**CERITA TENTANG SILVER-PERAK**

Saya jarang cerita tentang Silver kecuali bila ditanya. Baru2 ini ada yang tanya saya kenapa kita juga perlu simpan Silver? Berikut ada sedikit Tip tentang aset Silver.

Ramai pakar ‘Precious Metal’ lebih suka simpan silver (logam perak) berbanding emas. Silver dianggap ‘gold in future’. Kalau dikatakan potensi peratusan kenaikan harga silver akan pergi lebih jauh berbanding emas. Kenaikan harga silver akan jauh memintas emas dalam tempoh 5 – 10 tahun.

Silver Bar 1000 gram

2 faktor di bawah ini menunjukkan harga silver sangat ‘undervalue’ sekarang:

#1 – Gold-Silver Ratio

Graf “Gold-Silver Ratio” sekarang ni menunjukkan 1 : 75. Ini bermaksud 1 kilogram emas mampu membeli 75 kilogram silver atau dengan kata lain, setiap 75 kilogram silver nilainya dapat ditukarkan kepada 1 kilogram emas.

Sejarah 20 tahun menunjukkan, harga termahal silver ialah pada tahun 2011 iaitu ketika ratio sekitar 1 : 30, dan termurah pada tahun 2008 iaitu ketika ratio sekitar 1 : 88. Lagi besar ratio itu menunjukkan harga silver lebih under-value (murah).

Dan ratio 1 : 70 sehingga 1 : 80 hanya berlaku 4 kali dalam tempoh 20 tahun!

Ini bermakna, siapa beli silver sekarang; apabila ratio itu berubah menjadi 1 : 30 kembali, setiap 70 kilogram silver boleh ditukarkan kepada 2 kilo emas.

#2 – Zakat Emas vs Zakat Silver

Nisab zakat silver ialah 600 gram berbanding emas 86 gram.

Ini bermakna, nisbah (ratio) emas kepada silver dari sudut nisab zakat ialah 1 : 7. Satu gram emas nilainya bersamaan 7 gram silver. Maksudnya kalau harga emas 1 gram hari ini ialah $61 per gram, maka harga silver sepatutnya sekitar $8.70/gram ($61 ÷ 7). Tetapi realitinya, harga silver hari ini baru sekitar $0.78/gram!

Kalau mengikut kiraan ini, harga silver sekarang lebih murah 11 kali ganda berbanding harganya yang sebenar.

Jadi apa yang berlaku terhadap zakat emas berbanding perak sekarang?

Siapa simpan silver 600 gram hari ini yang harganya sekitar $468 +/- sudah dikenakan zakat. Sedangkan siapa simpan emas seberat 86 gram yang harganya sekitar $5246 +/- barulah dikenakan zakat.

Saya percaya harga sebenar 600 gram silver sepatutnya $5246 (iaitu bersamaan harga 86 gram emas). Ini bermaksud, harga silver sekarang UNDERVALUE sekitar 89% berbanding nilainya yang sebenar!

Atas dua faktor ini sahaja saya rasa sudah cukup untuk membenarkan kata-kata pakar yang menganggap silver adalah “gold in future”.

Semoga penerangan di atas bermanfaat.  Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Teruskan baca posting saya untuk mendapat Tip Emas. Jika ada kawan2 yang nak mulakan simpanan emas dan perak boleh buat perjanjian dengan hubungi saya. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *