Simpan Emas Duit Tak Bocor

Apa Untungnya Simpan Emas ?

Bila saya syorkan supaya mula Simpan Emas dari sekarang kepada kawan-kawan dan saudara-mara antara soalan yang timbul. Simpan Emas apa untungnya ?

Ada 2 (dua) faedah atau keuntungan yang diperolehi bila kita jadikan Emas sebagai Simpanan.

  1. Simpan emas, Duit tak bocor
  2. Kekayaan “melekat” bila Kumpul Emas

Simpan emas

Ilmu Simpan Emas Paling Asas ialah Duit tak Bocor , Kekayaan Melekat

1. Duit Kertas Senang Nak Dihabiskan

Betulkan? Saya rasa ramai yang setuju dengan kenyataan di atas . Kalaulah saya bagi $300 dollar Singapura pada anda, agak-agak berapa lama anda ambil masa untuk habiskan wang sebanyak itu? Sekejap saja, Pergi Bazzar Geylang Serai … Belanja Makan, lepas tu shopping… beli baju, beli seluar, beli kasut dan lain2.. Satu jam duit pun habis.

Pasar Geylang

Gambar : Bazaar Ramadan di Geylang Serai, Singapura

2. Kenapa Duit Susah Nak Disimpan?

Kita telah diprogramkan dengan tabiat dapat duit, pergi belanja. Zaman persekolahan dulu kita dibekalkan dengan duit Jajan setiap hari. Sejak kecil lagi kita kenal duit untuk dibelanjakan. Perkara ini diulangi tiap-tiap hari dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. 10-11 tahun!

Perkara yang diulang-ulang  lama kelamaan menjadi TABIAT.

Tabiat dapat duit, lepas tu belanja – SANGAT BAHAYA. Tabiat itu akhirnya melekat sehingga kita dewasa. Bila dah kerja dapat gaji dan tahu setiap bulan dapat duit. Kita pun mula merancang setiap bulan nak belanja apa dengan duit itu.  Kadang-kadang sanggup berhutang dulu untuk dapatkan barang yang dimahukan.  Kerana kita tahu akhir bulan depan dapat gaji (duit) lagi

Tabiat manusia dengan duit = Belanja dan Belanja

Akhirnya anda dapati, sangat susah untuk simpan duit dan asyik tak cukup duit.  Betul kan….

3. Kenapa Perlu Simpan Secara Konsisten?

Berapa ramai orang yang bila dapat gaji, boleh simpan duit. Kebanyakan orang, susah nak simpan duit. Sebab, tabiat menyimpan tidak ada. Ramai juga yang tak tahu duitnya pergi ke mana?

Ini bermakna jika amalan ini berterusan anda akan jadi orang tak berharta. Takut2 Nanti nak pergi umrah pun susah. Anak nak masuk universiti pun susah. Sebab tak ada simpanan.

4. Cara Atasi Masalah “Susah Nak Simpan Duit?”

Jika anda ada masalah susah nak simpan duit, cara atasinya ialah dengan Emas. Tukar duit simpanan ke dalam bentuk emas.  Itulah sebenarnya cara yang betul

Tukar Duit kepada Emas.
5g Gold bar

Gambar : 5gm Gold Bar Bersama Dengan $300 Sgd

Fitrah manusia dengan emas adalah simpan. Lihat gambar jongkong emas 5 gram yang bernilai $300 dan duit kertas yang juga bernilai $300.

Tanya diri anda dan jawab dengan jujur? 

  1. Kalau ada emas 5 gram, 
  2. Kalau ada duit cash $300.

Jawapan paling logik adalah. 

  • Emas 5 gram= Simpan elok-elok, jangan bagi hilang, jangan bagi tahu orang.
  • Duit cash $300 = beli baju, beli seluar, beli kasut, belanja awek, belanja keluarga, beli aksesori kereta, beli pinggan mangkuk, beli penapis air…

Kebanyakan jawapan-jawapan tersebut adalah berbentuk belanja duit itu.

5. Fitrah Manusia Dengan Emas.

Fitrah manusia dengan emas lazimnya nak simpan elok-elok supaya tak hilang.  Ini bermakna apabila anda tukar duit jadi emas maka keinginan nak berbelanja dah tak ada lagi.

Jadi Ilmu Emas Paling Asas “kenapa nak simpan emas? ”adalah

  1. Emas adalah cara atasi kebocoran wang
  2. Emas menyebabkan kekayaan melekat pada anda

one-gold-dinar

Gambar : 100gm Cast Bar

Gambar : 1/2 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar, 10 Dinar & 10 Dirham

Orang yang tahu ilmu emas , In sha Allah kewangannya lebih baik

6. Buat ‘Experiment’ Sendiri.

Jangan mudah percaya cakap saya, anda boleh cuba buat ‘experiment’ sendiri. Cuba beli sekeping 5 gram emas bernilai $300 dan letakkan dalam beg duit anda. Tengok, hujung tahun ini emas itu ada lagi tak ?

In sha Allah, anda tak boleh belanja emas tersebut dan kekayaan $300 dalam bentuk emas tidak akan bocor selama-lamanya…

Tapi… takkan lah nak simpan 5 gram ajer kan? Pelan-pelan tambah lah 10gm, 20gm,50gm,100gm dan seterusnya atau tambahkan dalam bentuk Dinar Emas. 1 Dinar, 5 Dinar, 10 Dinar.

ibu-duit

Gambar : 5gm Gold Bar Simpan Di Beg Duit

Sila tonton video ini:

https://youtube.com/live/IH-qbq9si5E

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Star Master Dealer Public Gold
Visit site: https://.OneGoldDinar.net

Tulsan asal oleh Mahaguru Syukor Hashim Mentor Emas Saya diubah-suai mengikut konteks Singapura.

JIka artkel ini bermanfaat, harap dapat di share dengan keluarga dan rakan-rakan Social Media anda dengan Klik butang di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *