Matlamat Simpanan Emas.

Matlamat Simpanan Emas.

Perkara pertama sebelum mulakan simpan emas ialah tetapkan apakah matlamat kita nak simpan emas.

Matlamat boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu

✅ Matlamat jangkamasa pendek dan
✅ Matlamat jangkamasa panjang

Tempoh masa pendek atau panjang kita yang tentukan sendiri.

Tetapkan matlamat jangkamasa pendek yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan dan komitmen masa kita pada waktu tersebut.
Setiap kejayaan matlamat jangka pendek akan memberikan semangat (extra boost) untuk kita mencapai matlamat jangkamasa panjang dimasa depan.
Kita cuma bersaing dengan diri sendiri, kita hanya perlu fokus berlari di trek kita sendiri sahaja.

Menang atau kalah hanya kita yang nilaikan sendiri, jika kalah kita kena berusaha lebih keras tanpa ada rasa tertekan dengan kejayaan orang lain.

Digalakkan untuk kita kongsikan matlamat kita ini dengan pasangan kita.

Semuanya akan jadi lebih mudah bila ada orang sekeliling kita yang faham dan memberi sokongan apa yang kita buat.

  1. Ini contoh matlamat jangka pendek.
    ✅ Emas saya jadikan sebagai simpanan ‘mesti’setiap bulan, sebab cara ini sangat mudah dan elakkan dari duit ‘bocor’.
    ✅ Saya simpan emas mula dengan 1 gram setiap bulan, sebab emas susah nak dibelanjakan berbanding simpan duit di bank yang terlalu senang nak dikeluarkan dan dibelanjakan.
  2. Matlamat jangkasama panjang:
    ✅ Emas sebagai pelindung nilai untuk simpanan saya 20 atau 30 akan datang.
    ✅ Ciri utama emas yang kalis inflasi boleh mengekalkan nilai simpanan saya dengan baik.
    ✅ Contoh mudah adalah 1 dinar terbukti mampu beli 1 ekor kambing pada 1,400 tahun dahulu dan juga mampu beli 1 ekor kambing pada hari ini.
    Dan tidak mustahil untuk kita dapat beli 1 ekor kambing dengan 1 dinar pada 20 atau 30 tahun akan datang.

Terbukti kuasa beli emas tetap stabil dan mampu melawan kesan inflasi untuk jangkamasa panjang. Untuk rekod 20 tahun lepas.

Kesimpulannya simpanlah emas mengikut matlamat kita untuk jangkamasa pendek dan panjang.

Setiap orang ada matlamat masing-masing, gunakan emas sebaiknya sebagai alat untuk kita mencapai matlamat tersebut.

Buatlah ‘action plan’ mengikut kesesuaian matlamat tersebut, pastikan setiap yang dilaksanakan mengikut rancangan awal yang telah kita tetapkan.

Semoga memberikan manfaat untuk kita semua

Sila tonton video ini:
https://youtube.com/live/nS64yFxJ7v8
https://youtube.com/live/nS64yFxJ7v8

Sekian,

Mohd Suliman Hafid
Star Master Dealer Public Gold
Bio: https://onegolddinar.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *