Enam (6) Bulan Dana Kecemasan.

Dari perbualan dan pengalaman yang saya perolehi ramai yang masih belum faham akan kepentingan menyimpan emas sebagai pelindung dan insuran kewangan.

Hari itu, saya berkongsi dengan seorang anak muda berkenaan dengan perlunya ada simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan pendapatan gaji sebagai dana kecemasan. Dana kecemasan itu sangat penting bila kita terdesak atau dalam keadaan gawat perlukan tunai, sebagai contoh bila berlakunya diberhentikan kerja, kemalangan, ditimpa sakit, bisnes tidak menjadi dan banyak lagi perkara2 yang tidak kita jangkakan.

Bagi Penyimpan Emas (Gold Saver), saya syorkan mulakanlah dengan simpanan dana kecemasan 3 bulan gaji dalam bentuk emas fizikal sebagai target pertama. Ini bermakna jika gaji anda $2000 setiap bulan, dana kecemasan untuk 3 bulan ialah (3 x 2000) = $6000 bersamaan 100 gram.

Kemudian tambahkan lagi 100gm sebagai target kedua untuk cukupkan dana kecemasan selama 6 bulan pendapatan.

PG0100-100g-classic

Gambar : ‘Gold Bar’ 100 gram sebagai dana kecemasan

Emas itu Duit

Kenapa Emas Sebagai Dana Kecemasan?

Emas adalah aset yang sangat cair dan mudah ditukar kepada tunai tidak seperti hartanah atau lain-lain aset pelaburan yang memerlukan masa dan syarat2 tertentu jika anda perlukan tunai.

Bagi saya menyimpan dana kecemasan dalam bentuk emas fizikal itu lebih baik sebab kalau duit kita berkemungkinan akan terguna untuk perkara lain kerana senang diambil atau dikeluarkan dari bank walaupun kita tahu duit itu untuk kecemasan dengan alasan tak pe nanti hujung bulan boleh ganti balik.

Lagi pun bila dana kecemasan dalam bentuk emas fizikal sebenarnya kita dapat kawal duit kita, dari belanja yang bukan-bukan.

Pepatah melayu ada mengatakan “sediakan payung sebelum hujan” telah mengajar kita supaya sentiasa bersiap sedia. Dengan adanya dana ini sudah tentu dapat menolong jika perkara2 yang tidak dingini berlaku ke atas diri kita sebab kita tak akan tahu, bilakah masanya perlu gunakan ‘dana kecemasan’ ini.

Kelebihan pada emas ialah bila-bila anda perlukan duit, anda boleh tukarkan emas tersebut kepada tunai dengan mudah, samada dijual di pasaran atau pajak di Ar-Rahnu.  Pilihlah pajak gadai Islam Ar Rahnu yang patuh syariah.

Emas adalah simpanan untuk masa depan dan sebagai aset pelindung.

Bagi anda yang ingin mulakan simpanan emas sebagai dana kecemasan dengan bajet yang kecil, boleh buka akaun tabungan emas GAP dan simpan secara disiplin dan konsisten setiap bulan atau beli terus ‘outright purchase’ misalannya beli 1 Dinar Emas setiap bulan. Ini bermakna bila anda sudah mempunya syiling emas 1 Dinar 24 keping anda sudah memiliki 102gm sebagai target pertama.

1 Dinar Emas

Gambar: 1 Dinar Emas 4.25gm 999.9 Public Gold

Ya, jadikan Dana Kecemasan sebagai objektif pertama menyimpan emas.  Selalunya bila sudah faham akan objektif menyimpan emas, anda akan lebih bermotivasi untuk tambahkan simpanan aset emas untuk mencapainya secepat mungkin. Anda akan tertarik dengan emas dan akan sentiasa mencari jalan untuk tambahkannya.

own 100 gram

Gambar : Governor Bank Pusat Kyrgyzstan mahu setiap warga mempunyai 100 gram Emas

Saya sangat setuju dengan impian (Pada Feb 16 2017, Governor Bank Pusat) kyrgzstan yang mahukan supaya semua warga kyrgzstan memiliki 100 gram emas sebagai simpanan mereka.  Governor Tolkunbek Abdygulov mengatakan Bank pusat telah menjual hampir 140 kilo emas kepada rakyat awan.

Jarang kita jumpa seorang Gorvernor Bank Pusat yang berterus terang dan menggalakkan supaya setiap warganya jadikan emas sebagai simpanan walaupun pada hakikatnya Bank Pusat di seluruh dunia menjadikan emas sebagai rizab negara dan sebagai aset penyelamat.

Pernahkan anda terfikir mengapa setiap Bank Pusat sesebuah negara mempunyai rizab emas?  Jawapan paling tepat ialah Emas adalah Wang sebenar.

money

Gambar: Emas adalah Wang Sebenar

Semoga penerangan di atas bermanfaat dan menjadi panduan kenapa anda perlu simpan emas sekarang! Jika anda ingin mulakan simpanan emas, boleh buat perjanjian dengan hubungi saya nama di bawah ini. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *