Simpan Emas dari 1 gram kepada 1 Kilogram
Ungkapan
“Seribu (1000) langkah bermula dari langkah yang pertama”
“Seribu (1000) gram bermula dari 1 gram”.
Menyimpan memerlukan displin yang tinggi dan tujuan kenapa mesti simpan emas. Dari buku yang saya baca “The Richest Man In Babylon” memberitahu Emas datang dengan mudah dan akan bertambah kepada sesiapa yang konsisten simpan 10% daripada pendapatan bagi membina kekayaan untuk dirinya dan juga keluarganya.
Ya betul membina kekayaan dengan emas sangat mudah. Walaupun dulu saya tidak nampak betapa bagusnya strategi ini. Kita boleh bermula serendah 1 gram, atau setiap kali dapat gaji simpan 4-10% dari pendapatan kita. Kemudian tambahkan % simpanan anda bila kita rasa selesa dan bila setiap kali mendapat wang tambahan atau bonus gaji.
Walaupun ‘Gold Investor’ lebih ambil tahu tentang harga pasaran emas, analisa teknikal emas, tetapi akhirnya Penyimpan Emas Tegar juga akan menang. Sebab:
- Mereka memliki emas yang banyak.
- Duit Simpanan mereka tidak bocor.
- Harga Purata setiap gram emas rendah kerana sentiasa beli.
- Keuntungan jangka panjang dengan kenaikan harga emas.
Jika kita sentiasa displin dan konsisten setiap bulan In Sha Allah kita pasti boleh mencapai kepada simpanan 1kg emas untuk diri kita dan keluarga. Bagi mempercepatkan proses 1kg 1 Famili.
Formula paling mudah katakan dalam 1 famili ada 5 orang. Targetkan setiap 1 orang mesti simpan emas 200 gram dengan gunakan strategi menyimpan konsisten setiap bulan.
Jadikan Tabiat Simpan Emas Setiap Bulan.
Jika kita berterusan menyimpan 10% daripada pendapatan dan melabur emas dengan bijak, akhirnya kita dapat simpan lebih dari itu, kerana tabiat yang dipupuk telah membuat kita lebih kaya. Seterusnya menjamin keselamatan keluarga sekiranya kita sudah tiada lagi.
** Tip Simpan Emas Setiap Bulan
- Jadikan Matlamat Simpan Emas Setiap Bulan (4-10%) dari gaji.
- Setiap Kali Dapat Gaji Terus Beli Emas.
- Jangan Tunggu Harga Tebaik Baru Nak Beli. Risiko Duit Senang Dibelanjakan.
- Beli Emas Guna Kaedah GAP- Gold Accumulation Program. Anda boleh keluarkan fizikal untuk rasakan Aura dan ‘feel’ bila emas ada di tangan.
Beza Simpan Duit Dengan Simpan Emas.
Contoh yang ketara, jika kita simpan dalam bentuk duit, katakanlah kita nak simpan $100 setiap bulan di ‘Savings Account’ harap2 nanti dalam 12 bulan dah dapat target simpanan $1200.
Kalau ikut pengalaman saya dalam perjalanan nak simpan ada saja ‘toyol’ yang cuba mengganggu kempiskan duit kita yang akhirnya kita tidak dapat capai target kita. Apa lagi kalau dah nak sampai Hari Raya inilah godaan yang paling kuat yang perlu kita tangani. Silap2 duit kita ‘Bocor’ berbelanja yang bukan2.
Penawar kepada penyakit ‘Boros’ ini ialah tukarkan simpanan wang kita dalam bentuk emas. Setiap kali dapat gaji pisahkan 10% dari gaji untuk dibelikan emas. Bila kita tukar wang kita kepada emas naluri untuk berbelanja yang bukan2 dengan sendirinya terpadam. Secara tidak langsung mengelakan dari kebocoran wang.
Bagi mereka yang mempunyai kemampuan yang lebih besar, letakkan komitmen untuk simpanan yang lebih besar seperti 2 Dinar setiap bulan, atau 10 gram setiap bulan, atau 100 gram setiap bulan atau 250 gram setiap bulan hatta 1 kilogram 1 bulan bagi seorang jutawan berpendapatan 7 angka sebulan.
Tak logik bagi seorang yang berpendapatan 5 – 6 angka menyimpan hanya 1 gram 1 bulan. Ia tak akan menaikan motivasi melabur emas. Jadi berapakan simpanan yang sesuai setiap bulan. Jawapannya mengikut kedudukan kewangan masing-masing.
Semakin banyak emas yang kita kumpul, semakin banyak emas datang kepada kita. Sebab itu jangan lupa keluarkan zakat emas dan banyakkan bersedekah.
Semoga penerangan ini menjadi panduan sebelum melabur dalam emas fizikal. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.
Teruskan baca posting saya untuk mendapat Tip Emas seterusnya. Jika ada kawan2 yang nak mulakan simpanan emas dan perak boleh buat perjanjian dengan hubungi saya. Terima kasih.
MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com
Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.