Penjelasan Patuh Shariah

Public Gold telah menerima pengesahan Patuh Syariah.

16487229_1464080680269988_2062340362630687447_o (2)

Bagi sahabat pembaca yang berminat memahami bagaimana proses jual beli Public Gold dari perspektif shariah, boleh baca penjelasan yang dibuat oleh pakar muamalat Islam, iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri;

Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.

syariah-patuh

TIGA JENIS PRODUK

1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
3. Jualan balik (Buy Back).

Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.
Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH

Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT (EPP)

Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

JUALAN BALIK (BUY BACK)

Proses utama dalam produk ini ialah:
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.
2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

Semoga catatan Ustaz Khairul Anuar ini akan memahamkan kita semua tentang urusniaga jual beli emas di Public Gold, dan berurusniaga dengan penuh yakin, in sha Allah.

Jika anda perlukan bimbingan Pelaburan Emas Fizikal dari saya Folow Facebook Page dengan Klik nama saya di bawah ini:

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

JIka artikel ini bermanfaat untuk bacaan famili dan kawan-kawan anda, silalah ‘Share’ bersama mereka dengan klik butang bawah ini :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *