Tujuh (7) Langkah Bermula Menyimpan Emas

SEDIKIT TIPS MULAKAN SIMPANAN EMAS ANDA HARI INI.

1. NIAT.

Mulakan dengan niat yang betul mengapa nak kumpul Emas?  Bila saya mulakan kumpul emas niat saya  nak tambahkan ‘Asset’ saya sedikit demi sedikit dan saya tahu emas akan menolong saya jika berlakunya masalah kewangan.

Saya suka pada Wang Dinar kerana keunikan dan Dinar adalah Mata Wang Islam sebenar.

One Gold Dinar

Gambar : 1/2 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar 999.9 24K LBMA

Saya mempunyai seorang kawan yang sangat menyukai dengan menyimpan Mata Wang Dinar.  Hampir setiap bulan dia akan membeli Dinar sebagai simpanan ‘Asset’.  Bila ada lebihan wang kawan saya itu akan terus tukar kepada Dinar.  Saya faham mengapa beliau berbuat demikian antara sebabnya Emas mengekalkan kuasa belinya.

Sebenarnya Dinar boleh digunakan sebagai membayar Zakat Harta, sebagai Mas Kahwin (Mahar),  Hadiah untuk orang tersayang (Anak, Isteri, Ibu, Bapa dll),  Simpanan jangkamasa panjang dan Jual Beli  sesuatu barang kerana Dinar adalah Mata Wang sebenar.

2. MENCARI ILMU.

Carilah ruang dan peluang untuk menghadiri Seminar tentang Emas.  Syarikat Public Gold sentiasa adakan Seminar Emas PERCUMA setiap Minggu.  Anda boleh buat pendaftaran untuk mengikuti Seminar tersebut.  Pilihlah tempat, masa dan hari yang sesuai untuk anda hadiri.

10402898_1748634492033790_5920784553464329755_n

Gambar : Tambahkan Ilmu Dengan Mengikuti Seminar di Singapura

Lihat jadual Seminar Emas dan buat pendaftaran dengan SMS/WhatsApp atau Isi Borang yang telah disediakan.

Klik Link ini >>> Singapura, MalaysiaIndonesia dan Brunei Darussalam untuk mengikuti Seminar Emas PERCUMA.

Tambahkan Ilmu Pelaburan Emas dengan membaca buku-buku tentang Emas.  Di luar sana banyak buku-buku tentang emas yang dijual sama-ada dalam bahawa Melayu dan Inggeris.  Berikut adalah antara buku yang boleh anda jadikan sebagai rujukan :

  1. Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas – En Syukor Hashim
  2. Zero Hutang – En Mohd Zulkifli
  3. The Power of CandleStick + Divergence – En Shufaat

Ingin miliki buku tersebut KLIK SINI

one-gold-dinar

Gambar : Buku Emas Untuk Tambahkan Ilmu Anda

3. TANYA PADA ORANG YANG BETUL.

Jangan rasa Malu untuk bertanya kepada orang yang betul faham tentang Emas.  Jangan tersilap langkah dengan melabur dan terperangkap dengan pelaburan skim cepat kaya.  Carilah syarikat yang kukuh dan reputasi yang baik menawarkan Emas fizikal.

Beli Emas dapat Emas bukan dapat Kertas dan Janji Kosong

Carilah ‘Mentor Emas Anda’ yang berpengalaman dan betul-betul faham tentang Ilmu Pelaburan Emas.  Bagaimana mengganda ‘Asset’ anda? Bila masa yang sesuai untuk beli emas?  Apakah keuntungan dan faedah menyimpan emas?  Apa nak buat dengan Emas yang tersimpan? banyak lagi soalan2 yang perlu dijawab.

En Syukour n Me

Gambar : Guru dan Mentor Emas Saya – En Syukor Hashim

Formula paling mudah untuk berjaya dengan Cepat ialah cari dan belajarlah dari ‘Mentor’ yang telah terbukti BERJAYA.  Ikut Minda dan cara mereka bekerja.  Belajar, Lakukan dan  Berkongsi Ilmu.  

Semua orang bermula dari ZERO sebelum menjadi HERO.

4. ASINGKAN DUIT UNTUK EMAS DAN SIMPANAN.

Bagi yang bekerja apabila dapat Gaji.  Disiplinkan diri untuk beli Emas setiap bulan .  Tidak mengapa walaupun sedikit. “Sedikit sedikit lama-lama jadi bukit“. Menyimpan Emas lebih menguntungkan sebenarnya.

Ada Syarikat yang menyediakan kemudahan untuk anda kumpul emas setiap bulan 1g emas.  Anda boleh Buka Account ‘Gold Accumulation Program’ GAP untuk mulakan simpan Emas setiap bulan atau tambah emas bila ada duit lebih.

Jika anda jadikan satu tabiat untuk membeli emas setiap bulan 1g (harga sekarang $61/gm) setiap kali dapat gaji, ini bermakna dalam masa 12 bulan anda sudah memiliki 12gm Emas dan boleh keluarkan emas tersebut dalam bentuk ‘Gold Bar’ bila-bila masa di bawah ini adalah Gambar 5g Emas dan 10g Emas ‘Gold bar’

one gold dinar

Gambar : 5gm dan 10gm Gold Bar 999.9 24K LBMA

5. MEMBELI PADA SYARIKAT YG BETUL.

Carilah syarikat yang betul-betul Stabil, Kukuh dan BerReputasi.  Syarikat yang bukan sahaja menjual emas malah memberi jaminan membeli balik emasnya bila-bila masa dan tidak terhad jumlahnya.  Public Gold adalah antara Syarikat yang stabil dan kukuh dengan prestasi yang sangat membanggakan yang mempunyai 20 Pejabat dan Cawangan di Malaysia, Singapura dan Indonesia

public-gold-branch-office

Gambar : Public Gold Mempunyai 20 Cawangan Termasuk Di Malaysia, Singapura dan Indonesia

Pilihlah Syarikat yang tidak mengenakan apa-apa yuran menjadi Ahli.  Syarikat yang menawarkan harga dan susut nilai yg rendah dan harga yang ‘transparent’ anda boleh jual dan beli produk bila-bila masa 24jam 7 hari secara on-line atau terus ke pejabat, produk yang bebas GST dan bertaraf antarabangsa- LBMA (London Bullion Market Association)

6. BELI EMAS SIKIT² IKUT KEMAMPUAN.

Bila kita ada wang sedikit, cepat² tukarkan kepada emas. Ada Syarikat yang menawarkan pembelian emas serendah 0.5 gram di bawah adalah emas 0.5 gram boleh di jadikan sebagai simpanan, hadiah dan koleksi.

one gold dinar

Gambar : 1/2 gm Gold Bar Sebagai Koleksi dan Hadiah Kepada Yang Tersayang

Berikut adalah Emas 1 gram boleh dijadikan sebagai simpanan, hadiah ulang tahun,  anak yang baru lahir, duit raya, Ang Pow, hadiah hari perkahwinan dan lain-lain.  Boleh juga di jadikan sebagai koleksi emas anda. one gold dinar

Gambar : 1 gm Gold Bar Sebagai Koleksi dan Hadiah Kepada Yang Tersayang

7. SIMPAN DI TEMPAT YG TIDAK DIJANGKA.

Tolong jangan beritahu orang dimana tempat kamu menyimpannya.  Yang pasti simpan di tempat yang selamat. Yang tahu cuma anda.  Anda boleh buat pilihan samaada simpan di Rumah atau di ‘Safe Deposit Box’.  Public Gold ada menyediakan ‘Safe Deposit Box’ untuk anda.

one gold dinar

Gambar : Public Gold Sediakan Safe Box Untuk Menyimpan Emas Anda

Mulakan langkah menyimpan Emas dari sekarang sebagai simpanan jangkamasa panjang.

Jika anda perlukan nasihat dan bimbingan seterusnya jadi rakan Fbook dengan Klik Nama Saya di bawah ini:

MOHD SULIMAN HAFID – PG027857
Master Dealer for Singapore
Mobile : +65 9224 6333 (S’pura) +60 166825003 (M’sia)

http://www.fb.com/AimanDinar

Jika artikel ini bermanfaat, saya mohon anda share dengan rakan-rakan Social Media anda. Klik butang di bawah.

This article has 1 comments

  1. Pingback: Salam Perkenalan | Wang Emas – Dinar Dirham

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *