Ada yang tanya kepada saya apa bezanya di antara Dinar Emas dan ‘Gold Bar’.  Kalau nak buat Pelaburan atau Simpanan mana satu yang lebih baik?

Jika kita lihat dari sudut bentuk pada lazimnya  ‘Gold Bar’ berbentuk segi empat ‘rectangle’ sementara Dinar Emas pula berbentuk bulat seperti syiling emas.

20gGoldbarDinar5

Gambar : Kiri Gold Bar (999.9 24K) dan Kanan Dinar Emas (999,9 24K)

1. Apakah Kelebihan pada Dinar Emas?

Matawang Dinar Emas dan Dirham Perak telah digunakan sebagai sistem muamalat semasa kegemilangan pemeritahan Islam masa dahulu. Dinar dan Dirham juga diguna bagi membayar zakat dan Mas Kahwin.

Ringkasnya Dinar Emas dan Dirham Perak adalah Wang Sunnah:

  • Digunakan untuk sistem muamalat
  • Digunakan untuk membayar zakat
  • Dijadikan hantaran dan Mas Kahwin (Mahar)
  • Cenderamata dan hadiah
  • Disimpan sebagai Aset

2. Apa pula Beza antara  Syiling Emas dengan Dinar Emas?

  • Syiling emas mempunyai rupa yang sama dengan Dinar iaitu bulat tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.
  • Berat standard Dinar ialah 4.25 gram untuk 1 Dinar tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat diukur dari sudut oz atau gram.
  • Dari segi harga, syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar emas dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.

singapore-gold-lion-coin-1oz-1996-obverse

Gambar : 1 oz Syiling Emas Singapura

3. Apakah Kelebihan pada Gold Bar?

  • Harga Gold Bar lebih murah berbanding Dinar Emas  dan Syiling Emas kecuali Gold Bar 1 gram kerana kos pembuatannya yang tinggi.
  • Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
  • Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas dan ingin simpan dalam bentuk Gold Bar pula.
  • Sesuai untuk dijadikan simpanan jangka panjang seperti untuk pendidikan anak-anak, perkahwinan, simpanan hari persaraan, simpanan untuk pergi haji dan banyak lagi.

assorted-gold-bar

Gambar : Gold Bar 5 gram – 1kg (24K 999.9)

Nota Penting :

Bukan semua emas fizikal sesuai untuk tujuan pelaburan.  Kalau anda tanya saya, hanya dua bentuk emas sahaja yang sesuai iaitu Jongkong emas ‘Gold bar’ ataupun syiling emas termasuk Dinar emas.

Barang kemas tidak sesuai untuk tujuan pelaburan disebabkan harganya yang mahal dan spread nya sangat tinggi (20% – 40%). Kos barang kemas mahal kerana harganya termasuk upah tukang, GST, design, premium dan lain-lain.

Kesimpulan:

Jika anda ingin mulakan Pelaburan Emas fizikal samaada Gold Bar, Dinar Emas atau Syiling Emas, pastikan anda semak lima kriteria penting sebelum membelinya:

  1. Harga Rendah
  2. Spread Rendah
  3. Stok Tiada Had
  4. Banyak Cawangan untuk tujuan Jual-beli
  5. Syarat Jual balik tidak Cerewet

Anda boleh baca di artikel seterusnya berhubung dengan Kriteria Penting Memilih Emas Sebagai Pelaburan? KLIK SINI

Testimoni:

Saya mempunyai seorang kawan yang lebih sukakan Dinar emas daripada Gold Bar.  Bila ditanya Kenapa dia pilih Dinar?  Katanya dinar mempunyai ‘design’ yang sangat cantik, unik dan susah diperolehi terutama di Singapura. Katanya lagi ‘Gold Bar’ sudah biasa boleh di beli di mana-mana kedai emas.

Apapun samada anda ingin jadikan Dinar Emas atau Gold Bar sebagai pelaburan jangka panjang, semua terpulang kepada anda. Masing2 bolehlah menilai mengikut pilihan masing2.

Jika anda perlukan keterangan lanjut tentang Pelaburan Emas Fizikal boleh hubungi saya nama tertera di bawah  atau Follow Facebook dengan Klik Nama Saya atau hadiri Seminar Emas saya KLIK SINI. Terima Kasih

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Jika artikel ini bermanfaat , silalah ‘Share’ bersama rakan dan kenalan anda dengan klik butang bawah ini

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *