Salam Pagi Selasa hanya ingatan untuk DIRI dan kaum Muslimin jam 10pg ini dah boleh booking Solat Jumaat.
Ya ALLAH terimalah amalan dan Ibadah kami.
Tiap-tiap sesuatu mempunyai puncak,
Puncak Al-Quran ialah “Surah Al-Baqarah”.
Di dalamnya ada satu ayat iaitu puncak seluruh ayat
Al-Quran – Ayatul Kursi
Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datangnya bahagia.
Bertambah sempit akal, bertambah sempitlah hidup, bertambah datangnya celaka. (hamka)
Gelap hari kerana malam.
Gelap mata kerana buta.
Gelap otak kerana tidak berilmu.
Gelap hati kerana tidak beragama.
Gelap kehidupan kerana lemah ekonomi.
Orang yang tidak menyukai ilmu tidak ada kebaikan padanya. (Imam Syafii)
Kamu adalah (umat Islam) yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada mungkar, dan beriman kepada Allah. (Ali Imran 110)
Berilah upah buruh itu sebelum kering peluhnya. (maksid Hadis)
Janji adalah hutang (Thabrani)
Sesunggunya Allah tidak melihat kepada diri kamu dan gambaran (amal lahir) kamu,
tetapi Allah memandang hati kamu.
Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan,
dan tidak berkurang kerana kesalahan.
Jika Allah menolong kamu, maka tidaklah orang dapat mengalahkan kamu. (Ali Imran 160)
Sesiapa yang membaca Ayat Kursi setiap selesai meunaikan solat fardhu,
tiada yang menghalaginya dari memasuki syurga, kecuali maut. (hadis)