Gunakan Akaun Simpanan Emas GAP

Gold Accumulation Program singkatannya GAP merupakan salah satu kaedah mudah beli emas secara sedikit demi sedikit bermula dari 1 gram.

Simpan emas melalui program GAP adalah murah, selamat dan patuh shariah buat masa ini di Singapura.

GAP - 1 gram 1 Bulan

Kenapa GAP Patuh Shariah?

Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold.

  • Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian gram emas ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli.
  • Pemilikan sebegini adalah berdasarkan kepada pemilikan secara hukum (qabadh hukmi/constructive possession).
  • Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.

Cert GAP

Gambar : Sijil Patuh Shariah – GAP di keluarkan oleh Syarikat Amanie

Apa Keistimewaan GAP?

Terdapat beberapa keistimewaan bila membeli emas melalui akaun GAP iaitu:

  1. Beli gram emas melalui akaun GAP bermakna emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan.
  2. Kita boleh menambah gram emas, bila-bila masa dengan pembelian seterusnya
  3. Beli gram emas melalui akaun GAP, emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di cawangan Public Gold Singapura, Malaysia dan Indonesia.
  4. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar.  Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.
  5. Gram emas di dalam akaun GAP boleh dijual tanpa perlu diambil fizikalnya. Duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun pemilik GAP dalam masa 24 jam.
  6. Gram emas dalam akaun GAP boleh diguna untuk membeli belah di PG MALL, sebuah online shopping portal milik Public Gold.

product_premium_sg

Gambar : Gold Premium bila keluarkan Gold Bar dan Dinar di Singapura

GAP Sesuai Untuk Siapa?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold dengan membuka akaun GAP mengikut tujuan dan objektif masing-masing :

  1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan dan keluarkan emas itu bila sampai tujuan.
  2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.
  3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.
  4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Singapura, Malaysia atau Indonesia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

Info Tambahan

  • Supaya akaun GAP sentiasa aktif, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai “tutup akaun”. Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.
  • Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama (Joint Account) dengan ibu atau ayah.
  • Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam boleh rujuk di website publicgold. Singapura, Malaysia dan Indonesia.
  • Item-item seperti gold bar 1 gram, gold bar 5 gram dan 1/2 dinar lebih murah jika dibeli menggunakan kaedah GAP dari harga cash and carry (yang menggunakan harga retail).

Dapatkan pdf PERCUMA”Maklumat Lengkap Program Tabungan Emas (GAP)” KLIK SINI

Semoga artikel di atas bermanfaat kepada siapa sahaja yang ingin mulakan simpanan Gold Bar dan Dinar Emas.

Jika anda inginkan bimbingan tentang simpanan dan pelaburan emas boleh hubungi saya melalui mobile di bawah atau layari website saya atau hadiri Seminar Emas saya KLIK SINI. Anda akan dapat banyak lagi info tentang simpanan dan pelaburan emas semasa seminar saya. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Tulis asal oleh: Ustaz Khairul Anuar, ada ayat diubah mengikut kesesuai konteks Singapura.

Diharap artikel ini bermanfaat dan harap dikongsikan dengan rakan2 yang belum mengetahui tentang simpanan dan pelaburan emas fizikal.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *