3 Prinsip Penting Menyimpan dan Melabur Emas

Kesilapan Hendak Menyimpan.

Selalunya kita tunggu bila ada duit lebih baru kita mula simpan. Kalau ada duit lebih banyak, simpan banyak lah dan kalau sikit, kita simpan sikit. Sebenarnya, inilah kesilapan pertama apabila hendak menyimpan emas.

Kalau kita nak tunggu bila ada duit lebih, sampai bila-bila pun kita tidak akan menyimpan emas sebab masa mula bekerja dapat gaji $1000 kita rasa tidak mencukupi.  Tetapi bila gaji dah bertambah pun masih kita rasa tidak mencukupi.

Satu perkara yang saya belajar dari Pak Bon, bagaimana dia mengajar anak buahnya untuk menyimpan emas ialah dengan betulkan mind set seperti berikut:

“Gaji bulan ini hanya $900 sahaja”

Bermakna jika gaji kita $1000 anggaplah hanya $900 sahaja,  lagi $100 untuk ditukarkan kepada emas setiap bulan.

1. Prinsip Pertama Melabur Emas.

Simpan Dahulu Belanja Kemudian

Tak kira samada anda bekerja atau berniaga, prinsip pertama apabila mahu menyimpan emas ialah potong dahulu pendapatan untuk disimpan dan belanja selebihnya. Bukannya belanja dahulu, selebihnya baru disimpan.

Mungkin anda bertanya bagaimana nak simpan kalau duit tak cukup? Kalau ikut pengalaman saya. Duit samada disimpan atau tidak, masih tidak cukup berbelanja. Jadi lebih baik simpan walaupun sedikit.

Kelebihan bila kita simpan dalam emas ialah mengelakkan dari ‘kebocoran wang’ dan berbelanja yang bukan2 sebab selagi duit ada di dalam tangan macam2 idea timbul untuk dibelanjakan tanpa kita sedari.  Kata en Syukor Hashim pengarang buku “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”

“Emas itu fitrahnya simpan sementara Wang itu fitrahnya belanja”

Kalau ikut buku dari The Richest Man in Babylon “Jadikan 10% dari pendapatan sebagai tabiat ‘Wajib’ untuk disimpan kalau hendak KAYA”

rich

Kata Robert Kiyosaki pengarang buku “Rich Dad, Poor  Dad”

“It’s not how much money you make, but how much money you keep, how hard it works for you, and how many generations you keep it for.”

Mungkin kita akan merasa poket mula pokai kerana amalkan tabiat menyimpan, mungkin belanja bulan pun tak cukup.  Tetapi harus kita fahami apabila kita menyimpan emas, pokai kita tak sama dengan orang lain sebab ‘kita pokai tapi ada emas’.

“Orang yang ada duit belum tentu ada Emas, Tetapi orang yang ada Emas sudah pasti ada Duit.”

Ramai orang mempunyai masalah untuk menyimpan sebab mereka rasa tak cukup belanja. Sebenarnya jika kita jadikan menyimpan itu sebagai satu ‘keutamaan’ dan faham bahawa asas membina kekayaan adalah dengan menyimpan. Mahu tidak mahu, kita kena simpan juga untuk keselesaan hidup yang mendatang.

2. Prinsip Kedua Melabur emas

“Simpan secara konsisten dan displin”

Harga emas memang kadang naik dan kadang turun. Kita jangan terganggu dengan emosi harga naik turun ini. Jika niat kita untuk tambahkan aset emas, kita harus melihat harga emas dalam jangka masa yang panjang sebab sejarah telah terbukti harga emas akan naik dalam jangka panjang.  Rajah di bawah merupakan prestasi emas sejak 20 tahun dahulu dan sehinggalah hari ini menunjukan kenaikan harga sehingga 408.22%.

harga emas

Gambar: Prestsi Harga Emas Tarikh 10-5-2020

Kita bukannya nak beli emas untuk dijual 3 bulan atau 6 bulan kemudian tetapi kita mahu menyimpan emas untuk suatu jangka masa panjang.  Kita menyimpan dengan mempunyai tujuan dan matlamat.

Pelaburan emas fizikal boleh dianggap sebagai pelaburan ‘old school’ namun begitu jika dilihat dari prestasi emas boleh mengatasi pelaburan2 yang lain jika disimpan dalam jangka masa yang panjang.

Bagi anda yang ingin mulakan simpanan emas antara cara yang berkesan ialah dengan mulakan 1 gram setiap bulan. Disiplinkan itu dulu dan simpan secara konsisten.

Simpan sedikit-sedikit itu lebih baik berbanding beli banyak dan terus berhenti. Ini kerana perkara paling penting dalam simpan emas ialah memupuk tabiat berdisiplin, bukan jumlahnya. Kita akan rasa, kesan dari berdisiplin ini sangat besar dalam jangka panjang.

3. Prinsip ketiga Melabur emas

“Simpan untuk jangka panjang, bersabar dan bersyukur”

Pelaburan emas adalah untuk jangka masa sederhana dan panjang.  Banyak pakar pelaburan emas memberi saranan supaya menyimpan emas untuk jangka 3 atau 5 tahun ke atas. Tuan Azizi Ali Mentor Kewangan mengesyorkan supaya 10% dari Net Worth Aset kita hendaklah disimpan dalam bentuk emas fizikal. Terdapat juga pakar ‘precious metal’ yang menyarankan 20% dan 50% Net Worth Asset di simpan dalam bentuk emas fizikal.

Apa sahaja pilihan kita di atas, perkara paling penting ialah kita kena mulakan hari ini juga. Boleh mulakan dengan serendah 1 gram fizikal. Beli dulu dan pegang di tangan untuk dapatkan Aura emas.
Tidak kira berapa usia kita, tua atau muda nasihat saya “menyimpan emas adalah sangat penting” kerana emas adalah aset penyelamat dan dapat membantu ketika kita memerlukan tunai satu hari nanti.

Emas adalah aset kekal yang boleh diwarisi kepada Generasi kita jadi peganglah emas tersebut selama mungkin dan hanya boleh dicairkan apabila objektif dan matlamat kita telah tercapai. Jika perlu juga dicairkan juga fikirkan dua (2) kaedah ini:

  • Di jual (dapatkan harga yang tinggi melalui rakan2 sendiri).
  • Buat Pajakan Ar-Rahnu (Pajak gadai Islam).

Semoga penerangan di atas bermanfaat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. Untuk penjelasan sila tonton Video di bawah ini:

Teruskan baca posting saya untuk mendapat Tip Emas seterusnya. Jika ada kawan2 yang nak mulakan simpanan emas dan perak boleh buat perjanjian dengan hubungi saya. Terima kasih.

MOHD SULIMAN HAFID- PG 027857
Master Dealer for Singapore
SMS/WhatsApp +65 9224 6333 (Spore) +6 016 6825 003 (M’sia)
Visit site : www.OneGoldDinar.com

Harap dapat kongsikan bersama famili dan rakan2 kita dengan klik butang di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *