1. Nilai wang kertas susut dalam jangkamasa panjang jika dibanding dengan nilai emas
Dalam jangka masa panjang nilai wang kertas semakin merosot. Kuasa beli wang kertas 10 tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang. Anda akan mendapati kuasa beli wang kertas semakin mengecil akibat dari inflasi.
Sebagai contoh, pada tahun 1960-an, anda boleh beli secawan kopi di Singapura dengan harga 20 sen . Sekarang ini untuk beli secawan kopi anda perlu bayar $1.20. Ini bermakna harga kopi itu naik 500% atau dari sudut yang lain nilai duit kita sudah susut 500% .
Gambar: Secawan Kopi
Sekarang ini anda terpaksa membayar 5 kali ganda untuk membeli kopi yang sama tahun 60an dulu. Ini jelas menunjukkan kuasa beli wang kertas merosot di dalam jangkamasa yang panjang.
2. Nilai wang susut jika negara terus mencetak wang untuk pasaran
Gambar: Wang Kertas Jepun dan Duit Iraq
Tiada satu pun dalam sejarah dunia Mata Wang Kertas berjaya bertahan nilainya.
Kajian menunjukkan kegagalan nilai wang kertas 20% gagal melalui hiperinflasi, 21% telah dimusnahkan oleh kerana peperangan, 12% dimusnahkan oleh kemerdekaan, 24% telah diperbaharui, dan 23% masih dalam edaran dan hanya menunggu masa.
Jadi, apabila kita letakkan graf kenaikan harga emas dan graf penurunan kuasa beli wang kertas maka kita akan mendapat graf seperti di bawah:
Gambar: Harga Emas Naik – Nilai Wang US Merosot
Di dalam jangka masa panjang kuasa beli wang kertas (graf warna hitam) semakin menurun manakala nilai emas (warna kuning) semakin meningkat. Sebagai pembaca yang bijak, mungkin kini anda lebih faham mengapa anda perlu menyimpan emas.
3. Kegagalan Wang Kertas
Fakta negara di dunia ini pernah mengalami inflasi yang teruk, akibat mencetak wang yang terlalu berlebihan. Salah satunya adalah negara Jerman selepas kalah pada perang dunia pertama dan harus membayar kerugian perang. Kerana nilai wang yang tidak berharga. Seorang suri rumah Jerman membakar wang kertas (mark) di dapur beliau. kerana lebih murah untuk membakar mata wang tersebut daripada menggunakannya untuk membeli kayu api (1923)
Gambar: Di Zimbabwe harga 3 biji telur 100 Billion Dollars
Semua orang mahu menjadi jutawan, tetapi di Zimbabwe menjelang 2009, setiap penduduk dikenali sebagai Trillionaire. Malah, pada musim panas tahun 2008 terdapat wang kertas satu bernilai 100.000.000.000.000 dolar Zimbabwe (100 trilion).
Ia bersamaan dengan kira-kira $ 300 USD, tetapi dengan cepat menjadi sia-sia dan kini bernilai lebih sebagai cenderahati .
Inflasi memaksa rakyat Zimbabwe berbaris panjang untuk membeli roti, ubat gigi dan keperluan lain. Mereka sering membawa beg yang lebih besar untuk membeli barang yang sedikit dengan mata wang merosot nilai.
Gambar: Kisah Benar – di Zimbabwe, Itali, India, Greece dan Venezuela
Kesimpulan: Mulakan Simpanan Emas anda dari sekarang sebagai pelindung kekayaan dan kejatuhan nilai matawang anda.
Jika anda inginkan bimbingan saya tentang simpanan dan pelaburan emas boleh hubungi saya dengan SMS/Whatsapp ke +65 9224 6333 atau Follow Facebook saya dengan Klik Nama Saya di bawah atau hadiri Seminar Emas saya. In Sha Allah anda akan perolehi banyak info di seminar tersebut. Terima kasih.
MOHD SULIMAN HAFID – PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk keluarga dan kawan-kawan yang belum tahu “Kenapa Perlu Simpan Emas Sekarang”! Harap dapat di ‘Share’ klik butang di bawah ini: