Dipasaran terdapat (3) Jenis Emas Fizikal yang boleh dijadikan sebagai pelaburan dan simpanan jangkamasa panjang.

1. Emas Perhiasan 18K – 22K (Gelang,Cincin,Rantai, kerongsang dll) 750.0 – 916.0
2. Emas Jongkong ‘Gold Bar’ 24K 999.9
3. Emas Syiling dan Dinar Emas ‘Gold Coin’ & ‘Gold Dinar’ 24K 999.9

ketulinan-emas

Gambar : Ketulinan Emas di ukur dengan Karat

1  Emas Perhiasan 18K – 22K 

Emas yang datang dari bentuk barang kemas seperti gelang, cincin, anting2, kerongsang dan lain2.  Ia amat popular di kalangan kaum wanita.  Ketulinan Emas perhiasan ini lebih rendah jika di bandingkan dengan Jongkong Emas ‘Gold Bar’ dan Emas Syiling ‘Dinar’ ‘Gold Coin’.  Bagi tujuan dekorasi emas perhiasan akan di tambah logam perak atau tembaga supaya lebih keras dan  senang di bentuk.  Sebab itu ketulenan emasnya hanya antara 75% dan 91.6% (18K – 22K).

Ketika membeli Emas perhiasan  harganya akan lebih tinggi kerana terdapat harga (GST + Harga Tukang + harga premium) dan ketika menjual semula di kedai emas anda boleh dikenakan susut nilai yang tinggi iaitu di antara 25% hingga 40%.  Ini tergantung dari kedai emas tersebut, setiap kedai emas mempunyai cara yang tersendiri.

Aurora-Jewellery

Gambar: Emas Perhiasan Public Gold – Aurora Italia

Walaupun begitu kaum wanita tetap meminati emas perhiasan dari dahulu sehingga ke hari ini.  Emas dan wanita mempunyai pertalian yang sangat kuat kerana tanpa secalit kilauan emas pada wanita, penampilan mereka dirasakan seperti tidak sempurna.
Walau seribu tahun akan datang, emas tetap menjadi pilihan wanita kerana kerlipan emas mampu menaikkan seri wanita, melonjakkan nilai kewanitaan pemakai dan meletakkan wanita dalam keadaan selesa untuk tampil yakin.

Public Gold baru-baru ini telah mengeluarkan Emas Perhiasan berjenama Aurora – Italia.  Bagi anda yang ingin memiliki atau berminat untuk menjadi Peniaga Emas tanpa kedai.  Anda boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Anda juga boleh mendapat keuntungan dan komisen insentif dengan berniaga Emas Perhiasan di Public Gold.

2.  Emas Jongkong ‘Gold Bar’ 24K 999.9

Bagi tujuan pelaburan, langkah bijak ialah memilih samada Emas Jongkong atau Syiling Emas dan Dinar Emas dengan ketulenan 24K – 999 .  Harga Emas Jongkong ‘Gold Bar’ lebih tinggi jika dijual dengan susut nilai yang serendah antara 6% hingga 8%.

Jongkong emas, Syiling emas dan Dinar emas dibuat khas untuk tujuan simpanan dan pelaburan. Ia mempunyai ciri-ciri khas seperti berikut:

  1. Mempunyai bentuk dan berat yang standard.
  2. Mempunyai kualiti emas yang tinggi (995.0 – 999.9)
  3. Dijual mengikut harga pasaran emas semasa.
  4. Mempunyai premium yang rendah
  5. Mempunyai susutnilai rendah.

Jongkong Emas boleh di dapati daripada pembekal emas di Singapura seperti Bullion Star, UOB dan Public Gold .

Nasihat saya, sebelum anda buat keputusan untuk membeli emas untuk tujuan Pelaburan dan Simpanan.  Sila bandingkan dari segi

  • Harga emas.
  • Susut nilai.
  • Kemudahan dan Jaminan jual balik ‘Buy Back’ samada secara On-line atau off-line.
  • Kemudahan beli secara On-line 24 jam 7 hari seminggu,
  • Bagaimana mendapat keuntungan dari Pelaburan Emas tersebut dan lain2 Insentif dari Syarikat jika ada.

one-gold-dinar

Gambar : Cast Bar 100gm

Public Gold memberi semua kemudahan yang tersebut di atas.  Anda boleh bandingkan harga Emas public gold melalui Portal seperti berikut:

3. Syiling Emas dan Dinar Emas  ‘Gold Coin’ & ‘Gold Dinar’ 24K 999.9

singapore-gold-lion-coin-1oz-1996-obverseGold Dinar

Gambar : Emas Syiling 1 oz Singapura dan 10 Dinar Public Gold

Syiling Emas merupakan cara paling popular melabur sejak 20 tahun lalu.  Ini kerana Syiling Emas aset cair, mudah dibawa, dan mepunyai saiz yang standard.

Singapura juga mempunyai syiling emasnya sendiri iaitu Singapore Lion.

Public Gold Singapura merupakan satu2 Syarikat yang mempunyai Dinar Emas dan Dirham Perak (Sila lihat rajah di bawah) .

one gold dinar

Keluaran Dinar Emas Public Gold terdiri dari 1/2 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.  Anda boleh lihat harga Dinar Public Gold di Singapura dengan KLIK SINI.

Kesimpulanya jika anda ingin melabur dalam Emas Fizikal pilihan bijak ialah dengan melabur pada ‘Gold Bar’, Syiling Emas dan Dinar Emas kerana anda boleh dapat keuntungan dalam masa sederhana dan panjang.

Perlukan keterangan lebih lanjut tentang Pelaburan Emas Fizikal hubungi saya +65 9224 6333  atau Follow Facebook Page dengan Klik Nama Saya di bawah:

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

JIka artikel ini bermanfaat , silalah ‘Share’ bersama rakan dan kenalan anda dengan klik butang bawah ini :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *