Apa itu Akaun Emas (GAP) – ‘Gold Accumulation Program’

Syarikat Public Gold adalah satu-satunya Syarikat Emas yang bukan sahaja memberi pendidikan yang betul tentang Pelaburan Emas tetapi mempunyai Program Tabungan Emas (GAP) yang memberi kemudahan untuk kita simpan emas sedikit demi sedikit.

Paling rendah kita boleh simpan Emas di akaun emas GAP 1 gram atau beli emas $100 setiap bulan, semuanya bergantung kepada pilihan dan budget kewangan kita.

1. Mulakan Langkah Pertama.

Untuk buka Akaun Emas GAP, anda boleh mulakan dengan membeli emas seperti berikut:

  • Singapura harga 1 gram emas atau $100
  • Malaysia RM100
  • Indonesia Rp300,000

GAP Price Todat 8 Mar

Gambar : Harga 1 gm di Website www.publicgold.com.sg pada 8 Mar 2017

GAP – ‘Gold Accumulation Program’ sesuai untuk semua golongan. Program Tabungan Emas – GAP adalah program yang sangat mudah, selamat dan patuh shariah.

2. Apakah Kelebihan Simpan Emas?

  • Mengelakkan dari  berbelanja dari perkara yang kurang penting dan bukan-bukan.
  • Emas nilainya lebih terjamin jangka masa panjang berbanding duit.
  • Anda kawal nilai simpanan emas anda 100 peratus.
  • Boleh di warisi oleh generasi yang akan datang.

Program Tabungan Emas (GAP) telah mendapat Sijil Patuh Shariah dan anda tak perlu rasa ragu dan was-was dengan program ini.

Cert GAP

3. Tukar Wang Kepada Emas.

Bagi mereka yang sibuk dengan urusan pekerjaan, Akaun Emas (GAP) memberi banyak kemudahan untuk beli dan simpan Emas.  Anda tak perlu tergesa2 ke kedai emas.  Anda hanya perlu buat ‘Online Bank Transfer’ atau ‘ATM transfer’ ke Akaun Emas GAP bila-bila masa 24 jam 7 hari.

Apa akan jadi bila duit ditukar kepada emas? Anda telah selamatkan duit dari berbelanja yang bukan2 dan mengelakkan dari kebocoran wang.

Pelindung Harta

 

Gambar : Tukarkan Wang kepada Emas 

Saya syorkan supaya “Mulakan Simpan Emas Hari ini juga!” jadikan simpanan emas sebagai ‘forgotten savings’ iaitu “simpan dan lupakan”.

Tahukah anda! Jika Singapura tidak mewajibkan semua yang bekerja bayar CPF,  saya percaya bila tiba umur 55 tahun kita tak akan ada wang simpanan CPF, setuju?

Anda tak perlu ingat2 berapa gram emas dah tersimpan, gunakan konsep yang sama seperti wang CPF, kita hanya tahu berapa banyak bila masa kita perlukannya nanti.  Paling penting terus berdisiplin simpan emas setiap bulan.

4. Apa Beza Simpan Emas dengan Simpan Wang?

Bayangkan – Kalau setiap bulan anda beli emas Sgd$100, ini bermakna dalam masa setahun anda sudah mempunyai lebih kurang 20 gram tanpa disedari.

Perkara ini tak akan sama kalau anda simpan dalam bentuk wang di bank $100 x 12 bulan, mungkin anda rasa sudah ada simpanan $1200 setahun. Sebaliknya apa yang berlaku samada wang tersebut telah dibelanjakan atau dah berkurangan, sebab kita kalah Emosi bila duit ada di tangan.

Emas adalah “Harta Sebenar” dan Emas ada “Magnet Kekayaan”.

Untuk melihat hasil simpanan emas dari Akaun GAP, anda boleh keluarkan Emas Fizikal tersebut dalam bentuk ‘Gold Bar’ atau ‘Dinar Emas’ di cawangan Public Gold pada waktu pejabat lihat gambar di bawah ini.

Gold Bar and Dinar

Gambar : Gold Bar 1 gm, 5 gm, 1/2 Dinar dan 1 Dinar

*Nota Penting: Supaya akaun emas GAP anda sentiasa aktif minima 1 gram mesti ada di dalam akaun GAP, walaubagaimana pun 1 gram tersebut boleh dikeluarkan bila tutup akaun nanti.

Untuk keluarkan Emas Fizikal anda hanya perlu bayar Premium seperti di bawah ini:

product_premium_sg

Jika anda ada target yang lebih besar anda boleh membuat simpanan yang lebih, mungkin mulakan dengan $200 setiap bulan.

Jadikan tabiat baik menyimpan Emas setiap bulan.  Jika anda mula dengan $200, ini bermakna dalam masa 12 Bulan anda sudah miliki lebih kurang 40 gram, bestkan!

5. Apa Kelebihan Menabung Emas dengan Akaun GAP?

Berikut adalah 6 kelebihan yang boleh anda dapati:

  1. Tukar wang menjadi Emas pada masa itu juga 24 jam 7 hari.
  2. Simpanan dijamin 100% dengan emas fizikal.
  3. Beli Emas dengan harga yang rendah.
  4. Beli Emas secara online tanpa perlu ke Kedai Emas.
  5. Keluarkan Emas fizikal bila2 sama. (Waktu Pejabat)
  6. Jual semula simpanan emas anda ke Public Gold.

Kata En Syukor Hashim (Pengarang Buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas) Mentor saya, kalau orang baru yang mula nak simpan emas cara paling mudah – Target kumpul dengan 5 gram atau 1 Dinar emas (4.25 gram).

Kemudian keluarkan emas tersebut dan simpan di beg duit sebagai ‘Ibu Duit’. Kita akan rasa seronok bila kita pegang emas setiap hari dan kita tahu dalam ‘wallet’ kita ada duit Emas yang dapat membantu bila diperlukan satu hari nanti.

Tujuan utama kenapa simpan di beg duit ialah supaya dapat melihatnya setiap kali buka beg duit. Perkara yang sering dilihat akan ‘register’ di minda ‘sub-conscious mind’ untuk terus tambahkan Gram Emas yang lebih berat.

ibu-duit

Gambar : Dapatkan ‘Aura Emas’ simpan Gold Bar 5 gm di Beg Duit

6. Pilih Gold Bar atau Dinar Emas?

Keluarkan hasil simpanan Emas Fizikal dari akaun emas GAP setiap kali sudah sampai target yang anda kehendaki. Jika anda sukakan Gold Bar, boleh keluarkan  5 gram,  10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram atau bar yang lebih besar.

Bila dah sampai 100gm anda boleh hubungi saya.  Apa manfaat menjadi  ‘Gold Dealer’ ?

assorted-gold-bar

Gambar : Gold Bar 5 gm hingga 1 kg 999.9 24K

Bagi anda yang minat dengan Dinar Emas, boleh keluarkan hasil simpanan berbentuk Dinar iaitu 1/2 Dinar , 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.
Dinar123

Gambar : 1/2 Dinar hingga 10 Dinar 999.9 24K

Kesimpulan:

Emas adalah Mata Wang sebenar yang telah digunakan Sejak Zaman Dahulu.

Nak Simpan Emas hari ini! Nak Buka Akaun emas GAP  KLIK SINI.

GAP-Button

Jika anda perlukan bimbangan tentang Pelaburan Emas boleh  hubungi dengan SMS/WhasApp saya nama tertera di bawah ini.

Nak Follow Facebook klik nama saya. Nak ikut Seminar Emas Percuma KLIK SINI.  Terima Kasih.

MOHD SULIMAN HAFID – PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk keluarga dan kawan-kawan yang belum tahu cara kumpul emas melalui GAP account.  Harap dapat di ‘Share’ kepada mereka. Terima Kasih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *