Zakat Emas dan Perak

Antara soalan yang sering ditanya oleh Penyimpan Emas dan Perak.

Berapakah berat emas yang perlu dikeluarkan zakat dan bilakah patut zakat dikeluarkan? Bagi menjawab soalan tersebut teruskan bacaan di artikel bawah ini:

1.   Hadith Wajib Mengeluarkan Zakat.

Hadith yang diriwayatkan dari Ali ra, katanya, telah berkata Rasulullah:

“Jika kamu mempunyai 200 dirham dan sudah cukup setahun maka zakatnya adalah 5 dirham, dan emas hanya dikenakan zakat bila sudah mencapai 20 dinar dan sudah cukup setahun, maka zakatnya adalah ½ dinar setiap bertambah maka dengan hitungan tersebut. Tidak wajib zakat kecuali sampai cukup masa setahun”. (H.R Abu Daud)

Zakat

2.   Kategori Zakat Emas dan Perak

Harta lain yang juga termasuk dalam kategori emas dan perak ialah:

  1.  Logam / Batu permata dan Mata Wang
  2.  Deposit Wang Simpanan, deposit tetap, cek atau sekuriti lain

3.   Apakah Syarat Wajib Zakat itu:

  1. Islam  – Zakat harta diwajibkan ke atas orang Islam dan harta orang Islam sahaja.
  2. Merdeka – Zakat hanya wajib ke atas orang yang merdeka, bukan hamba.
  3. Sempurna milik – Harta yang dimiliki adalah sempurna milik iaitu mempunyai kekuasaan penuh ke atasnya, bukan hutang dan tidak bersangkutan dengan orang lain.
  4. Cukup nisab – Nisab adalah kadar jumlah harta minimum yang diwajibkan zakat, iaitu bersamaan 85 gram emas.
  5. Cukup haul – Haul adalah tempoh harta dimiliki, iaitu perlu genap setahun Hijrah (354 hari), bukan setahun Masihi. Sebab itulah digalakkan mengeluarkan zakat harta pada bulan Ramadhan supaya tidak terlupa dan mudah untuk membuat kiraan setahun Hijrah.

4. Kadar Zakat Harta.

Kadar zakat harta adalah 2.5% daripada jumlah yang diwajibkan atau layak dizakatkan jika dikira haul setahun Hijrah

A.  Zakat Harta Emas.

Nisab emas ialah 20 dinar, 1 dinar = 4.25 gram, maka nisab emas adalah 20 x 4.25 gram = 85 gram.

Zakat emas wajib dikeluarkan ke atas :

  1. Emas fizikal (barang kemas, Gold bar, Syiling emas – Dinar)
  2. Emas bukan fizikal (akaun pelaburan emas), Akaun simpanan emas (GAP) dan
  3. Emas dalam gadaian (Ar Rahnu)

Zakat emas dikenakan jika jumlah yang disimpan/dimiliki/digadai adalah melebihi 85 gram. Jika anda di Singapura nisab zakat emas adalah 86 gram.

Pengiraan Zakat Emas.

Kiraannya berbeza bagi situasi yang berikut;

  • Emas Perhiasan
  • Emas Bukan Perhiasan
  • Emas Bercagar (Ar Rahnu)
  • Emas Akaun Pelaburan/Simpanan (GAP)
  • Zakat Emas Untuk Perniagaan

kategori zakat emas

Kategori Zakat Emas

a.  Emas Perhiasan

Emas perhiasan adalah emas yang digunakan atau dipakai sebagai perhiasan sama ada sekali-sekala atau berterusan, dan jumlah zakat dikira ke atas harga semasa berat emas tolak nilai ‘uruf (nilai pemakaian emas masyarakat setempat mengikut ketetapan Majlis Ugama Negeri atau Negara).

Untuk anda di Singapura kadar ‘uruf’ ialah = 860 gram. Sila baca rujukan link ini :

https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Fatwa/Zakat-Emas-Perhiasan

Jika mengikut Fatwa di link atas untuk Singapura bila emas telah melebihi ‘uruf 860 gram samaada dipakai atau tidak, wajib dikeluarkan zakat dan kiraan seperti berikut:

Zakat = (berat emas ) x harga emas semasa x 2.5%

Untuk anda berada di Malaysia kiraan zakat barang kemas seperti di bawah ini:

Zakat = (berat emas – ‘uruf) x harga emas semasa x 2.5%

b. Emas Bukan Perhiasan

Emas bukan perhiasan adalah emas yang disimpan sahaja seperti barang kemas yang tidak dipakai, Gold Bar, Jongkong dan Syiling emas, Dinar emas.  Zakat emas ini dikira berdasarkan harga semasa berat emas tersebut sahaja (tiada nilai ‘uruf)

Zakat = berat emas x harga emas semasa x 2.5%

c.  Emas Bercagar (Ar Rahnu)

Emas bercagar adalah emas yang digadai dan masih dianggap sempurna milik. Zakat emas ini dikira berdasarkan harga semasa berat emas tersebut tolak nilai pinjaman dan upah simpan.

Zakat = (berat emas x harga emas semasa – nilai pinjaman – upah simpan) x 2.5%

d. Emas Akaun Pelaburan/Simpanan (GAP)

Emas yang dibeli melalui akaun emas juga mesti dizakatkan. Ia masih dikira sebagai emas yang disimpan dan kiraan zakatnya sama seperti emas simpanan.

Zakat = berat emas x harga emas semasa x 2.5%

e. Zakat Emas Untuk Perniagaan

Timbul persoalan tentang peniaga atau penjual emas yang memiliki emas untuk tujuan perniagaan.  Zakat pekedai emas termasuk di bawah kategori perniagaan. Perniagaan emas yang telah mengeluarkan zakat perniagaan ke atas perniagaan tersebut, maka zakat emas tidak perlu dikeluarkan lagi.

B.  Zakat Harta Perak.

Nisab Perak adalah 200 dirham, 1 dirham = 2.975 gram, maka nisab perak adalah 200 x 2.975 gram = 595 gram.

Zakat perak dikira ke atas logam perak yang dimiliki sama ada dalam bentuk Jongkong, Silver Bar, Syiling perak, Dirham perak, perkakas, barang perhiasan dan barang kemas perak.

Pengiraan zakat perak: Tidak seperti zakat emas yang membahagikan kaedah pengiraan mengikut situasi-situasi berbeza, zakat perak cuma dikira berdasarkan satu kaedah sahaja tak kira sama ada perak tersebut digunakan sebagai perhiasan, disimpan atau dicagarkan.

Zakat perak dikira berdasarkan harga semasa logam perak yang dimiliki seperti berikut:

Zakat = berat perak x harga perak semasa x 2.5%

5.  Zakat Calculator.

Dengan perkembangan internet, sekarang ini anda boleh mengira zakat dengan menggunakan zakat calculator dengan melunsuri website seperti di bawah ini:

Darul Arqam Singapura https://www.darul-arqam.org.sg/zakat-calculator/

Majlis Ugama Islam Singapura https://www.muis.gov.sg/Zakat/Zakat-and-Calculation/Calculate-Your-Zakat/Zakat-on-Gold

6. Kesimpulan.

Mungkin ada Dealer dan Customer Public Gold bertanya berapakah harga semasa emas dan harga semasa perak? Jawapannya lihat harga PG Sell, namum begitu saya selalu ikut harga GAP untuk kiraan 1 gram. Anda juga boleh ikut harga Zakat Calculator di atas.

Umat Islam digalakkan mengembangkan harta yang ada supaya dapat mengeluarkan lebih banyak zakat. Zakat bukan sahaja mendatangkan pahala untuk si pengeluarnya, malah memberikan manfaat kepada penerimanya.

Mengeluarkan zakat harta adalah kewajipan, dan merupakan elemen penyucian harta yang utama, maka jagalah perintah ini supaya kita diluaskan rezeki.

“Saya jadikan setiap bulan Ramadan untuk keluarkan zakat harta”

Ingat, setiap harta yang dimiliki, ada hak orang lain ke atas harta tersebut.

“Keluarkan zakat adalah antara Rukun Islam yang 5”

Jika anda ingin dapatkan Tip dan info tentang pelaburan Emas Fizikal dan Perak klik nama saya bawah ini. Terima Kasih kerana sudi membaca .

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Di harap artikel ini bermanfaat untuk Pelabur2 Emas Fizikal dan harap di kongsikan kepada rakan2 yang belum mengetahui tentang Zakat Emas dan Perak.

Artikel asal dari : https://jomurusduit.com/2016/12/10-jenis-zakat-harta.html di edit mengikut konteks Singapura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *