Jual Emas Ikut Objektif

Harga emas baru-baru ini telah melepasi USD1,500 seauns (Ogos 2019). Ini merupakan harga tertinggi sejak tahun 2015. Bila harga naik ramai pembeli emas sebelum ini bertanya adakah sekarang ini masa terbaik untuk jual balik emas tersebut?

Sebelum kita membuat keputusan untuk menjual emas yang disimpan. Kita kena betul2 faham apakah tujuan dan target bila kita mula simpan emas.

Berikut adalah antara objektif utama kenapa kita simpan emas:

    • Membina kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga.
    • Untuk menikmati barangan yang lebih bermutu
    • Untuk membeli rumah impian kita
    • Sebagai Dana kecemasan jika belaku perkara tak diingini
    • Untuk merealisasikan beberapa impian kita
    • Untuk melancong ke destinasi impian kita
    • Untuk mengerjakan haji dan umrah
    • Untuk membiayai pelajaran anak-anak kita
    • Untuk perbelanjaan dan ketenangan hidup dan jiwa
    • Untuk menolong mereka yang kurang bernasib baik
    • Untuk meninggalkan harta kepada anak dan cucu kita
    • Untuk menolong membina dunia yang lebih baik
    • Untuk keluarkan zakat emas bila sudah cukup nisab dan haul
    • Untuk kegunaan sebagai belanja Hari Raya
    • Untuk keluarkan zakat setiap tahun dan sedekah
    • Untuk modal pusingan bisnes kita
    • Untuk belanja hangus semasa majlis perkahwinan
    • Sebagai Dana persaraan semasa usia tua

Kalau kita lihat senarai di atas terdapat banyak tujuan mengapa kita menyimpan emas.  Jawapan paling mudah, bilakan masa terbaik untuk kita jual emas? Bila objektif di atas telah tercapai.

Jika sekiranya kita terdesak juga hendak pakai duit, kita boleh jual emas yang kita simpan sebagai ‘dana kecemasan’.

Sebagai penyimpan emas ‘Gold Saver’ adalah silap bila beranggapan melabur emas macam dalam saham iaitu beli ketika harga rendah, dan jual bila harga naik.

‘Gold saver’ membeli emas secara konsisten setiap bulan. Mindset penyimpan emas ‘Gold Saver’ ialah ingin tambahkan aset fizikal emas mereka setiap bulan. Penyimpan emas ‘Gold Saver’ menyimpan untuk jangkamasa panjang lebih 5 tahun dan sentiasa berdisiplin membeli emas setiap bulan walaupun sedikit. Mereka tahu keuntungan yang akan mereka perolehi ketika harga emas naik.

5 Year Chart 2014-2019

Rajah : Harga Emas dari Ogos 2014 hingga Ogos 2019

Jika kita lihat carta di atas harga emas adakala naik dan adakala turun. Dengan membeli emas setiap bulan akhirnya penyimpan emas ‘Gold Saver’ akan mendapat harga yang purata. Inilah salah satu strategi yang perlu difahami untuk ‘Gold Saver’ iaitu beli emas dengan konsisten setiap bulan.

Kesimpulan ‘genggam’ emas itu selama yang mungkin, kalau belum nak pakai duit, simpan dulu. Kita hanya akan menjualnya jika ada peluang-peluang yang lebih baik contoh bila harga rumah jatuh ingin beli rumah kedua (Condo), tanah, ladang dan lain2.

Kaya itu Mulia

Semoga penerangan di atas memberi manfaat untuk anda yang masih mencari bilakah masa yang sesuai untuk menjual emas anda.

Jika anda ingin mulakan simpanan emas, boleh buat perjanjian dengan hubungi saya nama di bawah ini. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *