1. Apakah Objektif Menyimpan Emas?
Ada yang tanya saya kalau dah banyak simpanan emas lepas itu nak buat apa ye? Soalan ini agak pelik tetapi untuk pecerahan biar saya jawab kenapa kita simpan emas dan apakah objektif menyimpan emas itu.
Tiga (3) sebab kenapa kita simpan emas:
- Nilai emas jangkamasa panjang lebih terjamin berbanding simpan duit dalam akaun bank.
- Bila kita miliki emas ia tidak terikat dengan sesiapa. Nilai emas berdiri sendiri tanpa jaminan sesiapa.
- Menyimpan emas adalah cara yang sangat berkesan merawat tabiat ‘boros’ belanja. Fitrah manusia dengan duit memang untuk berbelanja.
Jadi perkara paling penting sebelum menyimpan emas anda perlu tahu apakah tujuan anda menyimpan emas itu. Kemanakah wang tersebut ingin dimanfaatkan? Di bawah ini merupakan antara tujuan kita menyimpan emas.
- Untuk Dana Simpanan Kecemasan
- Untuk dijadikan Hadiah dan Mas Kahwin
- Untuk Kegunaan Semasa Persaraan
- Untuk Rolling-up Bisnes Anda
- Untuk Pelajaran Anak-anak
- Untuk Menunaikan Haji dan Umrah
- Untuk Beli Rumah
- Untuk Simpanan Aset Generasi Anda
- Untuk Belanja Hari Raya
- Untuk Keluarkan Zakat dan Bersedekah
Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita manfaatkan bila kita ada simpanan emas. Simpan Emas untuk melindungi kejatuhan nilai matawang dan melindungi harta kita.
2. Apa Nak Buat Dengan Emas?
Kita diwajibkan mengeluarkan zakat harta emas dan perak apabila sudah sampai nisab dan haul.
Haram hukumnya bagi yang menyimpan tetapi tidak mengeluarkan zakat emas dan perak. Jika anda ingin tahu cara keluarkan zakat emas dan perak? Klik Sini
Emas juga boleh di jual atau dipajakkan di Ar Rahnu. Saya lebih gemar gunakan pajak gadai Islam Ar Rahnu tanpa Riba’ untuk perniagaan saya berbanding pajak gadai konvensional.
Gunakan perkhidmatan Ar Rahnu antara solusi terbaik jika perlukan tunai segera. Alhamdulillah emas di Ar Rahnu saya masih terjaga baik dan emas itu masih milik saya.
Bagi anda yang memilih untuk menjual bolehlah cari mana2 kedai emas atau Authorised Gold Dealer seperti saya untuk dapatkan harga yang lebih baik. Saya percaya banyak dealer2 emas di Singapura yang boleh menawarkan harga yang berpatutan. Lihat harga terkini Klik Sini
Semakin lama anda simpan emas, maka kelebihan akan berpihak kepada anda. Setiap orang perlu menyimpan harta sebagai aset individu. sebagai contoh Rumah, Tanah, Saham, Unit Amanah dan lain2.
Emas juga boleh menjadi Aset yang menguntungkan jika disimpan jangka panjang. Walaubagaimana pun jika ada peluang-peluang yang lebih baik seperti membeli rumah yang dilelong atau rumah kedai harga murah, saya akan gunakan emas untuk membeli aset2 tersebut.
Jikalau anda sangat terdesak nak pakai duit. kerana sebab2 tertentu seperti ahli keluarga masuk hospital, nak bayar hutang yang dah tertunggak 10 tahun, atau apa saja situasi kritikal. Emas adalah aset yang dapat menolong anda ketika gawat.
Jadi jawapan paling mudah, kalau dah banyak simpan emas nak buat apa? Jadilah seorang hartawan yang selalu membantu orang2 susah dengan Bersedekah. bantu Masjid2 yang memerlukan dana, tolong Madrasah dan pelajar2 yang memerlukan wang persekolahan dan banyak lagi Institusi2 yang memerlukan sumbangan anda. Juga jangan lupa keluarkan zakat harta emas dan perak apabila sudah sampai nisab dan haul.
Semoga penerangan di atas memberi manfaat. Jika anda ingin mulakan simpanan emas, boleh buat perjanjian dengan hubungi saya dan Klik nama di bawah ini untuk Add Facebook friend. Terima kasih.
MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com
Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.