Tiga (3) Posisi Anda Dalam Emas

1.   Pengenalan.

Tahukah anda ‘mindset’ bagi setiap penyiimpan sangat berbeza?  Jika anda faham di manakah kedudukan anda sebagai pembeli emas sudah tentu akan memudahkan tujuan dan matlamat anda.

Posisi anda akan memberi kesan kepada tindakan yang perlu dilakukan apabila harga emas naik atau turun untuk meraih keuntungan dalam simpanan  emas fizikal.  Saya harap selesai sahaja bacaan artikel ini akan meningkatkan lagi kefahaman tujuan membeli, menyimpan dan melabur emas.

2.  Tiga (3) Jenis Penyimpan Emas.

  1. Penyimpan Emas (Gold Saver)- Simpanan untuk pelindung kekayaan
  2. Pelabur Emas -(Gold Investor) Untuk menjana keuntungan ‘Buy Low’ – ‘Sell High’ 
  3. Berbisnes Emas (Gold Dealer ) – Menjana ‘Passive Income’

Saver-Investor-Dealer1

1.  Penyimpan Emas (Gold Saver).

Golongan ini membeli emas sebagai simpanan alternatif kepada simpanan tunai. Matlamat ‘Gold Saver’ ialah untuk menyimpan wangnya dalam bentuk Emas sebab dia percaya emas adalah matawang sebenar dan sebagai pelindung kekayaan.

Penyimpan emas tidak akan ‘terpengaruh’ dengan kenaikkan dan turunnya harga emas, baginya yang paling penting ialah berat Gram emasnya bertambah setiap bulan sebab itu akan membeli emas setiap bulan walaupun serendah 1 gram.

Jika ada lebihan wang seperti dapat Bonus, Overtime, Duit GST, dalam mindanya mahu ditukarkan wang tersebut terlebih dahulu kepada emas. Baginya adalah lebih selamat wang tersebut disimpan dalam bentuk emas bagi mengelakkan belanja yang bukan-bukan.

Penyimpan Emas – ‘Gold Saver’ mempunyai matlamat jangkamasa panjang. Dia akan ‘genggam’ emas tersebut selama mungkin selagi objektif simpanannya belum tercapai contoh:

  • Simpan untuk Dana Kecemasan.
  • Keperluan Pelajaran Universiti Anak2.
  • Deposit Rumah.
  • Mengerjakan Umrah dan Haji
  • Simpan Untuk Persaraan Hari Tua dan banyak lagi

Penyimpan emas akan cuba elakkan untuk jual emas yang dikumpulkan.  Jika benar2 terdesak memerlukan wang, penyimpan emas akan buat pajakan sementara dan memilih Pajak – Gadai Islam  ‘Ar-Rahnu’.

Matlamat akhir Penyimpan Emas ialah sentiasa ‘tambahkan aset emas setiap bulan dan akhir sekali terpaksa menjadi Kaya kerana hartanya sentiasa bertambah.

Public Gold merupakan satu-satunya syarikat emas yang menyediakan kemudahan untuk anda mulakan tabungan emas dengan serendah 1gm emas setiap bulan.  Jika anda ingin jadi Penyimpan Emas Bijak, jadikan titik permulaan dengan menabung Emas setiap bulan dengan Klik Sini

2. Pelabur Emas (Gold Investor)

Golongan ini membeli emas sebagai alat pelaburan untuk pulangan tunai yang lebih banyak. Pelabur Emas mendapatkan keuntungan dengan membeli harga terbaik dan menjualnya ketika harga tinggi.  

Ciri-ciri Pelabur Emas (Gold Investor)

  • Dia mengejar pulangan tunai dan menganggap emas sebagai alat pelaburan yang dapat menjana keuntungan
  • Dia melihat peratus kenaikan harga emas dalam jangkamasa tertentu seperti 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun.  Sebagai misalan dia target 25% kenaikan untuk menjual emas yang dibeli ketika harga rendah.

‘Gold Investor’ akan membeli emas fizikal beberapa kepingan yang beratnya 100 gram ke atas.  Ini kerana ‘spread’ jual-beli emas 100 gram ke atas, selalunya lebih rendah (4% – 6%) berbanding emas yang beratnya kurang dari 100 gram. Dalam erti kata lain, lagi rendah ‘spread’ lagi cepat membuat keuntungan!

Pelabur emas juga mesti tahu membaca ‘Carta’ harga Emas dan mesti mempunyai ilmu ‘Technical Analysis’ dan ‘Fundanmental Analysis’ :

  • Gold Technical Analysis  
  • Gold Fundamental Analysis

One Gold Dinar

Gambar : ‘Gold Technical Analysis’ Mesti Difahami Oleh Setiap Pelabur Emas (Gold Investor)

Terdapat kursus ‘Charting’ yang boleh anda ikuti untuk mahirkan diri tentang naik turun harga emas dan bilakah masa yang sesuai untuk beli dan jual emas fizikal.

Banyak faktor2 lain yang menyebabkan harga emas boleh naik dan turun yang perlu anda ketahui.  Sebagai seorang ‘Gold Investor’ perlukan sentiasa peka tentang perkembangan suasana Politik Dunia dan Ekonomi. Matlamat ‘Gold Investor’ ialah nak dapatkan keuntungan dan wangnya bertambah.

Saya ada bina Group ‘Gold Trader’ jika anda berminat dan ingin dapatkan infomasi tentang harga emas boleh join group ini dengan klik link ini : https://chat.whatsapp.com/Cb9wrts1KPZIyLkUpjo1F7

3. Peniaga Emas  (Gold Dealer)

Golongan ini pada masa yang sama boleh menjadi Penyimpan dan Pelabur emas. Asalnya membeli emas untuk simpanan sendiri dan kemudian mencari keuntungan dengan menjual emas dengan harga yang lebih tinggi kepada pasaran luar.

Peniaga Emas ‘Gold Dealer’ adalah yang paling untung sebab dia lebih mudah bertambah gram emas dan dalam masa yang sama bertambah wang.  ‘Gold Dealer’ tidak perlu ada kedai emas tetapi menjalankan perniagaan emas dalam talian secara ‘online’ dan bertemu kawan2 yang berminat untuk beli dan simpan emas.

Public Gold memberi peluang terbaik kepada Dealer emas untuk berniaga dan pada masa yang sama membina empayar bisnes mereka dan mendapat ‘Passive Income’.

Dengan ‘Share’ ilmu emas ‘Gold Dealer’ boleh mendapat keuntungan apabila ‘customer’nya membeli emas. Baginya ilmu dan kefahaman tentang Emas amat diperlukan oleh semua Penyimpan dan Pelabur Emas.  Bila ‘Gold Dealer’ berkongsi Ilmu Emas, ia dapat membina hubungan baik antara semua orang yang minat dengan Emas dan  seterusnya boleh menjadi rakan kongsi niaga.

WhatsApp Image 2017-04-05 at 9.19.18 PM

GAMBAR : Seminar Emas di Singapura

3.  Kesimpulan.

Jika inginkan gram emas bertambah dan wang bertambah ‘Gold Dealer’ adalah posisi terbaik untuk anda. Sila tonton video pendek di bawah ini dan jangan lupa untuk subscribe youtube channel saya:

 Bagi yang berminat ingin tahu tentang Pelaburan Emas, kami sering adakan Seminar Emas setiap Minggu, anda boleh ikuti Seminar Emas PERCUMA Klik Sini

Jika anda perlukan bantuan dan bimbingan Pelaburan Emas Follow Facebook dengan Klik Nama saya di bawah ini:

MOHD SULIMAN HAFID – PG 027857
Star Master Dealer for Singapore
Visit site : www.OneGoldDinar.net

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk keluarga dan rakan-rakan, harap dapat di ‘share’ dengan klik link bawah ini.  Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *