1. Ar Rahnu Pinjaman Untuk Roll-Up Bisnes.
Salah satu strategi bisnes yang sering saya gunakan untuk dapatkan duit pinjaman sementara membeli dan menambah ‘stock’ perniagaan ialah dengan membuat pinjaman di Ar Rahnu.
Emas adalah aset yang boleh membantu jika kita perlukan pusingan modal dalam jangkamasa pendek. Hanya orang yang memiliki emas akan menghargai kelebihan ini.
Tahukan anda bank sangat susah untuk memberi pinjaman jangkamasa pendek. Bermacam-macam dokumen diperlukan sebelum pinjaman anda diluluskan. Satu lagi yang perlu diketahui pinjaman Bank akan dikenakan interest.
Jika anda mempunyai simpanan emas, di sinilah emas dapat membantu dengan menggunakan khidmat Ar-Rahnu sistem gadaian Islam untuk menyelesaikan masalah pusingan modal.
Perkara paling penting sekali ialah anda mesti tahu teknik untuk menebus kembali emas yang digadaikan. Teknik2 ini sangat penting dipelajari agar emas tersebut tidak hilang milik kerana tidak dapat melunaskan pinjaman.
Anda boleh dapatkan ilmu Ar Rahnu pajak gadai islam dengan membaca buku di bawah ini. Jika anda ingin miliki buku ini boleh hubungi saya.
Gambar : Buku Membongkar Rahsia Ar Rahnu
2. Apakah Kebaikan Meminjam Wang Dengan Ar Rahnu.
Kebaikan kepada Ar-Rahnu ialah pinjamannya sangat fleksibel. Anda boleh pinjam duit sehari sahaja, seminggu, dua minggu, sebulan, dua bulan, 6 bulan, setahun. Semuaya bergantung kepada anda untuk tebus kembali.
Kontrak Ar-Rahnu biasanya dari 6 bulan hingga 36 bulan mengikut Ar Rahnu masing-masing, tetapi jika anda ingin tebus lebih awal juga dibolehkan. Anda boleh buat gadaian sehari sahaja. Hari ini gadai, esok tebus balik. Tak ada masalah.
Kalau dalam masa 6 bulan jika anda tidak dapat membayar pinjaman anda tidak perlu risau. Dengan membayar ‘upah simpan’ selama 6 bulan anda boleh sambung pinjaman lagi 6 bulan.
Salah satu teknik saya gunakan ialah urus wang pinjaman sebaik mungkin. Saya akan pisahkan (wang upah simpan selama 6 bulan) sebagai ‘buffer’. Jika sekiranya tidak dapat melunaskan pinjaman tersebut dalam masa 6 bulan, wang upah simpan (yang dipisahkan) itu akan saya gunakan untuk bayar dan sambung pinjaman. Setelah itu cari sumber pendapatan dalam masa 6 bulan untuk tebus emas tersebut.
Nasihat saya, jika anda memerlukan wang tunai tetapi sayang menjual emas yang disimpan, pergilah ke Ar Rahnu tanpa riba’ dan bukannya pajak gadai ‘Conventional’ bukan Islam. Anda mendapat banyak kebaikan contohnya:
- Tidak mengenakan Interest.
- Wang lebihan Gadaian dipulangkan.
- Emas yang disimpan selamat tak perlu risau emas hilang.
- Tiada unsur penipuan.
- Tempoh membayar balik yang munasabah.
3. Memahami Gadaian Ar Rahnu
Ar Rahnu adalah satu cara mendapatkan pinjaman segera. Sebelum menggadai, anda perlu tahu perkara-perkata berikut:
- Berat emas yang hendak digadaikan
- Ketulenan emas 999.9 – 24K, 916 – 22K dan lain2
- Nilai emas semasa (Nilai Marhum)
- Peratus pinjaman 50% hingga 75% mengikut Ar rahnu masing-masing
- Kadar upah simpan – antara 0.50% hingga 1% dari nilai Marhum
Dengan mengetahui perkara-perkara di atas akan menentukan jumlah pinjaman yang akan anda dapat.
*Tips – Pilihlah Ar Rahnu yang paling rendah upah simpannya dan Ar Rahnu yang paling tinggi nilai gadaiannya.
4. Kesimpulan
Memiliki emas merupakan pelaburan yang sangat baik. Menyimpan emas dalam jangka panjang adalah menguntungkan kecuali satu risiko iaitu kehilangannya atau dicuri orang. Jadi daripada disimpan emas begitu sahaja lebih baik digadaikan bagi memperolehi pendapatan tambahan. Pelajarilah teknik2 bagaimana mendapat keuntungan dari Ar Rahnu.
Kesimpulannya mendapatkan wang melalui pinjaman Ar Rahnu jauh lebih baik daripada membuat pinjaman peribadi. Jadi langkah awal, anda perlu lakukan ialah beli emas walaupun sedikit. Belilah sedikit demi sedikit mungkin beli 1 Dinar 4.25 gram setiap bulan.
Semoga penerangan di atas memberi manfaat untuk anda mengetahui kelebihan Ar Rahnu pajak gadai Islam tanpa riba’.
jika anda ingin mulakan simpanan emas, boleh buat perjanjian dengan hubungi saya nama di bawah ini.
Terima kasih.
MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com
Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.