Perkara pertama sebelum mulakan menabung emas ialah tetapkan apakah matlamat kita nak simpan emas.
Matlamat menabung emas boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu
✅ Matlamat jangkamasa sederhana dan
✅ Matlamat jangkamasa panjang
Tempoh masa 3 tahun ke atas matlamat sederhana dan 10 tahun ke atas ada jangka panjang.
Tetapkan matlamat yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan dan komitmen masa kita pada waktu tersebut.
Setiap kejayaan matlamat akan memberikan semangat (extra boost) untuk kita mencapai matlamat jangkamasa panjang dimasa depan.
Kita cuma bersaing dengan diri sendiri, kita hanya perlu fokus berlari di trek kita sendiri sahaja.
Menang atau kalah hanya kita yang nilaikan sendiri, jika kalah kita kena berusaha lebih keras tanpa ada rasa tertekan dengan kejayaan orang lain.
Digalakkan untuk kita kongsikan matlamat kita ini dengan pasangan kita.
Semuanya akan jadi lebih mudah bila ada orang sekeliling kita yang faham dan memberi sokongan apa yang kita buat.
- Ini contoh matlamat sederhana.
✅ Emas saya jadikan sebagai simpanan ‘mesti’setiap bulan, sebab cara ini sangat mudah dan elakkan dari duit ‘bocor’.
✅ Saya menabung emas mula dengan 1 gram setiap bulan, sebab emas susah nak dibelanjakan berbanding simpan duit di bank yang terlalu senang nak dikeluarkan dan dibelanjakan. - Matlamat jangka panjang:
✅ Emas sebagai pelindung nilai untuk simpanan saya 10 ata0 akan datang.
✅ Ciri utama emas yang kalis inflasi boleh mengekalkan nilai simpanan saya dengan baik.
✅ Contoh mudah adalah 1 dinar terbukti mampu beli 1 ekor kambing pada 1,400 tahun dahulu dan juga mampu beli 1 ekor kambing pada hari ini.
Dan tidak mustahil untuk kita dapat beli 1 ekor kambing dengan 1 dinar pada 20 atau 30 tahun akan datang.
Terbukti kuasa beli emas tetap stabil dan mampu melawan kesan inflasi untuk jangkamasa panjang. Untuk rekod 20 tahun lepas.
Kesimpulannya simpanlah emas mengikut matlamat kita untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
Setiap orang ada matlamat masing-masing, gunakan emas sebaiknya sebagai alat untuk kita mencapai matlamat tersebut.
Buatlah ‘action plan’ mengikut kesesuaian matlamat tersebut, pastikan setiap yang dilaksanakan mengikut rancangan awal yang telah kita tetapkan.
Semoga memberikan manfaat untuk kita semua
Sila tonton video ini:
https://youtube.com/live/nS64yFxJ7v8
Sekian,
Mohd Suliman Hafid
Star Master Dealer Public Gold
Bio: https://onegolddinar.net