Soalan Penting!

Jika anda ingin membuat pelaburan emas fizikal berikut adalah soalan-soalan penting yang perlu anda jawab secara jujur dan jika sekiranya jawapan yang anda berikan YA, ini bermakna anda sesuai untuk membuat pelaburan emas jika sebaliknya, emas bukan instrumen pelaburan anda.

#1 – Mengapa Ingin Melabur?

Soalan yang paling utama kenapa ingin melabur?  Logiknya semua orang melabur kerana ingin dapatkan keuntungan dari pelaburan yang dibuat. Ramai juga yang ingin melabur tetapi tidak tahu tujuan dan berapa lama mahu disimpan pelaburan tersebut. Jadi perkara paling penting sebelum melabur ialah anda perlu ada objektif dan kemana wang pelaburan ingin dimanfaatkan :

  • Dana Simpanan Kecemasan
  • Kengunaan Semasa Persaraan
  • Rolling-up Bisnes Anda
  • Untuk Pelajaran Anak-anak
  • Menunaikan Haji dan Umrah
  • Untuk Beli Rumah
  • Simpanan Aset Generasi Anda
  • Belanja Hangus Simpanan Hari Raya

Banyak lagi sebab dan objektif dalam pelaburan emas…

#2 – Berapa Lama Boleh Simpan?

Berapa lamakah tempoh anda sanggup simpan emas tersebut sebagai pelaburan adakah 1 tahun, 3 tahun atau 5 tahun ke atas.  Sekiranya anda boleh meninggalkan pelaburan anda dalam tempoh 5 tahun dan lebih.  Ini bermakna anda mampu menanggung risiko yang lebih tinggi.

Dalam pelaburan emas sebenarnya jika di simpan emas tersebut selama mungkin itu lebih baik sebab jika anda lihat graf 5 tahun ke atas harga emas akan meningkat naik dalam jangkamasa panjang.

5 Year Chart 2014-2019

Sebaliknya jika anda hanya sanggup menyimpan pelaburan anda hanya beberapa bulan ini bermakna emas fizikal bukan instrumen pelaburan anda.

#3 – Adakah Sesuai Dengan Kewangan?

Sebelum mulakan pelaburan emas sesuaikan dengan pendapatan kewangan anda berapakah jumlah wang yang boleh anda laburkan untuk emas. Jika mengikut pakar kewangan 10% dari gaji setiap bulan untuk simpanan jangka panjang.

Dalam pelaburan emas fizikal perkara yang sangat ditekankan dan paling penting ialah membeli emas dengan konsisten setiap bulan.

Jika anda boleh pisahkan paling rendah $100 dari gaji setiap bulan dengan tidak membebankan perbelanjaan harian, anda dikira layak untuk mulakan pelaburan emas.

#4 – Boleh Tidur Pada Waktu Malam?

Pelaburan emas yang anda buat sangat penting agar tidak menganggu waktu tidur anda. Terdapat beberapa kategori yang boleh anda pilih sebagai objektif pelaburan anda.

Piramid Pelaburan

Piramid Pelaburan Emas

Kategori:

  1. Insuran Kekayaan – Pilih ‘Gold Bullion’
  2. Pelaburan dan Simpanan – ‘Gold Bullion’ dan Gold Savings/Accumulation
  3. Pelaburan – Gold Mining Share, ETF
  4. Spekulasi – Spot Gold, SGX

Pilihlah pelaburan emas yang sesuai untuk diri anda dan tidak meresahkan keadaan jiwa dan mental. Sebagai permulaan, anda mungkin boleh pilih kategori yang kurang berisiko seperti jadikan objektif pelaburan emas sebagai insuran kekayaan dan simpanan dengan memilih ‘Gold Bullion’, Gold Savings/Accumulation.

Ada juga pelabur emas yang memilih risiko yang lebih tinggi dengan menjadi ‘Gold Trader’ menjual dan membeli emas mengikut harga ‘spot price’.  Walaupun mereka mendapat keuntungan daripadanya tetapi mungkin pilihan tersebut tidak sesuai untuk anda.

Untuk menjadi ‘Gold Trader’ anda mesti memahami benar-benar ‘Gold Technical Analysis’ dan ‘Gold Fundamental Analysis’.

#5 – Mudah Jual Untuk Dapat Untung?

Begitu banyak  kedai emas yang hanya menjual emas tanpa memberi keterangan yang jelas cara jual dan kiraan harga. Memang mudah untuk beli emas jadikan sebagai pelaburan. Soalan yang tak kurang penting ialah apabila harga emas naik boleh tak emas tersebut dijual untuk perolehi keuntungan.

Carilah kedai emas ‘Bullion Shop’ yang memberi jaminan beli balik supaya mudah jika anda ingin menjual semula emas tersebut. Untuk pelaburan emas fizikal anda patut beli Emas Jongkong ‘Gold Bar’ dan Syiling Emas (termasuk Dinar Emas) kerana susut nilai (spread) yang rendah antara 5%-10% sahaja.

Lagi rendah susut nilai emas tersebut lebih mudah dan lebih tinggi keuntungan yang anda dapat apabila harga emas melonjak naik.

50g-goldbar-10-Dinar

Terdapat juga banyak skim-skim pelaburan emas diluar sana yang perlu anda jauhi seperti skim cepat kaya bertopengkan emas.

Anda harus faham bila anda membeli Emas seperti Syiling Emas, Gold Bar, Akaun Simpanan Emas.  Emas ini anda simpan untuk jangkamasa sederhana dan panjang.

Keuntungan yang akan anda perolehi ialah apabila harga Emas ini naik selain dari objektif kemana wang pelaburan ingin dimanfaatkan. Sila rujuk Topik #1 di atas mengapa anda melabur?

Semoga penerangan di atas memberi manfaat untuk anda yang ingin tahu kenapa melabur dan simpan emas.

Jika anda ingin mulakan simpanan emas, boleh buat perjanjian dengan hubungi saya nama di bawah ini. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *