Perak Logam Berharga

Satu lagi logam berharga yang jarang dibincangkan ialah Jongkong/Syiling Perak ‘Silver Bar/Coins’.  Selain dari logam emas, ramai  juga pakar ‘Precious Metal’ menyarankan supaya menyimpan juga logam Perak.  Jika anda terlepas peluang melabur emas kerana harganya terus meningkat dan tidak dapat membelinya secara konsisten atas sebab tertentu.  Perak adalah alternatif kedua untuk menyimpan dan melabur sebagai pelindung kejatuhan nilai mata wang.

Yang pasti, harga perak lebih murah per auns berbanding harga emas, tetapi ia adalah logam yang sangat berguna dan mempunyai sumber permintaan yang sangat tinggi daripada sektor perindustrian yang membuat barangan elektronik, bateri dan aplikasi perubatan.

Logam Perak kurang diminati oleh pelabur2 sebab tidak mudah untuk dicairkan atau dijual. Malahan untuk buat Ar-Rahnu atau pajak tidak semua kedai pajak menerima perak.

Tip Melabur Perak

  1. Jika anda ingin melabur Perak sebaiknya anda juga sudah mempunyai simpanan Emas sebagai dana kecemasan 6 bulan.
  2. Pilihlah masa yang tepat, ketulenan dan mudah untuk dijual
  3. Untuk pelabur baru boleh mulakan dengan Coins 1 oz atau Silver Bar 1kg
  4. Jadikan perak sebagai simpanan jangka panjang.
  5. Tetapkan untuk miliki simpanan perak sebagai pelindung kekayaan dan pelindung kepada inflasi.

#1. Nisbah Emas Perak.

Jika anda ingin mengagihkan pelaburan logam Emas dan Perak, formula yang sering digunakan oleh pelabur ialah Nisbah Emas Perak.  Nisbah ini melambangkan berapa kilo (oz) Perak perlu diambil untuk membeli 1 kilo (oz) Emas.

Sebagai contoh ketika artikel ini di tulis ‘Gold-Silver Ratio’ ialah 1 : 84. Ini bermaksud 1 kilo Emas mampu membeli 84 kilo Perak.

Pakar pelabur Perak ‘Silver’ menyarankan masa terbaik melabur Perak ‘Silver’ ialah ketika Nisbah Emas-Perak antara 60 hingga 80.

Gold to Silver Ratio

Sejarah 20 tahun menunjukkan, harga termahal Perak ialah pada tahun 2011 iaitu ketika ratio sekitar 1 : 30.

Nisaba 1 : 84 merupakan masa yang sangat baik untuk anda beli Perak.

Lagi besar ratio itu menunjukkan harga Perak lebih under-value (murah) dan ratio tertinggi ialah pada Jun 2020 rationya 1 : 104

Ini bermakna, siapa beli Perak sekarang; apabila ratio itu berubah menjadi 1 : 30 kembali, setiap 60 kilo Perak boleh ditukarkan kepada 2 kilo emas.

#2. Permintaan Industri.

Permintaan industri bagi Perak dijangka meningkat pada dekat akan datang. Perak adalah bahan penting dalam tenaga solar, penulenan air dan pemprosesan/pengawaten makanan. Apa yang menarik ialah semakin berkembang teknologi permintaan terhadap Perak semakin tinggi. Perak juga digunakan dalam peluru berpandu dan torpedo.

#3. Ekonomi Perak.

Sekarang ini dunia kekurangan bekalan Perak. Kebanyakkan bekalan Perak bukan berasal daripada operasi lombong Perak. Sebaliknya kebanyakkan pengeluaran Perak bergantung kepada perlombongan lain-lain logam.  Perak semakin kehabisan.

Semoga penerangan di atas bermanfaat. Teruskan baca posting saya untuk mendapat Tip pelaburan Perak dan Emas. Jika ada yang ingin mulakan simpanan emas dan perak boleh buat perjanjian dengan hubungi saya. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Written by Mohd Suliman

Saya adalah Master Dealer Public Gold yang sangat aktif yang telah membimbing ramai dealers dan customers saya di Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dalam pelaburan emas fizikal. Hubungi saya jika anda perlukan bimbingan dari saya. Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *