Simpan Wang Kenapa Rugi

Ramai di kalangan kita yang percaya menyimpan wang adalah suatu tindakan yang bijak. Tahukah anda sekarang ini ‘wang’ tidak lagi berfungsi sebagai wang yang sebenar.

Hari ini ramai yang menyimpan wang yang dapat dicetak semula bila-bila masa dan di hentikan bila-bila masa.

Gambar di bawah menunjukan keadaan ‘Panik’ berlaku apabila kerajaan India mengumumkan tidak sah berkuatkuasa serta merta 500 rupee dan 1,000 rupee pada 8 November 2016.

Negara Asia yang pernah membuat perkara yang sama ialah Negara Korea Utara iaitu pada tahun 2009. Akibatnya berlakulah keruntuhan ekonomi segera dan kelaparan meluas kerana harga beras melonjak 30 kali ganda dalam masa dua bulan.

india-banknotes

Gambar : Wang Kertas India 23 bilion 500 rupee dan 1,000 rupee tidak sah berkuatkuasa serta merta.

Pada tahun 1971, President Amerika Nixon telah memisahkan mata wang USD daripada Standard Emas.  Sejak itu nilai wang telah jatuh.

Amerika syarikat kini memiliki kuasa mencetak wang bagi menjelaskan hutang negaranya.

Sejak tahun 1971 golongan penyimpan wang menjadi golongan yang paling rugi, sebab mata wang US telah hilang nilai sehingga 95% apabila dibandingkan dengan Emas.  Baki 5% tidak akan dapat bertahan hingga 40 tahun lagi.

valuedollar

Gambar : Kejatuhan Nilai US Dollar 97% dan akan bertambah teruk dalam masa 10 tahun lagi.

Mari kita lihat senario yang berlaku di Singapura, ambil contoh harga rumah HDB Flat di Singapura.  Jika anda ada wang Singapura sejumlah $17,000 pada tahun 1970an, anda boleh beli Rumah HDB 3 Bilik secara tunai.

Tetapi sekarang ini, tahun 2017 dengan wang jumlah $17,000 anda tidak akan dapat beli rumah yang sama.  Kata orang $17,000 nak buat ‘Renovation’ rumah 3 Bilik HDB Flat  pun tak cukup.

toapayoh2708e

 Gambar : Harga Rumah HDB Flat 3 Bilik Harga Sekarang hampir $350K se Unit.

Tahun 2017 harga rumah HDB 3 Bilik hampir $350,000 se unit.  Antara sebab mengapa harga rumah semakin mahal adalah disebabkan berlakunya ‘Inflasi’ setiap tahun.

Dalam sudut yang lain pula, kuasa beli wang kertas semakin lama semakin rendah, setuju?

Value-money-fall

Gambar : Wang $10 dollar sekarang (2017) tak dapat beli barang yang sama $10 dollar dahulu (1960)

Kenapa kita kena mulakan Simpan Emas? Salah satu sebabnya ialah untuk melindungi kekayaan dan kuasa beli tersebut.

Kesimpulan : Kuasa beli Wang Kertas masa dulu tidak akan sama Kuasa Beli Hari ini.

Untuk dapatkan info apakah faedahnya menyimpan dalam bentuk emas fizikal baca artikel seterusnya dengan KLIK SINI 

Anda perlukan bimbingan bagaimana Simpan dan Melabur Emas?  Follow Facebook dengan Klik nama saya di bawah ini:

MOHD SULIMAN HAFID – PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Jika anda rasa artikel ini memberi manfaat kepada keluarga dan rakan2 sekeliling anda. Harap dapat di ‘Share’ kepada mereka dengan klik link di bawah ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *