Lima (5) Kesilapan Pelaburan Emas Yang Merugikan

Pengenalan

Kesilapan dalam pembelian emas fizikal akan menyebabkan penyimpan atau pelabur emas merasakan menyimpan atau melabur emas satu kerugian dan tidak berbaloi. Bagi memberi kefahaman, saya senaraikan 5 kesilapan pembeli emas yang perlu dielakkan dari kerugian atau penyesalan sebagai panduan:

#1.Tidak Pasti Ketulenan Emas

Kesilapan yang sering di lakukan oleh kaum wanita ialah membeli emas perhiasan sebagai pelaburan. Mereka menganggap emas semuanya sama dan tidak mengetahui tentang ‘spread’ atau susut nilai emas tersebut. Emas perhiasan atau barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan atau mendapat keuntungan kerana emas perhiasan di buat khas untuk perhiasan dan kecantikan bagi yang memakainya dan selalunya harga emas perhiasan lebih mahal jika dibanding dengan ‘Gold Bar’, Syiling emas dan Dinar Emas. Harga emas perhiasan dikira mengikut reka bentuk, upah tukang dan juga cukai GST.

Faktor di atas akan menyebabkan harga ‘Spread’ atau susut nilai barang kemas lebih tinggi iaitu antara 20% hingga 40%, sedangkan peratus ‘Spread’ Gold Bar hanya 6% hingga 9% sahaja.

Ini bermakna jika harga emas dunia ‘Gold Spot Price’ naik 10% setahun, bagi yang memiliki ‘Gold Bar’ sudah pun meraih keuntungan sementara bagi yang memiliki barang kemas atau emas perhiasan belum lagi mendapat keuntungan kerana ‘Spread’ yang tinggi.

#2.Tidak Tahu Tujuan Pelaburan

Emas boleh dijadikan sebagai Pelaburan, dan emas juga boleh dijadikan sebagai Simpanan. Beli emas sebagai pelaburan bermaksud melihat emas pada naik turun harganya seperti saham. Fokus Pelabur emas ‘Gold Investor’ ialah tambahkan WANG . Keuntungan bagi “pelabur” hanyalah beli harga rendah, jual harga tinggi. Itu sahaja.

Sebaliknya emas juga boleh dijadikan sebagai salah satu bentuk Simpanan jangka panjang. Fokus Penyimpan emas ‘Gold Saver’ ialah tambahkan GRAM emas yang berjaya dikumpul. Kalau tahun ini berjaya kumpul 100 gram emas, maka tahun depan akan pastikan simpanannya meningkat menjadi 150 gram atau 200 gram. Harga emas naik atau turun tak penting baginya, asalkan jumlah GRAM emasnya semakin bertambah Penyimpan emas rasa seronok. Lagi gembira apabila harga emas turun sebab dia boleh membeli lebih banyak aset yang mahal (iaitu emas) pada harga murah.

Penyimpan Emas ‘Gold Saver’ mengagihkan dan mempuyai objektif kemana emas tersebut mahu dimanfaatkan bawah ini adalah contoh:

  • Dana Simpanan Kecemasan
  • Kegunaan Semasa Persaraan
  • Rolling-up Bisnes
  • Untuk Pelajaran Anak-anak
  • Menunaikan Haji dan Umrah
  • Untuk Beli Rumah
  • Simpanan Aset Generasi Anda
  • Belanja Hangus Simpanan Hari Raya
  • Banyak lagi sebab dan objektif

#3.Tidak Memilih Tempat Yang Betul

Ramai yang terpedaya dengan harga emas yang murah seperti emas mentah, emas sadur, habuk emas, emas tiada jenama dan sebagainya. Emas murah tidak semestinya paling baik untuk pelaburan kerana perlu mengambil kira spread (susut nilai), harga jual balik emas, ketulenan emas, susah gadai emas dan sebagainya. Walaupun harga emas murah, tetapi jika harga jual balik emas rendah akan memyebabkan keuntungan yang sedikit. Jenama emas juga penting untuk membina kepercayaan dan permintaan tinggi yang menyebabkan emas mudah dan bernilai tinggi apabila di jual.

Daftar Percuma di Public Gold dengan Scan QR Code bawah ini

QR Code Public Gold

Antara syarikat yang kukuh dan berwibawa ialah Syarikat Public Gold. Pilihlah syarikat yang mempunyai banyak kelebihan seperti keyakinan dan keteguhan syarikat serta kemudahan jual beli emas dengan harga telus mengikut harga emas semasa dunia untuk keuntungan maksima.

#4.Tidak Konsisten Dalam Pelaburan

Harga emas memang ada naik dan turun. Kita jangan terganggu dengan emosi naik turun harga ini. Jika niat kita untuk melabur dan menyimpan emas lihatlah pada harga jangka panjang. Pelaburan emas adalah untuk jangka masa sederhana dan panjang iaitu 3 atau 5 tahun ke atas. Malah sejarah telah terbukti bahawa harga emas akan naik dalam jangka panjang.

Cuba lihat prestasi emas sejak 20 tahun dahulu dan sehinggalah hari ini menunjukan kenaikan harga sehingga 408.22%. Anda dapat bandingkan jika anda simpan duit di dalam bank berbanding simpan emas dalam jangka masa panjang.  Sudah tentu melabur dan menyimpan emas sangat berbaloi.

harga emas

#5.Tidak Mempunyai Ilmu Pelaburan

Ini merupakan topik yang paling penting iaitu kita mesti tahu dan berilmu mengenai emas untuk mengelak kerugian dalam menyimpanatau melabur emas. Ramai yang mengeluh mengatakan tiada untung atau rugi melabur emas dan apabila di tanya, jawapannya kerana beli Gold Bar di kedai emas sebab ikut orang, beli barang kemas, beli emas semasa harga tinggi, beli gold bar tiada jenama atau tidak popular yang menyebabkan kesukaran untuk jual balik atau harga rendah. Untuk makluman anda emas popular, berjenama dan disukai ramai lebih laris dan bernilai tinggi.

Emas tidak membuatkan kita kaya, tetapi ILMU tentang emas itu yang boleh membuatkan kita kaya. Orang-orang yang berjaya dalam pelaburan emas mempunyai ilmu yang tinggi, semakin mendalam ilmu yang kita perolehi semakin banyak untung yang akan kita perolehi dalam mana-mana pelaburan sekalipun.

Dengan membaca artikel-artikel tentang emas di blog ini, atau sekurang-kurangnya membaca buah buku pelaburan emas yang berkredibiliti sebelum bermula pasti akan dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak dalam pelaburan emas.

Sila tonton Video pendek bawah ini untuk pejelasan selanjutnya

Semoga pencerahan di atas memberi manfaat dan jika anda ingin mulakan pelaburan emas boleh buat perjanjian atau hubungi saya nama di bawah ini. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site: www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *