Antara soalan yang sering ditanya.

Gold Coins

Berapakah berat emas perlu dikeluarkan zakat dan bilakah patut zakat dikeluarkan? Bagi menjawab soalan tersebut anda boleh dapatkan info seterusnya, baca artikel di bawah ini:

Hadith Wajib Mengeluarkan Zakat.

Hadith yang diriwayatkan dari Ali ra, katanya, telah berkata Rasulullah:
“Jika kamu mempunyai 200 dirham dan sudah cukup setahun maka zakatnya adalah 5 dirham, dan emas hanya dikenakan zakat bila sudah mencapai 20 dinar dan sudah cukup setahun, maka zakatnya adalah ½ dinar setiap bertambah maka dengan hitungan tersebut. Tidak wajib zakat kecuali sampai cukup masa setahun”. (H.R Abu Daud)

Kategori Zakat Emas dan Perak

Harta lain yang juga termasuk dalam kategori emas dan perak:

1. Logam / Batu permata dan Mata Wang
2. Deposit seperti: Simpanan, deposit, cek atau sekuriti lain

Syarat Zakat pada Emas & Perak

  • Sampai nishab
  • Berlalu satu tahun.
  • Bebas dari hutang yang menyebabkan kurang daripada nishab.
  • Lebihan dari keperluannya.

– Jika perhiasan tersebut sebagai simpanan atau pelaburan, wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% dengan syarat nishab dan haul.
– Perhiasan yang haram digunakan dan terbuat dari emas & perak, wajib dikeluarkan zakatnya.
– Jika perhiasan tersebut untuk dipakai dan dalam batas yang wajar, tidak dikenakan zakat, jika berlebihan termasuk katagori pertama.
– Penentuan nishabnya adalah senilai dengan nishab emas 85 gram.

Nishab dan Kadar Zakat Emas, Perak dan Mata Wang

Nishab emas 20 dinar, 1 dinar = 4,25 gram, maka nishab emas adalah 20 X 4,25 gram = 85 gram.
Nishab Perak adalah 200 dirham, 1 dirham = 2,975 gram, maka nishab perak adalah 200 X 2,975 gram = 595 gram.

Demikian juga macam jenis harta yang merupakan harta simpanan dan dapat dikategorikan dalam emas dan perak, seperti Wang tunai, tabungan, cek, saham, surat berharga ataupun bentuk lainnya. Maka nishab dan zakatnya sama dengan ketentuan emas dan perak.

Lagi  Banyak Zakat Di Keluarkan Lagi Berkat Rezeki Anda

Ini bermakna jika seseorang memiliki bermacam-macam bentuk harta dan jumlah keseluruhannya lebih besar atau sama dengan nishab (85 gram emas) maka ia telah terkena kewajiban zakat (2.5%).

Jika anda ingin dapatkan Tip dan info tentang pelaburan Emas Fizikal dan Perak klik nama saya bawah ini. Terima Kasih kerana sudi membaca .

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Di harap artikel ini bermanfaat untuk Pelabur2 Emas Fizikal dan harap di kongsikan kepada rakan2 yang belum mengetahui tentang Zakat Emas dan Perak.

Artikel asal dari : http://pusat.baznas.go.id/zakat-emas-perak-dan-uang/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *