Apa Untungnya Simpan Emas ?

Bila saya syorkan supaya mula Simpan Emas dari sekarang kepada kawan-kawan dan saudara-mara antara soalan yang timbul. Kalau Simpan Emas apa untungnya ?

Ada 2 (dua) faedah atau keuntungan yang diperolehi bila anda jadikan Emas sebagai Simpanan.

  1. Simpan emas, Duit tak bocor
  2. Kekayaan “melekat” pada anda bila Kumpul Emas

Ilmu Emas Paling Asas ialah Duit tak Bocor , Kekayaan Melekat

1. Duit kertas Senang nak dihabiskan

Betulkan? Saya rasa ramai yang setuju dengan kenyataan di atas . Kalaulah saya bagi $300 dollar Singapura pada anda, agak-agak berapa lama anda ambil masa untuk habiskan wang sebanyak itu? Sekejap saja, Pergi Pasar Geylang Serai … Makan best2, lepas tu shopping… beli baju, beli kasut dan lain2.. Satu jam duit pun habis.

Pasar Geylang

Gambar : Bazaar Ramadan di Geylang Serai, Singapura

2. Kenapa Duit susah nak disimpan?

Kita telah diprogramkan dengan tabiat dapat duit, pergi belanja. Zaman persekolahan dulu kita dibekalkan dengan duit Jajan setiap hari. Sejak kecil lagi kita kenal duit untuk dibelanjakan. Perkara ini diulangi tiap-tiap hari dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. 10-11 tahun!

Perkara yang diulang-ulang  lama kelamaan menjadi TABIAT.

Tabiat dapat duit, lepas tu belanja – SANGAT BAHAYA. Tabiat itu akhirnya melekat sehingga kita dewasa. Bila dah kerja dapat gaji dan tahu setiap bulan dapat duit. Kita pun mula merancang setiap bulan nak belanja apa dengan duit itu.  Kadang-kadang sanggup berhutang dulu untuk dapatkan barang yang dimahukan.  Kerana kita tahu akhir bulan depan dapat gaji (duit) lagi

Tabiat manusia dengan duit = Belanja dan Belanja

Akhirnya anda dapati, sangat susah untuk simpan duit dan asyik tak cukup duit.  Betul kan….

3. Anda menyimpan Duit secara konsisten?

Berapa ramai orang yang bila dapat gaji, boleh simpan duit. Kebanyakan orang susah nak simpan duit. Sebab, tabiat menyimpan tidak ada. Ramai juga yang tak tahu duitnya pergi ke mana?

Ini bermakna jika amalan ini berterusan anda akan jadi orang tak berharta. Takut2 Nanti nak pergi umrah pun susah. Anak nak masuk universiti pun susah. Sebab tak ada simpanan.

4. Cara atasi masalah “Susah nak simpan duit?”

Jika anda ada masalah susah nak simpan duit, cara atasinya ialah dengan Emas. Tukar duit simpanan ke dalam bentuk emas.  Itulah sebenarnya cara yang betul

Tukar Duit kepada Emas.
5g Gold bar

Gambar : 5gm Gold Bar Bersama Dengan $300 Sgd

Fitrah manusia dengan emas adalah simpan. Lihat gambar jongkong emas 5 gram yang bernilai $300 dan duit kertas yang juga bernilai $300.

Tanya diri anda 2 soalan Apa akan anda buat ? 

  1. Kalau ada emas 5 gram, 
  2. Kalau ada duit cash $300.

Jawapan paling logik adalah. 

  • Emas 5 gram= Simpan elok-elok, jangan bagi hilang, jangan bagi orang tahu.
  • Duit cash $300 = beli baju, beli seluar, beli kasut, belanja awek, belanja keluarga, beli aksesori kereta, beli pinggan mangkuk, beli penapis air…

Kebanyakan jawapan-jawapan tersebut adalah berbentuk belanja duit itu.

5. Fitrah manusia dengan Emas.

Fitrah manusia dengan emas lazimnya nak simpan elok-elok supaya tak hilang.  Ini bermakna apabila anda tukar duit jadi emas maka keinginan nak berbelanja dah tak ada lagi.

Jadi Ilmu Emas Paling Asas “kenapa nak simpan emas? ”adalah

  1. Emas adalah cara atasi kebocoran wang
  2. Emas menyebabkan kekayaan melekat pada anda

one-gold-dinar

Gambar : 100gm Cast Bar

one gold dinar

Gambar : 1/2 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar, 10 Dinar & 10 Dirham

Orang yang tahu ilmu emas , In sha Allah kewangannya lebih baik

6. Buat ‘Experiment’ Sendiri.

Jangan mudah percaya cakap saya, anda boleh cuba buat ‘experiment’ sendiri. Cuba beli sekeping 5 gram emas bernilai $300 dan letakkan dalam beg duit anda. Tengok, hujung tahun ini emas itu ada lagi tak ?

In sha Allah, anda tak boleh belanja emas tersebut dan kekayaan $300 dalam bentuk emas tidak akan bocor selama-lamanya…

Tapi… takkan lah nak simpan 5 gram ajer kan? Pelan-pelan tambah lah 10gm, 20gm,50gm,100gm dan seterusnya atau tambahkan dalam bentuk Dinar Emas. 1 Dinar, 5 Dinar, 10 Dinar.

ibu-duit

Gambar : 5gm Gold Bar Simpan Di Beg Duit Anda

Bagi anda yang ingin tahu tentang ILMU PELABURAN EMAS boleh ikuti Seminar Emas Percuma samaada di:

  • Singapura,
  • Malaysia,
  • Indonesia dan
  • Brunei Darussalam.

KLIK SINI untuk melihat Jadual Seminar

Sekarang ini, anda boleh menabung Emas serendah 1gm setiap bulan.  Jika anda Ingin bimbingan Ilmu Pelaburan Emas dan bersedia untuk mula menyimpan Emas  boleh buka Akaun GAP – Gold Accumulation Program.

Boleh  KLIK SINI jika ingin tahu apa itu Gold Accumulation Program ‘GAP’

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya melalui SMS/whatsApp +65 9224 6333 / +6 016 6825 003 .  Ingin terus ikuti Posting Blog ini, jadi sahabat Fbook saya dengan klik Nama di bawa ini:

MOHD SULIMAN HAFID
Singapore Master Dealer – PG027857
Mobile : +65 9225 6333 (Spura) / +6 016 6825  003 (Msia)
Like FBook Page: OneGoldDinar

Tulisan asal oleh Mahaguru Syukor Hashim Mentor Emas Saya.

JIka artkel ini bermanfaat, harap dapat di share dengan keluarga dan rakan-rakan Social Media anda dengan Klik butang di bawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *