Permulaan
Anda mungkin sudah lama kenali emas tetapi tidak tahu apakah kelebihan menyimpan emas. Bagi kebanyakan orang bila disebut emas tentu akan terfikir emas itu untuk kaum wanita sahaja tujuannya untuk dipakai demi kecantikan.
Bagi yang memahami emas selain dari untuk kecantikan iaitu barang kemas. Emas juga mempunyai jenis yang berbentuk Gold Bar dan Syiling emas untuk dijadikan sebagai pelaburan. Kali ini saya nak sentuh apakah kelebihan sebagai seorang Penyimpan emas atau ‘Gold Saver’
Golongan ini mempunyai mindset membeli emas sebagai simpanan alternatif kepada simpanan tunai. Matlamatnya untuk menyimpan wangnya dalam bentuk Emas sebab dia percaya emas adalah matawang sebenar dan sebagai pelindung kekayaan.
Penyimpan emas tidak akan ‘terpengaruh’ dengan kenaikkan dan turunnya harga emas, baginya yang paling penting ialah berat Gram emasnya bertambah setiap bulan sebab itu akan membeli emas setiap bulan walaupun serendah 1 gram.
Jika ada lebihan wang seperti dapat Bonus, Overtime, Duit GST, dalam mindanya mahu ditukarkan 50% dari wang tersebut terlebih dahulu kepada emas. Baginya adalah lebih selamat jika wang tersebut ditukar kepada emas bagi mengelakkan belanja yang bukan-bukan.
Penyimpan Emas mempunyai matlamat jangkamasa panjang. Dia akan ‘genggam’ emas tersebut selama mungkin selagi objektif simpanannya belum tercapai. Bawah ini adalah contoh penyimpan emas:
- Simpan untuk Dana Kecemasan.
- Keperluan Pelajaran Universiti Anak2.
- Deposit Rumah.
- Mengerjakan Umrah dan Haji
- Simpan Untuk Persaraan Hari Tua
Penyimpan emas akan cuba elakkan untuk jual emas yang dikumpulnya. Jika benar2 terdesak memerlukan wang, penyimpan emas akan buat pajakan sementara dan memilih Pajak – Gadai Islam ‘Ar-Rahnu’.
Matlamat akhir Penyimpan Emas ialah sentiasa ‘tambahkan aset emas setiap bulan dan akhir sekali terpaksa menjadi Kaya kerana hartanya sentiasa bertambah.
Untuk penjelasas seterusnya sila tonton Video di bawah ini:
Ingin mulakan simpanan emas dan bimbingan seterusnya dari saya boleh daftar dengan klik link ini: https://mylink.la/mohdsuliman
Ingin ikuti Seminar Emas Percuma KLIK SINI. Terima Kasih.
MOHD SULIMAN HAFID – PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk keluarga dan kawan-kawan yang belum tahu cara kumpul emas melalui GAP account. Harap dapat di ‘Share’ kepada mereka. Terima Kasih