2 Kategori Dealer di Public Gold

Ramai juga yang bertanya tentang Dealership Public Gold ini.  Ramai yang beranggapan bila menjadi dealer kita perlu aktif dan membina network perniagaan di Public Gold.

Sebenarnya apabila kita menjadi dealer, status kita adalah seumur hidup selagi kita tidak melanggar etika perniagaan Public Gold.

Antara kelebihan menjadi Dealer di Public Gold ialah insentif yang kita perolehi boleh:

  • Diwariskan kepada isteri atau generasi kita selagi Public Gold masih ujud.
  • Bisnes emas merupakan bisnes yang ‘Malar Segar’, sejak dahulu, sekarang dan akan datang fitrah manusia dengan emas tetap meminatinya.

Jadi setelah anda menjadi Dealer di Public Gold terdapat dua (2) kategori yang boleh anda pilih iaitu:

  1. Aktif Dealer
  2. Pasif Dealer

Siapa Dia Aktif Dealer?

Aktif Dealer bermaksud anda ingin jadikan Emas sebagai bisnes untuk mendapat pendapatan pasif setiap bulan.  Sambil menyimpan emas untuk mencapai target simpanan, anda juga melabur emas untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi dan pada masa yang sama anda kembangkan bisnes emas dengan besarkan rangkaian anda di Singapura, Malaysia dan Indonesia (buat masa ini).  Saya percaya Public Gold akan masuk ke pasaran ASEAN seperti Filipina, Vietnam, Thailand dan lain2.

Dengan 2 platform yang sangat baik  yang disediakan oleh PG Group iaitu:

  1. Public Gold (Simpanan dan Pelaburan Emas)
  2. PG Mall – ecommerce bisnes (seperti Shopee, Lazada dan Amazon)

Saya percaya akan memudahkan kita buat duit dan mendapat pendapatan pasif. melalui platform yang saya sebutkan di atas.

Sebagai dealer anda mendapat diskaun belian antara 1% sehingga 2% untuk semua produk Public Gold dan PG Mall. Terdapat 3 kategori dealer iaitu Normal Dealer, Priority Dealer dan Master Dealer.

Sudah tentu jika anda ingin melabur emas jangka panjang maka lebih baik anda menjadi dealer berbanding menjadi customer. Ini kerana diskaun 1% sehingga 2% jika dikumpulkan boleh menjadi nilai yang banyak di dalam jangkamasa panjang.

Satu lagi, Dealer mendapat komisyen 1% sehingga 2% daripada nilai belian customer anda. Selagi customer anda membeli samaada di Public Gold atau PG Mall selagi itulah anda mendapat komisyen ke atas pembelian mereka.

Siapa Dia Pasif Dealer?

Pasif Dealer bermaksud anda menjadi Dealer semata-mata untuk mendapat diskaun setiap pembelian di Publci Gold atau PG Mall tetapi tidak mahu bergiat aktif dalam bisnes ini.

Nasihat saya jika anda ingin menjadi Pasif Dealer dan ingin mendapat keuntungan dari simpanan dan pelaburan emas, anda harus lakukan 3 perkara di bawah ini:

Pertama: Emas merupakan instrumen pelaburan jangka masa panjang. Jadi anda perlu mempunyai Mindset melabur untuk jangkamasa melebihi 3 tahun ke atas.  Tiada had dalam pelaburan emas, lagi lama anda melabur lagi baik untuk perolehi keuntungan. Kaitkan simpanan emas untuk mencapai target jangka panjang contoh simpan emas untuk menunaikan Fardu Haji atau menyimpan untuk Dana Persaraan.

Kedua: Belilah emas secara konsisten samaada harga naik atau turun, jangan sekejap beli dan sekejap tak beli.  Kesilapan besar pelaburan emas ialah beli hanya sekali sahaja, lepas itu mengharapkan harga emas naik untuk dapat keuntungan. Strategi terbaik melabur emas ialah beli secara konsisten setiap kali dapat gaji.  Bila dapat bonus atau ‘durian runtuh’ tukarkan 50%  kepada emas.

Bila anda beli secara konsisten ada 2 kelebihan yang anda dapat pertama gram emas anda bertambah, kedua anda mendapat harga purata.

Ketiga: Bagi anda yang beli emas modal kecil contoh 1 gram setiap bulan, jadikan akaun emas sebagai akaun wajib untuk beli emas setiap bulan. Belilah setiap bulan walaupun sedikit, tak mengapa nanti bila nak keluarkan bolehlah keluarkan saiz gram yang besar-besar, misalannya 20 gram, 20 gram malah 100 gram.

Untuk lebih jelas tonton video pendek di bawah ini:

Jika anda Ingin jadi Delaer Emas boleh hubungi saya nama di bawah ini. Sekian, Terima Kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Semoga sharing di atas bermanfaat dan harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Written by Mohd Suliman

Saya adalah Master Dealer Public Gold yang sangat aktif yang telah membimbing ramai dealers dan customers saya di Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dalam pelaburan emas fizikal. Hubungi saya jika anda perlukan bimbingan dari saya. Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *