara Melabur Emas dengan betul anda boleh Ikuti Seminar Emas PERCUMA, Ingin buat pendaftaran KLIK SINI atau Follow Facebook Page dengan Klik nama saya di bawah ini:

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Terima kasih kepada Mentor Saya En Syukor Hashim dan En Mohd Zulkifli

Semoga artikel ini mendapat manfaat dan informasi yang tepat cara meraih keuntungan dengan melabur Emas Fizikal dan harap dapat di ‘Share’ kepada kenalan dan rakan2 anda dengan klik butang di bawah ini:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *