Simpan Emas dan Duit Wajib Zakat

Kenapa Simpan Emas?

Saya memang sangat menggalakkan supaya kita semua mempunyai simpanan emas. Anda boleh mencari sebab kenapa kita perlu menyimpan emas, kenapa perlu tukarkan duit kertas kepada emas dan banyak lagi topik-topik menarik, boleh diperolehi di Channel Youtube dan blog saya.

Antara sebab, saya pernah bahaskan tentang kepentingan menyimpan emas ialah emas adalah mata wang sebenar dan semua negara di dunia ini mempunyai simpanan emas sebagai harta rizab.

Berikut adalah 6 kelebihan emas dari sudut simpanan.

1- Emas dapat mengelakkan dari kebocoran wang berbelanja dari yang bukan-bukan.
2- Duit simpanan lebih bertahan lama jika disimpan dalam bentuk emas.
3- Nilai emas tetap kekal dan bertahan bila berlaku ketidaktentuan ekonomi dan politik.
4- Bila berlaku krisis ekonomi atau peperangan nilai duit boleh jatuh malahan tidak ada nilai.
5. Emas adalah Duit Sebenar dan terbukti alat penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah.
6. Emas pelindung Inflasi. Simpan emas, tak perlu risau kenaikan harga barang (inflasi) dalam jangka panjang sebab Kuasa belinya kekal.

money

Kenapa Takut Bayar Zakat?

Saya pernah mendapat jawapan dari mereka yang mengatakan “tidak mahu Simpan Emas kerana Nanti kena bayar Zakat”
Soalan saya pada mereka, apakah kalau kita simpan duit tak perlu bayar zakat?

Saya tidak salahkan mereka dan saya rasa mereka yang memberi alasan di atas memang tidak memahami tentang emas dan kewangan.

Emas dan kewangan sememangnya berkait rapat. Untuk memberi kefahaman mari kita singkap hal emas dan mata wang.

Sejarah telah membuktikan bahawa emas dan perak telah digunakan sebagai mata wang sejak zaman dahulu lagi. Kali terakhir emas digunakan sebagai mata wang (Dinar) ialah pada tahun 1924 zaman kejatuhan khalifah Islam Uthmaniyah di Turki. Anda boleh google tentang fakta ini.

Dan kalau kita perhatikan wang zakat yang kita bayar adalah dari kiraan berat emas dan perak iaitu Dinar dan Dirham seperti Hadith di bawah ini:

Diriwayatkan dari Ali ra, katanya, telah berkata Rasulullah:
“Jika kamu mempunyai 200 dirham dan sudah cukup setahun maka zakatnya adalah 5 dirham, dan emas hanya dikenakan zakat bila sudah mencapai 20 dinar dan sudah cukup setahun, maka zakatnya adalah ½ dinar setiap bertambah maka dengan hitungan tersebut. Tidak wajib zakat kecuali sampai cukup masa setahun”. (H.R Abu Daud)

Emas adalah harta yang berkembang oleh kerana itu emas wajib dikeluarkan zakat apabila cukup nisab dan haul.

Samaada kita sedar atau tidak, jika kita mempunyai simpanan duit yang nilainya bersamaan dengan 20 Dinar atau 85 gram emas, kita pun diwajibkan keluarkan zakat. Nak tahu nisab zakat wang klik link ini:
https://zakat.sg/current-past-nisab-values/

Jadi sebenarnya nisab zakat yang ditunjukkan di dalam website ialah ialah nilai 20 Dinar atau 85 gram emas.

Umat Islam digalakkan mengembangkan harta yang ada supaya dapat mengeluarkan lebih banyak zakat. Zakat bukan sahaja mendatangkan pahala untuk si pengeluarnya, malah memberikan manfaat kepada sipenerima (8 Asnaf).

Mengeluarkan zakat harta adalah kewajipan, dan merupakan elemen penyucian harta yang utama, maka jagalah perintah ini supaya kita diluaskan rezeki. Ingat, setiap harta yang dimiliki, ada hak orang lain ke atas harta tersebut.

Sekian Terima kasih.Semoga bermanfaat.

Youtube: https://www.youtube.com/c/MohdSuliman/videos
Blog : http://www.m.OneGoldDinar.com

Jika anda Ingin mulakan simpanan emas boleh hubungi saya nama di bawah ini. Sekian, Terima Kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *