Pinjaman Ar-Rahnu – Pajak Gadai Islam Singapura

Ar-Rahnu Pajak Gadai Islam Patuh Shariah

Selepas seminar semalam di Tampines saya bertemu kawan lama Mr Jordan Chong beliau telah berkongsi tentang ArRahnu – Pajak Gadai Islam.

ArRhn

Gambar : Ar Rahnu Pajak Gadai Islam tanpa Riba’

Antara kelebihan bila kita jadikan emas sebagai simpanan ialah pelaburan kita tidak beku. Ini bermakna apabila kita memerlukan duit, kita boleh jual emas tersebut atau gadai. Selagi emas itu di tangan kita selagi itu kita yang kuasai aset tersebut.

1. Ramai Orang Silap Tentang Ar-Rahnu

Kata rakan saya Jordan “dulu saya ingat orang masuk pajak orang yang tak ada duit” tapi saya silap, sebenarnya mereka itulah orang yang ada banyak wang sebab mereka simpan wang dalam emas.  Mereka buat pinjaman wang dari harta mereka sendiri bukan melalui Bank yang kenakan interest.

Jordan Ar Rahnu

Gambar : Sembang bersama Mr Jordan Chong di Kedai Kopi

2. Kelebihan Gunakan Pinjaman ArRahnu

Katanya, beliau pernah jumpa kontraktor buat pajak emas pinjam wang untuk bayar gaji pekerja sementara tunggu payment.

Ada yang buat pinjaman wang di ArRahnu kerana nak roll-up business nak tambahkan produk bisnes mereka.  Ada juga yang buat pinjaman wang di ArRahnu kerana urgent nak beli obat untuk orang tuanya.

Perkara yang tak pernah beliau fikirkan, ada pekerja asing yang buat pajak emas untuk pinjam wang kerana ada offer murah beli tanah tempat asal mereka.

“Rata2 semua yang buat pinjaman wang dengan pajak dapat tebus kembali emas mereka.” Katanya lagi

3. Di mana dapatkan Pinjaman ArRahnu Tanpa Riba’

Sekarang ini di Singapura telah ada kemudahan Ar-Rahnu pajak gadai Islam tanpa riba’.  Jadi bagi sesiapa yang perlukan pinjaman duit melalui Ar Rahnu boleh terus ke kedai Ar Rahnu.

Tempat ArRahnu di Singapura di Blk 824 Tampines Street 81, #01-20 S520824

Kelebihan ArRahnu ialah pinjamannya sangat fleksibel. Anda boleh pinjam duit sehari sahaja, seminggu, dua minggu, sebulan, dua bulan, 6 bulan, setahun. Semua terpulang kepada anda.

Kontrak ArRahnu biasanya 6 bulan. Tapi jika hendak tebus awal pun boleh.  Saya pernah lihat kawan saya yang buat gadaian sehari sahaja. Hari ini gadai, esok tebus balik. Tak ada masalah.

Dengan kata lain, emas adalah aset yang boleh membantu anda jika perlukan pusingan modal.  Hanya orang yang memiliki emas akan menghargai kelebihan ini.

Semoga perkongsian di atas menjadikan kita “lebih celik dan cerdik emas”

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya nama tertera di bawah ini.  Jika anda ingin tahu apakah kepentingan menyimpan emas? Daftar seminar emas  PERCUMA dengan Klik Sini.

Kata orang tua2 kita.

“Emas dapat membantu ketika kita memerlukan” .

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

#ArRahnu #PajakGadaiIslam #PublicGold

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *