Ada yang tanya kepada saya apa bezanya di antara Dinar dan ‘Gold Bar’.  Kalau nak buat Pelaburan atau Simpanan mana yang lebih baik?

Jika kita lihat dari sudut bentuk pada lazimnya  ‘Gold Bar’ berbentuk segi empat ‘rectangle’ sementara Dinar pada lazimnya berbentuk bulat seperti syiling emas.

20gGoldbarDinar5

Gambar : Kiri Gold Bar dan Kanan Dinar Emas

Apakah Kelebihan pada Dinar?

  • Boleh digunakan untuk muamalat
  • Digunakan untuk membayar zakat
  • Dijadikan hantaran dan mas kawin
  • Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
  • Disimpan sebagai Pelaburan dan Simpanan

Apakah Beza antara  Syiling Emas dengan Dinar Emas?

  • Syiling emas mempunyai rupa yang sama dengan Dinar iaitu bulat tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.
  • Berat standard Dinar ialah 4.25gm untuk 1 Dinar tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat diukur dari sudut oz atau gram.
  • Dari segi harga, syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.

singapore-gold-lion-coin-1oz-1996-obverse

Gambar : 1 oz Syiling Emas

Apakah Kelebihan pada Gold Bar?

  • Harganya lebih murah berbanding Dinar dan Syiling Emas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi
  • Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
  • Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
  • Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak, perkahwinan, simpanan hari tua, membeli rumah dan lain-lain.

assorted-gold-bar

Gambar : Gold Bar

Nota :

Bukan semua emas sesuai untuk tujuan pelaburan.  Kalau tanya saya hanya dua bentuk emas sahaja yang sesuai iaitu Jongkong emas ‘Gold bar’ ataupun syiling emas termasuk Dinar emas.

Barang kemas tidak sesuai untuk tujuan pelaburan disebabkan harganya yang mahal dan spread nya sangat tinggi.

Apabila kita ingin mulakan membeli emas jongkong atau syiling mesti semak lima kriteria paling penting sebagai pakej sebelum membelinya:

  1. Harga Rendah
  2. Spread Rendah
  3. Stok Tiada Had
  4. Banyak Cawangan untuk tujuan Jual-beli
  5. Syarat Jual balik tidak Cerewet

Anda boleh baca di artikel seterusnya berhubung dengan Apakah Kriteria Penting Memilih Emas Sebagai Pelaburan?

Saya mempunyai seorang kawan yang lebih sukakan Dinar emas daripada Gold Bar.  Bila ditanya Kenapa dia beli Dinar?  Katanya dinar mempunyai ‘design’ yang sangat cantik, unik dan susah diperolehi terutama di Singapura. Katanya lagi ‘Gold Bar’ sudah biasa boleh di beli di mana-mana kedai emas.

Apapun samada anda ingin jadikan Dinar Emas atau Gold Bar sebagai pelaburan jangka masa panjang, semua terpulang kepada anda. Masing2 bolehlah menilai mengikut pilihan masing2.

Perlukan keterangan lebih lanjut tentang Pelaburan Emas Fizikal hubungi saya +65 9224 6333 , Add Facebook Saya dengan Klik Nama Saya di bawah:

Mohd Suliman Bin Hafid (PG027857)
Master Dealer for Singapore
Mobile : +65 9224 6333 (Spura) +60 166825003 (M’sia)

Jika artikel ini bermanfaat , silalah ‘Share’ bersama rakan dan kenalan anda dengan klik butang bawah ini

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *