Pengenalan

Betul ke emas dapat membantu mengatasi masalah kewangan kita? Tidak kira dalam situasi samasa ekonomi baik ataupun ketika ekonomi yang kurang baik.

Diharapkan perbincangan ini akan dapat membuka minda, kenapa kita mesti menyimpan emas untuk selamatkan diri dan keluarga kita ketika ekonomi buruk.

#1.  Ketika Ekonomi Pulih

Sewaktu ekonomi dalam keadaan baik emas boleh dijadikan sebagai simpanan yang menguntungkan.  Ilmu yang paling asas apakah keuntungan menyimpan emas ialah untuk mengelakkan dari duit ‘bocor’ iaitu kita berbelanja yang bukan-bukan.  Ketika ekonomi normal kita dapati apabila tiba akhir tahun banyak syarikat-syarikat yang menawarkan jualan akhir tahun. Perkara ini mengganggu ’emosi untuk berbelanja lebih walaupun kadang-kadang barang yang kita beli itu tidak diperlukan masa itu.

Semasa ekonomi baik banyak tawaran pelaburan2 oleh syarikat-syarikat yang menjanjikan keuntungan yang lumayan. Sebaiknya sebelum kita melabur pastikan kita buat analisa terlebih dahulu, apakah risikonya supaya kita tidak mengalami kerugian yang amat besar.

Pelaburan emas fizikal merupakan pelaburan yang selamat dan mempunyai risiko yang sangat rendah dan pulangan yang tinggi.

Emas juga telah dijadikan sebagai simpanan atau aset kekal oleh orang tua-tua kita dahulu. Mereka membeli emas dan tahu apabila memerlukan duit, mereka akan pajakkan emas tersebut.  Emas itu juga akan dijadikan sebagai harta yang boleh dipindah milik kepada anak-anak dan keturunannya.

Emas yang kita miliki boleh juga digunakan sebagai modal pusingan untuk sesuatu projek.  Sebagai contoh ‘Property’ ajen yang membuat ArRahnu untuk mendapatkan tunai untuk ‘close deal’ jualan rumah.

#2.  Ketika Ekonomi Tidak Menentu.

Emas boleh dijadikan sebagai ‘Insurance’ Kewangan jika berlakunya kegawatan ekonomi.  Pakar-pakar kewangan menyarankan supaya kita mempunyai simpanan wang 6 bulan sebagai Dana Kecemasan.  Emas juga sangat baik untuk dijadikan sebagai Dana Kecemasan sebab emas mudah dicairkan untuk mendapatkan tunai.

Emas boleh dijadikan sebagai aset penyelamat. Semasa peperangan Vietnam pada tahun 70an ramai pelarian Vietnam telah keluar dari negara mereka untuk mencari tempat yang lebih selamat.  Semasa mereka keluar negara mereka membawa bersama emas ‘Khim Thanh’.  Apabila sampai ke Negara yang mereka tuju. Emas tersebut akan dijual untuk dapatkan tunai. Emas adalah Mata Wang antarabangsa di negara mana saja tetap laku.

Kim Thanh

Wajah: Emas Khim Thanh

Emas sebagai pelindung Mata Wang. Semasa krisi kewangan di Asia pada tahun 1997 hingga 1998.  Mata wang Indonesia, Malaysia, Thailand, Philppines telah jatuh nilainya sehingga 60%.  Tetapi sebaliknya jika berlakunya krisis seperti ini nilai Emas tetap kukuh malahan nilai emas akan naik.

Saya sediakan video di bawah ini, sila tonton video bawah ini untuk lebih jelas.

Semoga pecerahan di atas memberi manfaat dan jika anda ingin mulakan pelaburan emas boleh buat perjanjian atau hubungi saya nama di bawah ini. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site: www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Written by Mohd Suliman

Saya adalah Master Dealer Public Gold yang sangat aktif yang telah membimbing ramai dealers dan customers saya di Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dalam pelaburan emas fizikal. Hubungi saya jika anda perlukan bimbingan dari saya. Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *