Empat (4) Kesilapan Membeli Emas

Bila harga emas turun. ramai yang bercadang untuk membeli emas untuk simpanan. Namun harga emas walaupun turun harganya tetap mahal jika dibandingkan 10 tahun dahulu.

Bagi yang mempunyai lebihan wang, tidak salah membuat keputusan untuk menyimpan emas.

Namun harus tahu strategi gandakan nilai emas.

Berikut adalah 4 kesilapan membeli emas

1) Beli dan tunggu harga emas naik dan dijual untuk dapatkan harga yang lebih tinggi.

Kesannya mereka akan rasa rugi apabila harga emas jatuh untuk jangka panjang.dan lebih rugi lagi apabila mereka ambil tindakan untuk menjual kesemua emas mereka yang dibeli dengan harga yang rendah.

2) Beli emas sekadar untuk suka-suka.

Kebiasaannya, mereka yang membeli emas sekadar untuk suka-suka tidak serius tentang pentingnya ilmu emas.

Mereka mungkin tidak tahu fungsi dan keistimewaan emas.

Ini akan menjadi masalah yang besar apabila mereka dalam keadaan terdesak memerlukan ‘wang tunai’, mereka tidak tahu nak jual di mana. Mereka tidak tahu bagaimana nak jual.

Manakala bagi yang mempunyai kewangan yang sudah cukup kukuh, mereka juga akan alami masalah besar apabila mereka merasakan emas tidak penting bagi mereka dan dirasakan ia hanyalah suatu bebanan untuk menyimpannya, lalu mereka jual tanpa berfikir panjang.

Sedangkan emas adalah alat persedian sewaktu berlaku kegawatan ekonomi, politik dan kewangan.

3) Beli emas tetapi untuk simpanan jangka masa pendek.

Ada orang beli emas dan berhajat untuk menjualnya semula dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Ia juga sangat merugikan jika menjualnya di saat nilai emas turun.

Tetapi dari sudut positif, ia berjaya mengawal wang simpanan yang ditukar dalam bentuk emas itu bertahan di dalam gengaman untuk beberapa tempoh tertentu. Jika tidak, mungkin wang simpanannya akan habis dalam tempoh yang lebih singkat akibat keborosan atau keterpaksaan untuk gunakan wang tunai.

4) Beli emas bukan tujuan simpanan/pelaburan.

Persepsi ini amat salah, kerana emas boleh dijadikan pelaburan dan simpanan.

Keuntungan membeli emas adalah dengan memiliki emas, semakin banyak emas yang disimpan, makin bertambah nilai emas dan juga kekayaan seseorang.

Emas adalah pelaburan yang berisiko rendah. Apabila kita melabur, yang pastinya kita mahukan keuntungan.

Sekian,

Mohd Suliman Hafid

Star Master Dealer Public Gold

Bio: https://onegolddinar.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *