Penggunaan Dinar dan Dirham
Penggunaan mata wang emas dan perak yang disebut sebagai Dinar iaitu Syiling Wang Emas dan Dirham Syiling Wang Perak telah dipersetujui sebagai sistem mata wang yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.
Dinar dan Dirham telah digunakan sebagai sistem Mata Wang Islam sejak zaman Rasullulah dan diteruskan ke zaman kegemilangan pemerintahan Islam sehinggalah berakhirnya penggunaannya semasa zaman pemerintahan Empayer Islam Uthmaniah Turkey pada tahun 1924.
Al-quran dengan jelas menyebut tentang mata wang Dinar dan Dirham dalam beberapa surah. Ayat-ayat ini menerangkan kedudukan wang dalam Islam dan kehidupan manusia ketika itu.
Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya, dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya. (Surah Yusof 12:20)
Ayat di atas jelas tentang penggunaan mata wang Dirham. Mari kita lihat ayat berkaitan tentang Dinar.
Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). (surah Al-Imran 3:75)
Ayat-ayat tersebut jelas menunjukan bahawa mata wang dinar dan dirham telah digunakan sebagai mata wang oleh masyarat pada masa itu.
Kedudukan Dinar dan Dirham Dalam Islam
Sejarah menunjukkan penggunaan Mata Wang Dinar dan Dirham telah menjadi perkara umum dalam masyarakat Arab hinggalah kebangkitan Islam. Banyak sebab mengapa emas dan perak diterima dan digunakan dalam muamalat kerana:
- Mempunyai Ketetapan Nilai
- Mempunyai Nilai Intrinsic
- Diguna untuk hukum syariah Islam.
Mata wang Dinar dan Dirham jelas telah digunakan untuk urusan kewangan seperti Zakat, Mas Kahwin, Diat, Jizyah dan sebagainya. Mungkin ada yang bertanya apakah kegunaan Dinar dan Dirham untuk masa kini? Bagi menjawab pertanyaan ini, saya gariskan beberapa perkara untuk kegunaan Dinar dan Dirham seperti berikut:
- Boleh digunakan untuk muamalat (aktiviti jual beli)
- Digunakan untuk membayar zakat
- Dijadikan hantaran dan Mahar ‘Mas Kahwin’
- Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
- Simpan untuk pergi haji
- Digunakan untuk membayar upah/gaji
Akhir kata ambillah keberkatan Mata Wang Sunnah Dinar dan Dirham dan kenalkan kepada masyarakat Islam Singapura tentang mata wang Islam Dinar dan Dirham.
Semoga Info ini mendapat manfaat dan jika anda ingin mulakan simpanan DINAR dan DIRHAM boleh hubungi saya. Ingin bimbingan Ilmu Emas seterusnya Folow Facebook saya dengan Klik Nama di bawah ini:
MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com
Ingin buat Pesanan Dinar dan Dirham KLIK SINI
Jika artikel ini bermanfaat, saya mohon anda share dengan rakan-rakan Social Media anda. Klik butang di bawah.