Kenapa Pelabur Juga Sukakan Perak ‘Silver’
Baru2 ini ada yang tanya saya kenapa kita juga perlu melabur Jongkong/Syiling Perak ‘Silver Bar/Coins’
Berikut adalah sedikit Tip tentang Perak ‘Silver’.
Ramai pakar ‘Precious Metal’ juga suka meyimpan Logam Perak ‘Silver Bar’ selain Emas. Perak dianggap ‘Gold in Future’ dan ada juga yang mengatakan ‘Silver the poor man’s gold’.
Yang pasti, perak lebih banyak dan lebih murah per auns daripada emas, tetapi ia adalah logam yang sangat berguna dan berharga. Perak mempunyai sifat yang berlainan daripada emas, dan ia tidak dapat digantikan dalam banyak kegunaan.
Dikatakan potensi peratusan kenaikan harga Perak (Silver) akan pergi lebih jauh berbanding emas. Kenaikan harga Perak ‘Silver’ akan jauh memintas emas dalam tempoh 5 – 10 tahun.
Nak Pilih Jongkong Perak atau Syiling Perak?
Satu cara mudah yang boleh kita lakukan untuk pelaburan Perak ialah mulakan dengan Syiling Perak dan kemudian ke Jongkong Perak. Anda boleh mulakan dengan membeli Syiling Perak yang mudah untuk dijual seperti: American Silver Eagles, Canadian Silver Maple, South Afican Silver Krugerrands, Silver Britannias, Singapore Silver Merlion etc.
Kelebihan bila anda mempunyai 100 keping 1 oz Syiling Perak berbanding 1 keping 100 oz Jongkong Perak. Bila harga Perak naik anda mempunyai peluang 100 kali untuk menjual sedikit-sedikit sementara menunggu harga naik lebih tinggi.
2 Faktor Menunjukkan Harga Perak ‘Silver’ Undervalue
#1 – Gold-Silver Ratio – Nisbah Emas-Perak
‘Gold-Silver Ratio’ 1 : 80 bermaksud 1 kilogram Emas ‘Gold’ mampu membeli 80 kilogram Perak ‘Silver’ atau dengan kata lain, setiap 80 kilogram Perak ‘Silver’ nilainya dapat ditukarkan kepada 1 kilogram Emas ‘Gold’
Sejarah 20 tahun menunjukkan, harga termahal silver ialah pada tahun 2011 iaitu ketika ratio sekitar 1 : 30 Lagi besar ratio itu menunjukkan harga Perak ‘Silver’ lebih under-value (murah).
Dan ratio 1 : 70 sehingga 1 : 80 hanya berlaku 4 kali dalam tempoh 20 tahun!
Klik Sini untuk semak Nisbah Emas : Perak
#2 – Zakat Emas vs Zakat Perak
Nisab zakat Perak ‘Silver’ ialah 595 gram (200 Dirham) berbanding emas 85 gram (20 Dinar)
Ini bermakna, Nisbah Emas-Perak dari sudut Nisab Zakat ialah 1 : 7.
Satu gram Emas nilainya bersamaan 7 gram Perak. Maksudnya kalau harga Emas 1 gram hari ini ialah $61 per gram, maka harga Perak sepatutnya sekitar ($61 ÷ 7) $8.70/gram. Tetapi realitinya, harga Perak hari ini baru sekitar $0.78/gram!
Kalau mengikut kiraan ini, harga Perak sekarang lebih murah 11 kali ganda berbanding harganya yang sebenar.
Jadi apa yang berlaku terhadap Zakat Emas berbanding Perak sekarang?
Siapa simpan Perak 595 gram hari ini yang harganya sekitar $464 +/- sudah dikenakan zakat. Sedangkan siapa simpan Emas seberat 85 gram yang harganya sekitar $5185 +/- barulah dikenakan zakat.
Saya percaya harga sebenar 595 gram Perak (200 Dirham) sepatutnya $5185 (iaitu bersamaan harga 85 gram emas (20 Dinar). Ini bermaksud, harga silver sekarang UNDERVALUE sekitar 89% berbanding nilainya yang sebenar!
Semoga penerangan di atas bermanfaat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.
Teruskan baca posting saya untuk mendapat Tip Emas. Jika ada kawan2 yang nak mulakan simpanan emas dan perak boleh buat perjanjian dengan hubungi saya. Terima kasih.
MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com
Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.