Dinar Emas Dan Dirham Perak

Saya percaya masih ramai di luar sana yang belum mengetahui apa itu Wang Sunnah Dinar dan Dirham dan apa kaitannya dengan Islam.  Hari ini saya ingin berikan sedikit fakta tentang mata wang Dinar dan Dirham  semoga info ini berguna untuk anda semua.

Apa itu DINAR  dan DIRHAM ?

DINAR ialah WANG SYILING EMAS  dan DIRHAM ialah WANG SYILING PERAK yang telah digunakan sebagai sistem mata wang sejak zaman Rasullulah dan seterusnya di zaman kegemilangan pemerintahan Islam dahulu.

Al-quran dengan jelas menyebut tentang mata wang Dinar dan Dirham dalam beberapa surah. Ayat-ayat ini menerangkan kedudukan wang dalam Islam dan kehidupan manusia ketika itu,

Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya, dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya. (Surah Yusof 12:20)

Ayat di atas jelas tentang penggunaan mata wang Dirham.  Mari kita lihat ayat berkaitan tengan Dirham.

Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang jika kamu amanahkannya dia menyimpan sejumlah harta sekalipun, ia akan mengembalikan (dengan sempurna) kepada mu. Dan ada pula di antara mereka, yang jika kamu amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengebalikannya kepada mu kecuali jika kamu selalu mengagihkannya (surah Al-Imran 3:75)

Ayat-ayat tersebut jelas menunjukan bahawa mata wang dinar dan dirham telah digunakan sebagai mata wang oleh masyarat pada masa itu

Berikut adalah ukuran berat tentang Dinar dan Dirham yang jika semasa Zaman Syaidina Umar

  • Berat 10 Dirham bersamaan dengan berat 7 Dinar.
    1 dinar = 4.25 gram.
    7 dinar= 29.75 gram
    10 dirham = 29.75 gram

Apakah sebabnya 1000 tahun yang lalu diukur sebegini ?

  1. Untuk Perlaksanaan hukum Hudud Sekiranya mencuri lebih daripada 10 Dirham hukumnya dipotong tangan. Jika kurang 10 dirham ikut hukum budi-bicara pemerintah.
  2. Untuk kemudahan cara pembayaran zakat .  Syaidina Umar perintahkan perlaksanaan Zakat Perak lebih 595 gram wajib keluarkan Zakat.  Nisab Dirham 200 Dirham perlu bayar zakat.  Ini bermakna 200 dirham × 2.975 gram= 595 gram –>  2.5% zakat perlu dikeluarkan.
  3. Untuk Perlaksanaan hukum perkahwinan iaitu sebagai Mas kahwin.

Syaidina Umar adalah pemerintah yang tegas dalam hukum zakat sehingga ditendang pintu rumah orang yang tidak membayar zakat

Oleh kerana Perlaksanaan hukum setiap 10 Dirham berat bersamaan dengan berat 7 dinar.  Hari ini seluruh dunia mengunakan berat yang sama disarankan oleh pemerintah Islam sampai sekarang.

Berat 10 dirham = Berat 7 dinar

Walaupun Dirham atau wang Perak ini dikeluarkan oleh mana-mana negara bukan Islam seperti Amerika, Kanada dan Australia beratnya tetap sama setiap keping 10 Dirham = 29.75 gram .  Inilah kehebatan Sistem Kewangan Islam.

Percayalah dan berimanlah dengan sistem kewangan islam kerana semuanya berkaitan dan bertali sambungan ke akhirat sama juga untuk Wang Dinar.

Sekira kita memilih Dinar kita tidak akan rugi kerana semua merupakan Matawang Syariat Islam. Maka percayalah Allah akan memelihara keberkatan rezeki kita.

Di Singapura Zakat Emas yang perlu dikeluarkan ialah – 86gm sementara Zakat untuk Perak ialah 600gm.

Maksud DINAR dari Gabungan perkataan DIN (Agama) dan NAR (Neraka)
Jika betul jalan gunanya akan mengikut agama.  Jika salah gunanya maka akan ikut neraka lah.

Tetapi jangan kita menjadi hamba duit Dinar dan Dirham ini. Pastikan kita laksanakan Pembayaran zakat untuk hapuskan keegoan kita dalam pemilikan logam berharga ini.

Semoga Allah menerima zakat kita semua. Amin.

zakat-emas

Gambar : Zakat Emas (86gm) and Zakat Perak (600gm)

Berapa banyak harta yang kita kumpul “BER-KILO ATAU BER-TON” itu bukan hak kita. Tetapi hak kita yang sebenarnya adalah BERAPA BANYAK YANG KITA KELUARKAN ZAKAT.

Kelebihan Dinar Emas dan Dirham Perak :

  • Boleh digunakan untuk muamalat (aktiviti jual beli)
  • Digunakan untuk membayar zakat
  • Dijadikan hantaran dan Mahar ‘Mas Kawin’
  • Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
  • Simpan untuk pergi haji
  • Digunakan untuk membayar upah/gaji

one gold dinar

Gambar : Dinar Sebagai Mahar – Mas Kahwin

Semoga Info ini mendapat manfaat dan jika anda ingin mulakan simpanan DINAR dan DIRHAM boleh hubungi saya. Ingin bimbingan Ilmu Emas seterusnya Folow Facebook Page saya dengan Klik Nama di bawah ini:

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Ingin buat Pesanan Dinar dan Dirham KLIK SINI

Jika artikel ini bermanfaat, saya mohon anda share dengan rakan-rakan Social Media anda. Klik butang di bawah.