21 Tip Emas Untuk Anda Yang Baru Bermula

#1 : Jangan tunggu harga murah baru nak beli. Emas tak ada istilah murah jika dibeli sekarang. Kalau nak tau harga murah ke tidak, tunggu lepas setahun. Masa tu baru kita tau mula beli dulu harga mahal atau murah.

#2 : Tukar duit jadi emas, semasa duit ada ditangan. Kalau nak tunggu cukup duit baru nak beli, alamat tak terbeli2 emas.

#3 : Tukar duit kepada emas sikit sikit. Paling mudah #1gram1bulan. Matlamatnya, nak displinkan diri menyimpan cara konsisten. Sedikit tapi konsisten lebih baik dari beli selonggok terus diam dan mengharapkan harga emas akan naik.

#4 : Emas adalah emas, kalau harga jatuh pun tetap ada harga. Emas tetap kekal laku dan diambil orang. Duit kalau harga jatuh, yang tinggal hanyalah kertas. Boleh jadi tak berharga dan dibuang orang.

#5 : Harga emas kadang naik dan kadang turun. Naik turun itu biasa. Emas ada demand dan supply. So jangan risau bila harga menjunam dan jangan melatah untuk terus jual kerana takut rugi. Semak graf emas 5,10,20 tahun yang lalu, ternyata harga emas makin lama makin naik.

#6 : Konsep emas sangat mudah iaitu beli dan lupakan tak perlu nak ingat ingat. Macam duit CPF kita “Forgotten saving” hanya boleh guna bila umur dah capai 55 tahun atau kalau nak beli rumah HDB. Simpan emas mesti ada matlamat. Nak kahwin pun ada sebab. So simpan emas pun mesti ada sebab.

#7 : Simpan emas wajib bayar zakat bila cukup haul dan nisab 86 gram dan genap setahun. Kalau tak cukup syarat tak perlu zakat. Tapi, kalau kena bayar zakat..syukurlah. Dapat peluang cuci harta dan jiwa. Zakat membawa Berkat.

Emas Wajib Zakat

#8 : Emas adalah obat kepada penyakit boros. Emas adalah antara kesukaan manusia. Benda yang kita suka memang susah nak lepas begitu saja. Berbeza dengan duit sangat senang dibelanjakan kalau tak percaya cuba bawa duit ke shopping mall.

#9 : Emas adalah pelaburan yang berdiri sendiri. Emas tidak terikat dengan mana2 sistem kewangan. Berbeza dengan share atau property perlu declare dan ada rekod. Sebab tu orang yang bankrup pun masih boleh simpan emas jadi aset. Diam2 ubi makin lama makin berisi.

#10 : Emas, tetap ada kekurangan. Emas tak ada pulangan atau dividen tahunan. Nak dapat keuntungan pegang emas selama mungkin. Lagi lama harga emas makin tinggi. Cuba bandingkan harga emas tahun 90an dengan sekarang. Kalau ada skim yang bagi imbuhan bulan bulan..kena fikir 1000 kali. tu pembohong!

#11 : Emas boleh jadi ‘safety net’. Buat emergency backup 3 ke 6 bulan perbelanjaan isi rumah. Gunakan emas bukan gunakan duit. Kalau duit selalunya kita kalah emosi, ada saja idea nak belanja. Simpan emas tu penting untuk kegunaan masa kecemasan.

#12 : Lepas beli emas, satu soalan penting perlu ditanya iaitu boleh tak emas tersebut dijual balik? Dan boleh tak dijual balik dengan senang? Jangan masa beli Ok2, masa jual macam2 alasan!

#13: Kumpul emas ini macam ikut walkathon. Kena jalan terus dan tahu mana nak tuju sehingga penamat. Biar selangkah demi selangkah paling penting konsisten. #1bulan1gram pun dah Ok. Jangan gatal..nak pinjam loan nak kaut emas selambak tanpa ilmu yang betul.

#14 : Simpan emas bukan nak tunjuk kaya. Tapi nak elak lemas diwaktu cemas. Biar tak susah tapi tak miskin.

Supaya tak Lemas

#15: Pilih emas yang diiktiraf dalam kategori emas pelaburan IPM (Investment Precious Metal) yang bertujuan pelaburan semata-mata serta bebas GST. Emas yang ada pengiktirafan LBMA yang mengesahkan ketulenan emasnya 100%.

#16 : Emas pelaburan ada 2 jenis iaitu Gold bar dan Syling emas atau Dinar emas. Pilih lah yang mana berkenan. Dua2 tulen. Yang ketara cuma bentuknya. Segi empat atau bulat.

#17 : Emas 995 ke atas itu namanya emas pelaburan dalam kategori IPM sementara emas 916 ke bawah tu namanya emas hiasan. Paling koman emas suasa 375.

#18 : Emas di Singapura mengikut kiraan GRAM. Emas luar negara pakai istilah per OUNCE, TAELS atau TOLA. 1 Troy ounce bersamaan 31.1 gram.

#19 : Tak perlu jadi pengkaji harga kalau nak jadi gold saver. Harga emas memang naik dan turun. Kita tak dapat kawal. Gold saver fokus kepada nak tambah GRAM emas. Nak kaji dengan harga akhirnya kita tak beli2.

#20 : Simpan emas maknanya ‘simpan’. Bukan beli hari ini besok lusa terus nak jual. Simpan emas mesti ada matlamat dan tujuan. Kalau simpan kerana ikut2 akhirnya emas tu tergadai. Simpan lah emas sebagai ‘Dana Rizab’.

#21 : Emas dan perak adalah Komoditi, barang yang mempunyai permintaan. Termasuk minyak, gula, biji kopi, kacang soya, aluminum, beras, gandum, Semua itu tidak akan bertambah kalau disimpan. Kalau ada orang kata simpan emas dapat imbuhan dan emas itu beranak. Kena fikir 1000 kali.

Emas Duit

Teruskan baca posting saya untuk mendapat Tip Emas. Jika ada kawan2 yang nak mulakan simpanan emas boleh buat perjanjian dengan hubungi saya. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *