Apa Beza Wang Dengan Emas?

Duit kita hanya laku di Negara kita sendiri sahaja.

1. Wang Kertas satu negara sudah pasti tidak akan laku di negara yang lain.

Sebab itu kita mesti tukar kepada wang negara tersebut apabila melancong ke negara itu. Duit Singapura hanya laku di Singapura sahaja. Kalau kita pergi melancong ke Amerika atau ke Eropah atau negara Asean kita perlu tukar kepada matawang negara yang kita lawati untuk berbelanja.

fiat-money-overview

Gambar : Wang Kertas Dunia Hanya Laku Di Negara Sendiri

Negara-negara yang sedang bergolak kerana masalah Politik, Peperangan dan lain-lain seperti Palestin, Syria atau negara miskin yang bergolak, matawang mereka sendiri pun tidak laku di negara mereka kerana nilai yang sangat rendah dan tidak selamat. Mereka biasanya bersandar pada matawang yang lebih kuat seperti USD.

Emas laku di Seluruh Dunia.

2. Emas boleh dibawa ke Negara mana sahaja dan tetap diterima apabila dijual. Emas boleh digunakan untuk pertukaran wang asing.

Kisah pelarian warga asing seperti negara Palestine, Vietnam, Kemboja, Mesir, Aceh, Iraq, Ukraine dan lain-lain yang membawa emas bersama-sama apabila berpindah ke negara lain, sebagai bukti bahawa Emas diterima di semua negara. Emas tiada had sempadan dan mereka memulakan hidup baru dengan emas yang dibawanya.

VietNamBoatPeople

Gambar : Pelarian Vietnam Membawa Emas ‘Kim-thant’ Ke Negara Lain

3. Nilai duit terletak pada kertas dan nombor.

Wang kertas yang rosak pasti tidak akan laku.

Wang kertas yang rosak samada terbakar atau dimakan oleh anai-anai sudah pasti tidak akan laku untuk digunakan kerana niai wang kertas itu terletak pada nombor yang ditulis pada kertas tersebut.

PG Money

Gambar : Wang kertas dimakan oleh anai-anai, tiada nilai.

10 torn note

Gambar : Wang kertas 10 dollar Singapura.

Wang kertas 10 dollar Singapura yang terkoyak 2 tidak akan memberi nilai $5 dan tak laku untuk dibelanjakan.

4. Nilai Emas terletak pada beratnya – gram.

Emas yang terbakar nilainya tetap terjamin.

Berbeza pula pada Emas.  Walaupun terbakar atau rosak nilai emas tersebut tetap terjamin sebab nilai emas diukur dari berat emas itu sendiri.  Bila anda simpan dalam bentuk emas anda tidak perlu risau jika emas tersebut terbakar atau rosak,  malahan jika emas tersebut hancur menjadi abu atau dipotong2 atau dalam bentuk apa sekali pun samaada bengkok, patah pun ia tetap bernilai.

emas Terbakar

Gambar : Emas terbakar tetap laku

Musibah di atas tidak akan pernah ada amaran.  Apabila ia berlaku, maka ia akan berlaku. Tetapi bagi penyimpan emas yang tahu kelebihan emas mereka boleh tidur lena.

5. Nilai wang semakin lama makin merosot.

Anda tidak akan dapat beli barang yang sama 30 tahun dahulu.

Kalau 30 tahun dulu anda boleh beli secawan kopi di Singapura dengan harga 20 sen sahaja. Malahan anda boleh beli 1/2 cawan kopi dengan harga 10 sen. Ini apa yang saya dapat dari cerita orang2 lama.  Katanya tahun 70an boleh beli Mee Soto dengan harga 20 sen sahaja.

Sekarang ini kalau anda bayar harga 20 sen anda mungkin hanya dapat secawan Air Panas sahaja! Kopi nya kena bawa sendiri, kopi dalam paket 3 in 1. betul kan!

Image result for cup of coffee images

Gambar : Secawan kopi 20 sen Tahun 70an

Inflasi telah membuat kuasa beli semakin merosot. Hari ini untuk beli secawan kopi yang sama tahun 70an anda perlu keluarkan wang $1.20 di Singapura dan  kalau beli Mee Soto perlu keluarkan wang dollar Singapura $3.50.

6. Nilai Emas semakin lama makin meningkat.

Tahun 1984 >> harga Emas $18/gram  atau $1800 100 gram

Tahun 2015 >> harga Emas $54/gram  atau $5400 100 gram

Tahun 2017 >> harga Emas $60/gram  atau $6000 100 gram

Harga emas memang ada turun dan naik, tetapi jika kita simpan dalam masa panjang, kita dapat lihat harga emas memang naik. Ini terbukti pada tahun 1984 harga emas di Singapura 1 gram hanya sgd $18 ( 100 gram $1800) tetapi tahun lepas 2017 harga emas 1 gram dah sampai sgd $60 (100 gram $6000). Kenaikan harga melebihi 300%.

Ketika harga emas 1 gram $18 kita rasa harga emas mahal dan sekarang harga emas $60 masih kita kata harga emas masih mahal. Sebab itu bagi orang yang faham tentang emas mereka akan tetap tambahkan aset emas mereka tidak kira bila.

“Orang yang lebih kaya ialah mereka yg memiliki aset fizikal seperti emas, perak, tanah dan hartanah”

Itulah antara sebab kenapa “Minda orang kaya simpan Emas”

masa-untuk-emas

Gambar : Azizi Ali – Pengarang Buku ‘Masa Untuk Emas’

Pengarang buku “MASA UNTUK EMAS” – Azizi Ali menasihatkan supaya simpan 10% dari Net Worth Asset kita dalam bentuk Emas Fizikal.  Ada juga Pakar Emas yang memberi saranan supaya simpan Net Worth Asset antara 25% hingga 50% dalam bentuk Emas Fizikal.

Emas adalah Aset sebenar yang perlu kita simpan dari sekarang kerana emas adalah penyelamat kejatuhan nilai matawang. Bila emas fizikal di tangan kita sebenarnya kitalah yang mengawal harta kita berbeza bila kita simpan wang di bank.

Jika anda perlukan bimbingan tentang Pelaburan Emas Fizikal anda boleh whatsApp saya atau follow facebook saya dengan Klik Nama tertera di bawah atau ikuti blog emas saya.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Jika artikel ini bermanfaat, saya mohon anda share dengan rakan-rakan Social Media anda. Klik butang di bawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *