1.  Pengenalan

Emas menjadi salah satu instrumen pelaburan yang paling menarik berbanding dengan pelaburan-pelaburan lain. Antara sebab mengapa membeli emas ialah kerana harga emas yang akan terus naik dalam jangka panjang apa lagi bila berlakunya politik dan ekonomi yang tidak stabil seperti keadaan sekarang wabak covid-19.

Kerana PKP dan Covid-19, ekonomi akan terjejas teruk. Keadaan dalam jangka masa yang panjang tidak begitu baik. Jika sekiranya wabak ini tidak dapat dikawal dengan cepat kita akan dapati ramai yang kehilangan kerja dan tidak ada lagi punca pendapatan dan banyak perniagaan yang kerugian besar, ada yang terpaksa ditutup dan berhenti operasi selamanya.

Emas merupakan aset penyelamat dan pelindung bila berlaku situasi seperti di atas. Emas juga mudah dicairkan dalam bentuk tunai dalam waktu yang cepat.

2.  Beli Emas Dengan Konsisten

Menyimpan merupakan tabiat orang-orang kaya di dunia.  Tidak kisah berapa banyak wang yang mahu disimpan paling penting jadikan simpanan secara konsisten sebagai tabiat.

Harga emas memang ada turun naik. Walaupun begitu emas adalah simpanan paling selamat sebab emas sentiasa berharga sepanjang zaman.  Tuan Azizi Ali menasihatkan

Jadikan 10% aset kekayaan kita disimpan dalam bentuk emas

Membeli emas secara konsisten akan menguntungkan sebab di dalam trend harga emas menaik, purata harga emas yang anda beli akan semakin menurun. Semakin lama anda menyimpan emas kelebihan akan berpihak kepada anda.

Saya sendiri dapat menyaksikan kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh pelabur2 emas yang membeli emas hanya sekali atau dua kali sahaja dan mengharapkan supaya harga emas naik dan akan menjualnya bila harga tinggi. Berikut adalah antara sebab kenapa terjadi demikian?

  • Tidak mempunyai objektif kenapa simpan atau melabur emas
  • Tidak mempunyai Ilmu yang betul tentang pelaburan emas
  • Tidak mahu belajar kepada mereka yang lebih mahir

Emas adalah pelaburan jangka masa panjang, anda perlu beli secara konsisten jika ingin dapatkan keuntungan dari simpanan dan pelaburan emas tersebut.  Saya sering memberi nasihat supaya beli emas setiap bulan walaupun sedikit. Bila kita beli emas setiap bulan bermakna kita tukarkan duit kita kepada matawang yang lebih terjamin iaitu emas.

Dapatkan Tips kenapa simpan emas perlu kosisten tonton video di bawah ini sehingga selesai:

3. Kesimpulan

Ramai juga yang beranggapan emas sebagai barang mahal, mewah dan hanya untuk kalangan tertentu sahaja yang boleh membelinya. Tapi hakikatnya untuk menyimpan atau melabur emas dengan bermodalkan kurang dari Sgd50 anda sudah pun boleh membeli emas sebagai simpanan jangka panjang.

Public Gold menyediakan 2 kaedah yang sangat baik untuk anda mulakan simpanan emas dengan modal yang sangat rendah.

  1. Simpan emas dengan buka akaun GAP – Gold Accumulation Program. Klik Sini Apa itu GAP?
  2. EPP – Easy Payment Purchase bayaran 4 atau 10 bulan. Klik Sini Kelebihan EPP

Semoga penerangan di atas memberi manfaat untuk anda mulakan simpanan emas sedikit demi sedikit. Jika ada sebarang pertanyaan boleh buat perjanjian atau hubungi saya nama di bawah ini. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *