Apakah Kelebihan Melabur Emas Fizikal

Pelaburan Emas Fizikal

Barangan kemas memang menjadi kesukaan kaum wanita sejak dahulu lagi kerana emas adalah simbol kecantikan, kejayaan dan kekuasaan, namun bagi pelabur-pelabur emas bijak, akan memilih Emas jongkong ‘ Gold Bar’ Syiling Emas dan Dinar Emas sebagai alat pelaburan mereka kerana ketulenan dan harga yang lebih tinggi bila dijual semula.

Sejak kebelakangan ini apabila berlakunya Pandemik Covid-19 telah menjadikan situasi tidak menentu dan kelemahan ekonomi telah menyebabkan harga emas dunia terus meningkat.  Apabila keadaan ini berlaku pelabur akan berpindah kepada aset yang lebih selamat iaitu emas.

1-Emas adalah Aset Sebenar

Emas Fizikal adalah aset yang nyata ‘tangible asset’ seperti rumah, sawah dan tanah. Selain dari rumah, sawah dan tanah, emas fizikal juga merupakan instrumen pelaburan yang sangat baik.

Apabila anda memiliki Emas fizikal seperti Emas Jongkong di tangan, bermakna anda dapat mengawal kekayaan anda dengan serta-merta.  Selama emas tersebut tidak dijual selama itu anda adalah pemiliknya, tidak kira samada harga emas naik atau turun.

Emas yang anda miliki tidak terikat kepada sesiapa pun. Nilai emas tersebut 100% di dalam kawalan anda.  Tidak siapa pun boleh bekukan dan merampas kekayaan itu.  Malahan orang yang berstatus ‘bankrupt’ pun boleh membeli dan melabur emas.

Emas fizikal juga mudah untuk ditukar milik kepada anak dan keturunan anda.

2-Emas Sebagai Aset Selamat (Safe Haven)

Pelabur akan berpindah kepada aset yang lebih selamat iaitu emas apabila berlakunya keadaan ekonomi yang tidak stabil. Emas selain dari commoditi yang didagangkan, Ternyata emas adalah mata wang yang sebenar oleh kerana itu pelabur akan memindahkan kekayaannya kepada mata wang yang lebih stabil iaitu emas apabila berlakunnya ketidaktentuan ekonomi.

50g-goldbar-10-Dinar

Rajah: Emas Jongkong dan Emas Dinar

Inflasi akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan semakin mahal.  Apabila nilai wang semakin melemah Pelabur akan pindahkan wang mereka kepada emas untuk melindung kejatuhan nilai mata wang.

3-Harga Emas Terus Meningkat Naik

Harga emas memang adakala turun dan adakala naik, tetapi sejarah menunjukan dalam jangka masa panjang harga emas akan terus meningkat naik.  Ini terbukti dari rajah di bawah prestasi emas dari tahun 2015 sehingga bulan julai 2020.

Gold Performance 2015-2020

Rajah: Pretasi Harga Emas Tahun Julai 2015 hingga Julai 2020

Harga emas terus ‘meroket’ dengan ketara apabila berlakunya tidak kententuan ekonomi akibat dari covid-19 yang masih lagi tercari2 penyelesaiannya dan diburukkan lagi dengan perang perdagangan yang berlajutan antara pihak US dan China.

Pengalisis emas berpendapatan kenaikan harga emas akan terus naik sehingga 2 atau 3 tahun dari sekarang.

4 – Emas Mudah Ditukar Kepada Tunai

Emas aset yang sangat cair  berbanding aset fizikal alternatif lain seperti rumah dan tanah.

Anda boleh mengambil wang dari logam ini dengan mudah dan di mana sahaja malahan semua negara di dunia boleh anda tukarkan emas kepada mata wang negara tersebut. Emas merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai.

Jika sekiranya memerlukan tunai, anda mempunyai 2 pilihan samada ingin menjualnya atau menggadai di pajak Gadai Islam ‘Ar-Rahnu’ untuk buat pijaman wang dalam jangka masa pendek.

Saya antara orang yang sering membuat pinjaman wang jangka masa pendek untuk ‘Roll-up’ Bisnes.  Saya percaya ramai juga penyimpan emas tidak memahami kaedah ‘roll-up’ bisnes ini.  Buku “Membonhkar Rahsia Ar Rahnu (Pajak Gadai Islam)” ada menerangkan tentang 11 Teknik buat duit di Ar Rahnu. Jika anda ingin milikinya boleh hubungi saya.

Ar Rahnu

5 – Emas Penyimpan Nilai

Nilai emas tetap terjamin sebab nilai emas diukur dari berat emas itu sendiri.  Bila simpan wang anda dalam bentuk emas fizikal, anda tidak perlu risau jika emas tersebut terbakar atau rosak.  Malahan emas yang ditumbuk halus sehingga hancur atau emas dipotong2 dalam bentuk apa sekali pun samaada bengkok, patah.  Bila di bawa ke kedai emas dan ditimbang nilainya tetap ada.  Pendek kata nilai emas tidak akan jadi kosong atau ‘Zero’.

6 – Emas ‘Ever Green’

Emas fizikal adalah aset yang sangat berharga dan menjadi kesukaan oleh semua orang sejak zaman dahulu, sekarang dan akan datang – Malar segar.

Emas fizikal yang kita simpan berapa lama sekali pun akan dinilai harganya mengikut harga terkini melalui timbangan.  Ini bermakna peniaga yang jual beli emas jongkong dan emas dinar tidak akan rugi walaupun emas yang dijual itu tiada pembelinya.

Penjual emas sentiasa tersenyum samada emasnya terjual atau tidak, sebab itu kita jarang lihat kedai emas yang jual emas jongkong membuat tawaran harga 50% diskaun. Jadi kalau nak lebih untung jadilah perniagaan emas.

7 – Elak Dari Belanja Yang Bukan2

Emas mengajar kita berdisiplin dari berbelanja yang bukan2. Selalunya selagi ada duit di dalam tangan kita sering “terbelanja” “terpakai” dan “terguna” samaada kita sengaja atau tak sengaja.

Emas fitrahnya simpan sementara Wang firahnya berbelanja.

Satu cara untuk elakkan dari perkara di atas berlaku cepat2 tukarkan wang tersebut kepada emas.  Bila dah jadi emas fizikal selaluya akan disimpan emas tersebut di tempat yang terbaik dan sangat takut kehilangan.  Ini adalah kerana kita tahu nilai emas sangat tinggi dan mahal.

Kesimpulan

Dari topik-topik yang saya bentangkan di atas kesimpulan, banyak kelebihan yang boleh kita boleh perolehi bila melabur dan menyimpan emas fizikal jangka masa panjang.

Untuk lebih jelas sila tonton video di bawah ini:

Semoga penerangan di atas memberi manfaat jika anda ingin mulakan simpanan emas bolehlah buat perjanjian atau hubungi saya nama di bawah ini. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Star Master Dealer Public Gold
Visit site :https://OneGoldDinar.net

jika sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *