Simpan 6 Bulan Pendapatan Sebagai Dana Kecemasan.

Enam (6) Bulan Dana Kecemasan.

Dari perbualan dan pengalaman yang saya perolehi ramai yang masih belum faham akan kepentingan menyimpan emas sebagai pelindung dan insuran kewangan.

Hari itu, saya berkongsi dengan seorang anak muda berkenaan dengan perlunya ada simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan pendapatan gaji sebagai dana kecemasan. Dana kecemasan itu sangat penting bila kita terdesak atau dalam keadaan gawat perlukan tunai, sebagai contoh bila berlakunya diberhentikan kerja, kemalangan, ditimpa sakit, bisnes tidak menjadi dan banyak lagi perkara2 yang tidak kita jangkakan.

Bagi Penyimpan Emas (Gold Saver), saya syorkan mulakanlah dengan simpanan emas fizikal 100 gram  sebagai target pertama. Kemudian anda boleh tambahkan lagi mengikut 6 bulan gaji.  Sebagai contoh jika gaji anda $2000 sebulan ini bermakna anda perlukan $12,000 untuk cukupkan 6 bulan dan tukarkan wang sebanyak itu kepada emas fizikal.

PG0100-100g-classic

Gambar : ‘Gold Bar’ 100 gram sebagai dana/aset kecemasan

 

Kenapa Emas Sebagai Aset Kecemasan?

Emas adalah aset yang sangat cair dan mudah ditukar kepada tunai tidak seperti hartanah atau lain-lain aset pelaburan yang memerlukan masa dan syarat2 tertentu jika anda perlukan tunai segera.

Saya lebih suka jadikan emas fizikal sebagai Aset Kecemasan sebab, jikalau disimpan dalam bentuk duit berkemungkinan akan terguna untuk perkara2 lain, kerana duit itu senang diambil atau dikeluarkan dari bank walaupun kita tahu duit itu untuk kecemasan dengan alasan tak pe nanti hujung bulan boleh ganti balik.

Apabila dana kita dalam bentuk emas fizikal sebenarnya kita dapat kawal emosi kita, dari belanja yang bukan-bukan. Dengan adanya Aset Emas ini sudah tentu dapat menolong jika perkara2 yang tidak dingini berlaku ke atas diri dan keluarga kita.

Jikalau kita memerlukan Tunai, emas yang kita miliki itu boleh tukarkan tunai dijual di pasaran atau digadai di Ar-Rahnu.  Kawan-kawan kalau nak pajak pilihlah pajak gadai Islam Ar Rahnu yang patuh syariah.

Jadikan Akaun Emas GAP Untuk Kumpul Aset Emas.

Bagi anda yang mempunyai bajet kecil, akaun emas GAP sangat baik untuk anda mengumpul emas sebagai dana atau aset kecemasan.  Anda boleh disiplinkan diri simpan emas secara konsisten setiap bulan.

Bagusnya dengan Akaun Emas GAP ini anda boleh buat pilihan samaada nak keluarkan fizikal Gold Bar ataupun Dinar Emas.  Anda boleh keluarkan sebagai contoh setiap kali dah sampai 21 gram anda boleh keluarkan 20 gram, sehinggalah tercapai target pertama 100 gram.

Aset Kecemasan

Gambar: 1 Dinar Emas 4.25gm 999.9 Public Gold

Ya, jadikan Aset Kecemasan sebagai objektif pertama menyimpan emas.  Selalunya bila sudah faham akan objektif menyimpan emas, anda akan lebih bermotivasi untuk tambahkan simpanan aset emas untuk mencapainya secepat mungkin. Anda akan tertarik dengan emas dan akan sentiasa mencari jalan untuk tambahkannya.

own 100 gram

Gambar : Governor Bank Pusat Kyrgyzstan mahu setiap warga mempunyai 100 gram Emas

Saya sangat setuju dengan impian Gobernor (Pada Feb 16 2017, Governor Bank Pusat) kyrgzstan yang mahukan supaya semua warga kyrgzstan memiliki 100 gram emas sebagai simpanan mereka.  Governor Tolkunbek Abdygulov mengatakan Bank pusat telah menjual hampir 140 kilo emas kepada rakyat awan.

Jarang kita jumpa seorang Gorvernor Bank Pusat yang berterus terang dan menggalakkan supaya setiap warganya menyimpan emas walaupun pada hakikatnya Bank Pusat di seluruh dunia menjadikan emas sebagai rizab negara dan sebagai aset penyelamat.

Pernahkan anda terfikir mengapa setiap Bank Pusat sesebuah negara mempunyai rizab emas?  Jawapan paling tepat ialah Emas adalah Wang sebenar.

money

Gambar: Emas adalah Wang Sebenar

Semoga penerangan di atas bermanfaat dan menjadi panduan kenapa anda perlu simpan emas sekarang! Jika anda ingin mulakan simpanan emas, boleh buat perjanjian dengan hubungi saya nama di bawah ini. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *