1. Nilai wang kertas susut dalam jangkamasa panjang jika dibanding dengan nilai emas

Di dalam jangkamasa panjang nilai wang kertas semakin merosot.  Kuasa beli wang kertas 10 tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang.  Anda akan mendapati kuasa beli wang kertas semakin mengecil akibat inflasi.

Sebagai contoh, pada tahun 1960-an, anda boleh beli secawan kopi di Singapura dengan harga 20 sen .  Sekarang ini untuk beli secawan kopi anda perlu bayar $1.00.  Ini bermakna harga kopi itu naik 500% atau dari sudut yang lain nilai duit kita sudah susut 500% .

kopi

Gambar: Secawan Kopi

Sekarang ini anda terpaksa membayar 5 kali ganda untuk membeli kopi yang sama tahun 60an dulu.  Ini jelas menunjukkan kuasa beli wang kertas merosot di dalam jangkamasa yang panjang.

2. Nilai wang susut jika negara terus mencetak wang untuk pasaran

fiat-money

Gambar: Wang Kertas Jepun dan Duit Iraq

 Tiada satu pun dalam sejarah dunia  Mata Wang Kertas berjaya bertahan nilainya.

Kajian menunjukkan kegagalan nilai wang kertas 20% gagal melalui hiperinflasi, 21% telah dimusnahkan oleh kerana peperangan, 12% dimusnahkan oleh kemerdekaan, 24% telah  diperbaharui, dan 23% masih dalam edaran dan hanya menunggu masa. 

Jadi, apabila kita letakkan graf kenaikan harga emas dan graf penurunan kuasa beli wang kertas maka kita akan mendapat graf seperti di bawah:

gold_vs_us_dollar_1970-2012

Gambar: Harga Emas Naik – Nilai Wang US Merosot

Di dalam jangkamasa panjang nilai wang kertas akan jatuh manakala nilai emas akan meningkat. Sebagai pembaca yang bijak, mungkin kini anda lebih faham mengapa anda perlu menyimpan emas.

3. Kegagalan Wang Kertas

german-housewife

Fakta negara di dunia ini pernah mengalami inflasi yang teruk, akibat mencetak wang yang terlalu berlebihan. Salah satunya adalah negara Jerman selepas kalah pada perang dunia pertama dan harus membayar kerugian perang. Kerana nilai wang yang tidak berharga.  Seorang suri rumah Jerman membakar wang kertas (mark) di dapur beliau. kerana lebih murah untuk membakar mata wang tersebut daripada menggunakannya untuk membeli kayu api (1923)zimbabwe

Gambar: Di Zimbabwe harga 3 biji telur 100 Billion Dollars

Semua orang mahu menjadi jutawan, tetapi di Zimbabwe menjelang 2009, setiap penduduk dikenali sebagai Trillionaire.  Malah, pada musim panas tahun 2008 terdapat wang kertas satu bernilai 100.000.000.000.000 dolar Zimbabwe (100 trilion).

Ia bersamaan dengan kira-kira $ 300 USD, tetapi dengan cepat menjadi sia-sia dan kini bernilai lebih sebagai cenderahati .

Inflasi memaksa rakyat Zimbabwe berbaris panjang untuk membeli roti, ubat gigi dan keperluan lain. Mereka sering membawa beg yang lebih besar untuk membeli  barang yang sedikit dengan mata wang merosot nilai.

kejatuhan-nilai-wang

Gambar: Kisah Benar – di Zimbabwe, Itali, India, Greece dan Venezuela

Kesimpulan:  Mulakan Simpan Emas dari sekarang sebagai pelindung  Kekayaan dan Aset anda.  Jika anda ingin tahu apakah kepentingan dan  manfaatnya menyimpan Emas, boleh baca di link berikut >>>  KLIK SINI 

Perlukan keterangan lebih lanjut bagaimana mulakan Simpan dan Melabur dengan Emas  hubungi saya dengan SMS/Whatsapp ke +65 9224 6333 atau Add Facebook Saya Klik Nama Saya di bawah ini:

Mohd Suliman Bin Hafid (PG027857)
Master Dealer for Singapore
Mobile : +65 9224 6333 (Spura) +60 166825003 (M’sia)

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk keluarga dan kawan-kawan yang belum tahu “Kenapa Perlu Simpan Emas Sekarang”!  Harap dapat di ‘Share’ klik butang di bawah ini:

This article has 1 comments

  1. Pingback: Emas Mengekalkan Kuasa Belinya | Emas Dinar | Perak Dirham

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *