Jual Emas Ikut Objektif
Harga emas baru-baru ini telah melepasi USD1,800 seauns (Julai 2020). Ini merupakan harga tertinggi sejak tahun 2015. Bila harga naik ramai penyimpan emas bertanya adakah sekarang ini masa terbaik untuk jual balik emas?
Sebelum anda membuat keputusan untuk menjualnya, anda harus betul2 faham apakah tujuan asal bila mula2 menyimpan emas.
Berikut adalah antara objektif utama kenapa simpan emas:
- Membina kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga
- Untuk menikmati barangan yang lebih bermutu
- Untuk membeli rumah impian kita
- Untuk bayar deposit beli rumah atau kenderaan
- Sebagai Dana kecemasan jika belaku perkara tak diingini
- Untuk merealisasikan beberapa impian kita
- Untuk melancong ke destinasi impian kita
- Untuk mengerjakan haji dan umrah
- Untuk membiayai pelajaran anak-anak kita
- Untuk menolong mereka yang kurang bernasib baik
- Untuk meninggalkan harta kepada anak dan cucu kita
- Untuk menolong membina dunia yang lebih baik
- Untuk keluarkan zakat emas bila sudah cukup nisab dan haul
- Untuk kegunaan sebagai belanja Hari Raya
- Untuk modal pusingan bisnes kita
- Untuk belanja semasa majlis perkahwinan
- Sebagai Dana persaraan semasa usia tua
Kalau kita lihat senarai di atas terdapat banyak tujuan mengapa kita menyimpan emas. Rata2 tujuan simpan emas itu adalah untuk kegunaan dimasa hadapan.
Jadi jawapan paling mudah, bilakan masa terbaik jual emas itu bila objektif di atas telah tercapai.
Jika sekiranya benar2 terdesak nak pakai duit, anda boleh jual emas yang disimpan sebagai ‘dana kecemasan’.
Sebagai penyimpan emas (Gold Saver) adalah silap bila beranggapan beli emas macam beli saham iaitu beli ketika harga rendah, dan jual bila harga naik.
Penyimpan emas akan membeli emas secara konsisten. Mereka tidak terkesan dengan naik turun harga emas, bagi mereka sangat seronok dapat tambahkan gram emas sebagai aset fizikal setiap bulan.
Penyimpan emas menyimpan emas untuk jangka panjang (lebih 5 tahun). Mereka sentiasa berdisiplin membeli emas setiap bulan walaupun sedikit. Mereka sangat yakin dan percaya keuntungan yang akan mereka perolehi ketika harga emas naik dalam jangkamasa panjang.
Rajah : Harga Emas dari Julai 2016 hingga Julai 2020
Jika anda lihat carta di atas harga emas adakala naik dan adakala turun. Dengan membeli emas setiap bulan akhirnya penyimpan emas (Gold Saver) akan mendapat harga purata. Inilah salah satu strategi yang perlu difahami dan lakukan.
Kesimpulan
Genggam emas itu selama yang mungkin, kalau belum nak pakai duit, simpan dulu. Kita hanya akan menjualnya jika ada peluang-peluang yang lebih baik contoh bila harga rumah jatuh ingin beli rumah kedua (Condo), tanah, ladang dan lain2.
Kaya itu Mulia
Samaada anda suka atau tidak, orang yang banyak emas itu sebenarnya adalah ‘Jutawan Senyap’. Selagi emas ada di tangan, andalah yang mengawal ekonomi anda. Selagi anda tidak menjualnya selama itu aset emas tersebut tetap milik anda, tidak kira samaada harga emas rendah atau tinggi. Semoga penerangan di atas memberi manfaat dan jual emas mengikut objektif.
Jika anda ingin mulakan simpanan emas, boleh buat perjanjian dengan hubungi saya nama di bawah ini. Terima kasih.
MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com
Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.