Bagaimana Saya Bermula Dengan Pelaburan Emas?

Pada tahun 2012 saya telah diperkenalkan oleh seorang kenalan dengan Pelaburan Emas Fizikal Public Gold. Sejak itu, saya belajar apakah Strategi Pelaburan emas yang betul dan bagaimana cara menjana keuntungan yang lumayan dengan emas.

Kata mentor emas saya, Ilmu Pelaburan Emas itu sangat penting supaya kita tidak tertipu dengan Skim2 cepat kaya yang bertopengkan emas.

Hari ini, saya amat terpanggil untuk berkongsi Ilmu dan Pengalaman Saya tentang Pelaburan Emas dan “Kenapa Anda Juga Mesti Mulakan Menyimpan Emas Sekarang!”

gold-bar

Gambar : Emas ‘Gold Bar’ 10g, 50g dan 100g

Tahun 2011 adalah tahun ‘keramat’ saya mula membeli dan menjadikan emas sebagai simpanan. Masa itu Emas merupakan Topik perbincangan yang sangat hangat di TV, Radio, Majalah, Surat Khabar dan lain2 media.

Saya beli emas atas tujuan simpanan jangka masa panjang untuk kegunaan bila diperlukan nanti.  Rupa-rupanya masa tahun itu lah harga Emas memang sangat tinggi – Paling tinggi Usd1900/oz . Kalau tak percaya anda boleh rujuk dan bandingkan harga Emas hari ini KLIK SINI .

Bagi orang yang tiada Ilmu Pelaburan Emas dah tentu akan beranggapan ‘Rugi lah’ sebab beli emas ketika harga tinggi kalau jual dah tentu rugi.

Tetapi sangkaan saya silap, dengan adanya Ilmu Emas dan beli emas secara konsisten anda akan dapat harga ‘average’ malahan boleh mendapat keuntungan jika anda benar2 faham.

Sedikit Tip ** Ketika harga emas rendahlah peluang kita untuk menambah aset emas dengan membeli banyak lagi untuk tujuan pemurataan ‘Dollar Cost Averaging’.

Saya langsung tak ada Ilmu tentang pelaburan emas:

  • Apakah teknik & strateji perlu saya lakukan untuk menjana keuntungan dalam pelaburan emas?
  • Bilakah masa yang paling sesuai untuk Beli dan Jual emas?
  • Tempat atau Kedai paling mudah untuk berurusan Jual-Beli Emas fizikal ?
  • Kriteria penting yang perlu diketahui sebelum beli emas dan
  • Banyak lagi Ilmu Emas yang perlu dipelajari.

 7 Kriteria Penting Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Emas7 kriteria penting

  1. Ketahui Harga Emas.  Buat perbandingan harga.
  2. Berapa Harga Beli dan Berapa Harga Jual (Susut Nilai).
  3. Mempunyai Stok yang banyak dan mencukupi.
  4. Bebas GST ( Harga lebih murah bila tiada cukai GST).
  5. Mudah di beli dan mudah di Jual. Boleh jual beli online 24 jam 7 hari.
  6. Diterima Pajak Gadai Ar-Rahnu (Pajak Gadai Islam) untuk buat gadaian Emas
  7. Reputasi Syarikat – Pilih pada Syarikat yang Mantap, Kukuh dan banyak Cawangan.

Saya sangat baru dalam Pelaburan Emas jadi saya bermula setapak demi setapak dengan menjadi seorang Pelabur Bijak.  Ia itu Simpan Emas dengan Tukarkan Duit Kepada Emas.  kata orang

“Merangkak Tetapi Sampai Lebih Baik Dari Berlari Tetapi Putus Di Jalan”

Dalam hati hanya ada SATU Niat – nak jadikan Emas sebagai simpanan untuk kegunaan di hari mendatang.

Jadi apa saya buat ialah Simpan, Simpan dan Simpan, samalah macam orang simpan duit dalam bank.  Cuma saya Simpan Emas. Ok tak?

Bila dah ada Ilmu baru saya tahu, Nak dapat keuntungan dalam simpanan Emas ialah menyimpan secara  konsisten setiap bulan.  Teknik ini di panggil ‘Dollar Cost Averaging’.

Sebelum itu saya belum nampak ‘Jelas’ akan kelebihan dan kepentingan menyimpan emas.  Saya cuma ingat pesanan orang tua-tua dulu:

“Emas Dapat Membantu Ketika Kita Susah Nanti”

Itu saja yang saya tahu.

Kemudian barulah saya belajar dan belajar dari Sifu-sifu dan Mentor-mentor yang sangat mahir dengan ILMU PELABURAN EMAS.

Itulah titik permulaan, perubahan dan keyakinan tentang Pelaburan Emas Fizikal.  Semakin banyak yang saya pelajari, rupa-rupanya banyak lagi ‘Rahsia Tentang Emas’  yang saya tak tahu.

** Kepada anda yang ingin berjaya dan mendapat keuntungan dalam Pelaburan Emas.  Tiga langkah perlu anda lakukan segera kalau nak ikut?

  1. Banyakkan baca buku tentang Pelaburan Emas
  2. Belajar dari Mentor2 yang terbukti berjaya
  3. Ambil tindakan dan mulakan sekarang !

Ya betul, carilah Ilmu Emas dengan banyak membaca  buku-buka tentang Pelaburan Emas belajar dan minta tunjukajar dari Mentor2 yang terbukti berjaya dalam Pelaburan Emas.

Sampai sekarang pun saya masih belajar dan terus belajar – teringat kata kawan Saya

“Knowledge is Power”

Pesanan saya kepada kekawan yang berminat dengan Pelaburan Emas Fizikal dan nak mulakan ‘Simpan Emas’.  Jangan tunggu lama-lama. Nasihat saya MULAKAN SEKARANG

Tak mengapa anda boleh mulakan dengan simpanan serendah 1gm setiap bulan.  Kalau 12 bulan kan dah jadi 12gm.  Kalau nak lebih simpanan belilah 2g setiap bulan – 12 bulan dah ada 24gm bestkan !!!

One Gold Dinar

Gambar : Emas ‘Gold Bar’ 20gm 999.9 24K LBMA GST ‘Exempted’

Walaupun saya beli Emas ketika harga sedang tinggi.  Tapi kerana keyakinan dan percaya bahawa “Harga emas tetap akan naik dalam jangka masa panjang” saya mengambil tindakan untuk BELI DULU.

Anda boleh ikut cara saya ye – Beli Emas dulu baru ke Sekolah belajar Emas. Hehehe….. Tak RUGI pun, yang rugi kalau anda langsung tidak ada simpanan Emas .
Saya setuju dengan Kata Mentor saya.

“Orang Yang Ada Duit Belum Tentu Ada Emas – Tapi Orang Yang Ada Emas Sudah Tentu Ada Duit”

Selagi kita tidak mulakan, selagi tu kita tak akan faham “Apakah Kepentingannya Menyimpan Emas”?

Lagipun dari pengalaman saya yang beli Emas semasa harga tinggi.  Kalau anda tanya saya bagus ke beli Emas sekarang?  Sepantas kilat saya jawab “Bagus dan Beli Sekarang juga!”, sebab harga Emas rendah berbanding ketika saya beli tahun 2011, betul tak?

Kalau harga Emas pernah mencecah Usd$1900/oz tak mustahil sejarah akan berulang lagi.  Betul tak?

Akhir kata, terus ikuti Posting Blog Emas ini, untuk tambahkan Ilmu Pelaburan Emas. Jika anda ingin tahu:

  • Bagaimana kukuhkan ekonomi bersama Emas?
  • Nak dapat keuntungan dan Pendapatan Pasif dalam pelaburan Emas?
  • Ketahui harga Naik dan Turun emas, masa sesuai Beli dan Jual Emas?
  • Nak Jadi Tauke Emas – Tanpa Kedai boleh buat secara On-line dapat untung?

dan banyak lagi Ilmu Emas anda boleh perolehi di Blog ini.

Justeru itu, saya nak jemput anda hadir ke Seminar Emas  samaada yang diadakan di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.   Pesanan Ikhlas dari Saya :

“Simpan Emas Untuk Jaminan Generasi Anda”

generasi

Gambar : Emas Beri Harapan Untuk Generasi Anda

Jika anda perlukan bimbingan dari saya tentang Pelaburan Emas Fizikal, boleh hubungi Saya  dengan WhatApps no mobile +65 9224 6333 atau +60 16 6825 003 .

Anda boleh juga Follow Facebook dengan Klik Nama saya di bawah ini . Terima Kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Jika artikel ini bermanfaat untuk keluarga dan rakan-rakan anda. Sila ‘Share’ dengan klik butang di bawah ini:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *