Siapa Saya

1 – Bagaimana Saya Bermula.

Tahun 2011 adalah tahun ‘keramat’ saya mula membeli emas dengan tujuan simpanan jangka panjang. Banyak cerita2 dari orang tua dahulu yang menyuruh menyimpan emas katanya “Emas dapat menolong kita ketika memerlukan”

Semasa mula membeli dahulu memang tak nampak sangat, apa pentingnya menyimpan emas sebab masa itu (tahun 2011) hanya mengikut saranan dari topik2 perbincangan yang telah disiarkan di TV, Radio, Majalah, Surat khabar dan lain2 media.  Masa itu juga banyak skim2 cepat kaya yang timbul bagaikan cendawan dan ramai juga kawan2 saya yang telah terperangkap dengan skim2 ini.

Topik emas menjadi begitu hangat, mungkin kerana tahun 2008, telah terjadi krisis ekonomi dari beberapa peristiwa hingga berlakunya kegawatan ekonomi di seluruh dunia.

Tahun 2008 juga menyaksikan harga emas terus naik memecah had usd$1000/oz untuk kali pertama dalam bulan Mac. Setelah itu turun kepada Usd800/oz untuk beberapa bulan sebelum kembali melonjak naik. Harga emas kekal di atas usd$1000 sejak bulan Oktober 2009 sehingga sekarang.

Anda boleh lihat graf emas dari tahun 2001 hingga 2020 di bawah ini:

Gold price 2001-2020

Kita dapati dari Graf harga emas di atas bahawa harga emas adakala naik dan adakalanya turun. Untuk makluman Emas jongkong ‘Gold Bar’ pertama saya beli ialah 100 gram.  Semasa beli tahun 2011 itu harga emas memang agak tinggi. Harga emas paling tinggi ialah pada bulan Ogos 2011 iaitu 1900 USD/oz .

Pada tahun berikutnya 2012 saya telah diperkenalkan oleh seorang kenalan dengan Pelaburan Emas Fizikal Public Gold. Saya ingin ucapkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepadanya kerana telah memperkenalkan saya dengan Syarikat Public Gold.

Di Public Gold saya telah mengenali syiling emas dinar, syiling perak dirham dan gold bar yang lain2. Pada masa itu saya hanyalah sebagai seorang pembeli emas sahaja. Saya rasa sangat seronok bila dapat pegang emas fizikal yang saya sebutkan di atas dan masih lagi saya simpan dengan baik sehingga ke hari ini.

Di bawah ini adalah harga emas pada tahun 2013 yang sempat saya simpan sebagai maklumat.

Gold Price 12 Jan 13

Gambar : Harga Emas Tahun 2013

Saya juga telah beli syiling emas Dinar. Saya tengok Dinar Emas ini sangat cantik dan antara sebab kenapa saya pilih Dinar emas kerana (melalui pembacaan) saya dapati syiling emas dinar ini telah digunakan sebagai mata wang Islam sejak zaman Rasulullah (Muhammad s.a.w) sehinggalah kejatuhan empayar othmaniah di Turkey tahun 1924.

Kali pertama saya beli Syiling dinar emas Public Gold sebanyak 8 keping. Gambar bawah ini ialah rupa Dinar emas Public Gold keluaran pertama dengan ketulenan 22K berat 4.25 gram.

1 Dinar 22K Public Gold

2 – Bermula Dengan Ilmu Yang Betul.

Minat saya dengan membaca sangat mendalam sejak dahulu. Saya displinkan diri untuk membeli buku2 ilmiah setiap bulan bagi menambahkan Ilmu dan luaskan pemikiran.  Pertama kali bila saya hadiri seminar emas oleh Encik Syukor Hashim di Bras Basah Complex – Singapura pada tahun 2012, saya telah berpeluang membeli buku karangannya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”

Buku tersebut telah saya baca berulang kali untuk fahamkan apakah Rahsia sebenar pelaburan emas fizikal. Buku ini juga menjadi rujukan bila saya ingin mencari tajuk-tajuk menarik yang diperlukan untuk seminar dan bengkel emas. Saya sangat rekomen untuk orang2 baru yang ingin tahu tentang pelaburan emas bolehlah baca buku ini. Klik Sini

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

“Ilmu Pelaburan Emas itu sangat penting supaya kita tidak tertipu dengan Skim2 cepat kaya yang bertopengkan emas” Syukor Hashim

Sejak dari hari itu saya telah membaca banyak lagi buku2 pelaburan emas samaada dari tulisan buku berbahasa Melayu dan Inggeris dan pada masa yang sama juga sering menghadiri Seminar emas yang diadakan samaada percuma atau berbayar untuk tambahkan ilmu emas.  Saya juga sering ikuti aktiviti2 yang dianjurkan oleh Syarikat Public Gold. Gambar bawah adalah ketika saya hadiri Gala Dinner Public Gold di Sunway Hotel pada tahun 2013.

Public Gold Gala Dinner

Gambar :  Bersama En Syukor Hashim semasa Gala Dinner Public Gold Tahun 2013

Seperti yang saya nyatakan di atas, semasa saya mula-mula membeli emas tahun 2011, harga emas sangat tinggi ketika itu. Bagi mereka yang tiada “Ilmu Pelaburan Emas” sudah tentu akan beranggapan ‘Rugi lah’ sebab saya beli ketika harga sedang tinggi.

Kemudian harga emas telah mengalami penurunan selama 3 tahun dari tahun 2012 hingga tahun 2015. Apabila nilai emas mengalami penurunan di sinilah anda perlu tahu mengatur strategi supaya pelaburan anda tidak mengalami kerugian dan sentiasa tersenyum.

Tiga (3) strategi yang telah saya gunakan untuk mengelakkan kerugian:

Pertama, saya membuat pemurataan harga ‘Dollar Cost Averaging’ iaitu berdisiplin menggandakan gram emas dengan membeli secara konsisten setiap bulan. Akaun emas GAP merupakan akaun tabungan emas yang sangat baik. Saya menabung serendah 1 gram setiap bulan.

Kedua, jika ada wang yang lebih saya akan membeli emas Gold Bar atau Dinar Emas untuk gram yang lebih besar. 10 gram ke atas. Jika berlaku harga emas jatuh menjunam, ini merupakan peluang yang sangat baik saya akan borong emas ‘buying opportunity’.  Masa itu kita boleh tambahkan belian emas mungkin 3 kali ganda,

Ketiga, sambil menyimpan emas saya juga jadikan emas sebagai bisnes saya iaitu jual-beli emas. Anda boleh mulakan dengan item yang kecil-kecil dahulu mungkin 1 gram, 5 gram, 10 gram, Dinar Emas dan Dirham Perak.

Ya, Saya faham tak semua orang suka menjual. Jika anda merupakan orang yang sama, tak mengapa, abaikan saja. Cuma kalau anda yang ingin mencuba, anda boleh gunakan social media seperti facebook, intagram dan lain-lain platform untuk pasarkan produk emas anda. Inilah teknik yang saya gunakan.

Nota: Bisnes emas adalah bisnes yang malar segar ‘evergreen’ samaada harga emas dunia naik atau turun, taukey emas tetap tersenyum lebar sebab dia tau kalau naik dia untung dan kalau turun pun dia untung. Jarang sekali kita dengar kedai emas tutup. “fikir-fikirkan”

Saya perhatikan satu kesilapan yang amat besar kepada pelabur-pelabur emas ialah beli emas atas tujuan pelaburan tapi hanya beli sekali sahaja dan tidak konsisten meneruskan pembeliannya setiap bulan.

Sering juga saya dengar dari suara kekesalan mereka yang tidak meneruskan belian dengan mengatakan “Kalaulah Aku Tahu” harga akan naik macam sekarang ini, sudah tentu 10 tahun dahulu akan aku borang emas banyak2.

Satu lagi rahsia yang perlu anda ketahui apabila emas ada di tangan, anda boleh cagarkan di perkhidmatan pajak gadai Islam Ar-Rahnu. Saya sering gunakan perkhidmatan Ar-Rahnu sebagai modal pusingan bisnes dan menjana keuntungan. Saya percaya ramai yang belum tahu apakah kelebihan dengan buat pinjaman di Ar-Rahnu. Tempat kedai Ar Rahnu saya ialah di Tampines.

 3 – Belajar Dari Mentor Yang Terbukti Berjaya

Orang yang berjaya, selalunya mempunyai jejak langkah kejayaan. Cari dan lihatlah siapa yang sudah berjaya di dalam pelaburan emas ini.  Kemudian lantiklah mereka sebagai guru untuk membimbing anda. Sebagai pengikut anda hanya perlu tiru cara mereka berfikir dan bekerja.

*Jika anda ingin berjaya dan ingin mencapai impian anda dalam pelaburan emas.  Ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Baca buku tentang Pelaburan Emas
  2. Baca Blog Kewangan & Pelaburan
  3. Ikuti Seminar Emas samada Percuma dan berbayar
  4. Ikuti Bengkel Emas
  5. Personal Coaching
  6. Baca E-Book Pelaburan Emas dan Kewangan

Satu cara mencari guru ialah dengan mencari  buku-buka karangan mereka kemudian pelajari dan lihatlah tingkah laku, cara mereka berfikir dan praktikkan apa yang dianjurkan dan rajinkan diri anda untuk bertanya.

Sampai sekarang pun saya masih belajar dan terus belajar dengan guru2 emas dan pelaburan.

4 – Kesimpulan.

Selagi anda tidak mulakan, selagi itu anda tak akan faham “Apakah Kepentingannya Menyimpan Emas?”

Kalau anda tanya saya bagus ke beli Emas sekarang?  Sepantas kilat saya jawab “Bagus dan Beli Sekarang juga!”, sebab harga emas masih lagi termampu untuk dibeli, betul tak?

Pada awal bulan Ogos 2020 harga emas telah mencatat harga paling tertinggi iaitu usd$2070/oz, mungkinkah sejarah akan berulang kembali seperti tahun 2008 (Gold Rush) di mana harga emas telah memecah had tertinggi (usd$1000/oz) setelah itu turun untuk beberapa bulan sebelum kembali melonjak naik.

Akhir kata, terus ikuti Posting Blog Emas ini, untuk tambahkan Ilmu Pelaburan Emas.

  • Bagaimana cara kukuhkan ekonomi bersama Emas?
  • Nak dapat keuntungan dan Pendapatan Pasif dalam pelaburan Emas?
  • Ingin tahu bilakah masa sesuai untuk Beli dan Jual emas?
  • Nak raih pendapatan sampingan jadi Taukey Emas tanpa kedai, bisnes On-line dapat untung?

Wasap Saya dengan klik link ini https://OGD.wasap.my
Ingin dapatkan Ready Stok emas klik link ini https://onegolddinar.com/index.php/en/buy-now

Blog Emas: http://www.m.OneGoldDinar.com
Facebook : https://www.facebook.com/MohdSuliman.Page
Youtube: https://www.youtube.com/c/MohdSuliman/videos
Instagram : https://www.instagram.com/OneGoldDinar
Twitter : https://twitter.com/OneGoldDinar
Telegram: https://t.me/MohdSulimanHafid
website: http://www.OneGoldDinar.com
TikTok: https://www.tiktok.com/@onegolddinar

Saya juga ingin menjemput anda hadir ke Seminar Emas  samaada yang diadakan di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. 

“Simpan Emas Untuk Jaminan Generasi Anda”

Ketahuilah nilai emas tetap terjamin dari dahulu sampai bila-bila.

generasi

Gambar : Emas Beri Harapan Untuk Generasi Anda

Jika anda perlukan bimbingan dari saya tentang Pelaburan Emas Fizikal, boleh hubungi Saya  dengan WhatApps no mobile di bawah atau ikuti seminar emaPs dan Follow Facebook dengan Klik Nama saya di bawah ini . Terima Kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Star Master Dealer Public Gold
Visit site: https://OneGoldDinar.net

Jika artikel ini bermanfaat untuk keluarga dan rakan-rakan anda. Sila ‘Share’ dengan klik butang di bawah ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *