Mengapa Anda Mesti Simpan Emas Sekarang !

Emas telah terbukti berkali-kali sebagai perlindungan yang selamat untuk inflasi dan
masih ramai juga di antara kita belum mengetahui bagaimana nak bergiat aktif dalam pasaran emas sebagai pelabur dan penyimpan emas fizikal.

Gold Coins

Tahu tak , hanya emas sahaja penyelamat inflasi jika dibandingkan dengan hartanah atau saham jika pulangannya diselaraskan dengan inflasi sebenar.

Bagi pelabur-pelabur yang serius anda dinasihatkan mempunyai peratusan tertentu daripada pelaburan emas. Nasihat pakar berkata anda perlu menyimpan sebahagian dari harta anda dalam bentuk emas fizikal antara 10% hingga 50%.  Selebihnya simpan dalam bentuk mata wang , itu pun hanya untuk keperluan ‘Emergency Fund’.

Ada juga Pakar kewangan menyarankan supaya kita mempunyai 3 hingga 6 bulan ‘Emergency Fund’ dalam bentuk simpanan wang, selebihnya tukarkan kepada Aset Emas atau Hartanah jika berkemampuan.

Lima (5) sebab mengapa anda perlu jadikan Emas sebagai salah satu Portfolio pelaburan :

1. Mengelak Kebocoran Wang.
2. Emas mengekalkan kuasa belinya dan pelindung inflasi.
3. Emas sebagai penyelamat kewangan semasa ketidakstabilan politik & ekonomi.
4. Anda kuasai asset anda.
5. Mudah dicairkan.

1. Mengelak Kebocoran Wang.

Fitrah manusia – ‘Duit bersamaan dengan belanja’ sebaliknya ‘Emas bersamaan dengan simpan’.

Mana lebih senang dihabiskan wang $300 atau emas 5g? Banyak kali saya tanya pada kawan-kawan semasa seminar sharing ilmu emas. Jawapannya tetap sama wang $300 sekejap jee. kalau emas 5g ? Sayang nak cairkan baik disimpan untuk pelaburan jangkamasa panjang.

3005g

2. Emas mengekalkan kuasa belinya dan pelindung inflasi..

Untuk jangkamasa yang panjang, emas telah terbukti dapat mengekalkan kuasa beli ‘purchasing power’ sebenar. Oleh sebab itu, emas bertindak sebagai pelindung inflasi jangkamasa panjang dan emas sentiasa bernilai atau ada ‘Store Value’.

Penambahan ‘pencetakkan’ bekalan mata wang secara melulu akan membawa kepada inflasi, iaitu peningkatan harga barangan dan perkhidmatan. Apabila harga barang-barang dan perkhidmatan naik, harga emas juga akan turut naik untuk menyesuaikan dan mengimbangi kenaikan harga.

harga-mahal

Harga emas meningkat secara global kerana akan sentiasa wujud nisbah pertukaran antara emas fizikal dan mata wang, dan di seluruh dunia emas fizikal sentiasa boleh dinilai dengan mata wang.

harga-emas-mahal

Tetapi tidak seperti mata wang kertas, emas fizikal tetap ada nilai, Nilai emas tidak akan jadi ‘zero’. Oleh itu, harga emas, dan nilai emas, tetap akan mencerminkan kuasa beli semua mata wang kertas, dan bertindak sebagai pelindung nilai inflasi dan penyelamat nilai yang stabil.

Dalam pasaran bebas, harga emas sebenarnya adalah isyarat jangkaan inflasi masa depan, dan emas dikenali sebagai barometer inflasi.

3. Emas sebagai penyelamat kewangan semasa ketidakstabilan politik & ekonomi.

Sejarah telah berulang kali apabila belakunya kebimbangan mengenai ketidaktentuan politik dan ekonomi terutama sekali di Amerika dan Eropah adalah pemacu utama nilai emas sebagai aset selamat.

Pelabur lebih berminat kepada aset yang lebih selamat kerana mereka bimbang bahawa ketidakstabilan politik boleh membawa ketakutan kepada pasaran kewangan.

kejatuhan-nilai-wang

4. Anda kuasai asset anda.

Emas adalah simbol kekayaan. Orang yang ada banyak emas digelar orang kaya. Harga emas tidak pernah murah. Ia samada mahal, lebih mahal atau sangat mahal. Melihat emas yang mahal dari kacamata seorang pembeli membuatkan seseorang susah untuk membeli emas. Tapi jika emas yang mahal dilihat dari kacamata seorang “pemilik”, maka secara semulajadi semua orang mahu memiliki sesuatu yang mahal.

Seorang jutawan sudah pasti berbangga memiliki sebuah syarikat yang nilai sahamnya adalah tinggi dan mahal. Beliau sanggup membeli saham yang bernilai tinggi dengan apa harga sekalipun. Makin tinggi nilai saham syarikatnya, makin bertambah nilai kekayaannya.

Seseorang yang memiiki emas, akan sentiasa berubah nilai kekayaannya. Uniknya dengan emas, jika harga turun, orang yang celik emas akan membelinya untuk “mengumpul” kekayaan. Jika harga naik pula, dia akan tersenyum kerana nilai kekayaannya pula telah meningkat.

Gram yang sama – sebagai contoh 250 gram – mungkin setahun yang lepas bernilai $12,200. Tapi pada hari ini, gram yang sama juga menjadikan seseorang yang memilikinya lebih kaya iaitu pertambahan $3,000 kepada $15,200.

Inilah makna kekayaan yang boleh dibeli. Seseorang boleh membeli kekayaan dengan membeli emas. Ia sama sekali menafikan persepsi kita bahawa banyak duit itu kaya. Duit walaupun banyak pada nombor dan kepingan, ia sebenarnya tidak menambahkan kekayaan.

Jika kaya diukur dari sudut banyaknya nombor dan kepingan wang tunai, sudah pasti kita telah menjadi kaya dengan memiliki WANG DI BAWAH INI!

fiat money1

5. Mudah dicairkan.

Emas adalah aset yang sangat cair

Satu lagi keistimewaan emas ialah ia merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai berbanding Aset seperti hartanah, saham, bond dan lain2

Pada bila-bila masa jika kesuntukan wang, anda boleh samada menjual atau menggadai emas kepunyaan anda.

Anda boleh menggadai emas anda kepada tunai dengan mudah dengan menggunakan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu.  Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% – 70% daripada nilai emas anda.

ArRahnu-Public-Gold-Singapore

Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.

Apabila harga emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi semakin meningkat.

Jika anda perlukan bimbingan Pelaburan Emas Fizikal dari saya ‘add’ Friend di Facebook dengan Klik nama saya di bawah ini:

MOHD SULIMAN HAFID
Master Dealer for Singapore – PG027857
Mobile: +65 9224 6333 Spura +6016825003 Msia

Boleh Download E-Book Percuma untuk bacaan sterusnya Klik Sini

Terima kasih kepada Mentor2 Emas Saya En Syukor Hashim, Mohd Zulkifli dan juga Ust Khairul Anwar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *